Tuesday, December 26, 2017

Khasiat Pokok Mulberry

Kat laman rumah mak mertua saya ada sepohon pokok mulberry. Sebelum ni, saya tak tau pun yang pokok mulberry ni ada pelbagai khasiat daripada daun, buah dan batang. Macam pokok kelapa jugak la, yang kita gelarkan sebagai pokok 1001 kegunaan. 


Jika korang nak tau khasiat buah mulberry, korang boleh klik link ni untuk baca. Bagus dan jelas sharing yang blogger ni share. 



Tengah berbuah lebat dan masak masa ni. Sedapnya lahai. Korang penah makan buah mulberry?



Nak dapatkan pokok yang rendang dan rendah macam ni, kenalah rajin cantas dahannya. Bila dah cantas, dahannya pucuk dia akan makin cepat naik dan cepat  berbuah. Jangan sayang nak cantas pulak hehhee. 




Hasil petikan. Buah dia sedap. Rasa masam-masam manis kelat gitu. 


Daun mulberry sedap tau bila dicelur pastu cicah sambal belacan. Saya jugak dah pernah buat masak lemak pucuk mulberry. Kalau ikut tekak saya ni, rasa celur dan masak lemak pucuk mulberry lagi sedap daripada pucuk ubi!

Caner nak cakap ek?
Rasa dia lagi lemak sebab tekstur daun dia lebih halus berbanding pucuk ubi. Anak sedara dan kakak ipar saya pun cakap sedap. Mula-mula tu dorang tak tau ulam apa. Pastu dorang tanya, tu daun apa.

Cara masak pucuk mulberry ni sama jer resepi dia dengan masak lemak pucuk ubi tu. Kawan saya cakap,  pucuk mulberry goreng belacan pun sedap.

Haa, bolehlah kita pelbagaikan menu dengan pucuk mulberry ni.

Khasiat dia pun memacam boleh dapat. Rerajin la makan pucuk dan buah mulberry untuk kesihatan dan awet muda. Ehemmm, sebab katanya pokok mulberry kaya dengan anti-oksidan.

Kena tanam jugak sepokok ni. Dalam pasu pun jadik ler hehehe. 

7 comments:

Shikin Razali said...

Wah, saya teringin betul nak tanam-tanam nie.. tapi tangan saya nie panas kot, sebab apa saja tanaman mesti mati.. huhu

ai said...

ai petik bila dah jadi biru. ooo daun pun boleh makan.

Cik Ash said...

wahhh best buah ni.. nak tanam gak nanti balik kelantan nak ambik dengan mak saudara suami...

Zuhaira Nasrin said...

eh first time aira dengar daun mulberry boleh makan. depan rumah aira ada pokok ni 2-3 pokok, biasanya ambil buah je. nanti nak bagitau mak, kot2 boleh cuba jugak kena dengan selera. hehe. thanks!

Kak Su @KakSu ~ Membantu ibu2 dirumah membina bisnes online said...

Akak pun suka buat ulam daun mulberry ni. kadang akak rendam aja dalam air panas buat teh, daun nya akak buat ulam lah tak buang. Buah nya, akak tak suak makan cam tu, maasem sangat hahaha. Tapi akak suka buat smoothie campur ngan pisang.. mabelesss

12 Tip Untuk Memulakan Bisnes Online 2018

E'in said...

wah, e'in pun baru tahu nie khasiat pokok mulberry..

cik renex said...

Tak pernah makan buah ni. byk khasiat dia rupanya