Sunday, December 31, 2017

RECAP 2017 (Part 1: January - June)

Hari ni dah last day on 2017. Jomlah buat recap 2017. 

Share sini kenangan dan down the memory lane gitu. Sebab saya sendiri pun tak ingat sangat apa hal-hal penting berlaku sepanjang tahun. Nak buat recap ni pun kena tengok folder gambar kat laptop dan photos gallery di hp :P


Januari

Dania darjah 5


Hariz masuk tadika 6 tahun. Tadika Tahfiz Cilik Nur Ulfah



3.1.2017: Sarat pregnant Ayra!
Mengandung yang dirahsiakan, hanya family dan rakan terdekat jer tau.
Sepanjang mengandung yang mabuk teruk, sampai 2x kena drip.
Ni masa pergi check kat Az-Zahra Bangi. Bulan terakhir sebelum bersalin secara ceaserean buat kali ketiga.


Dah nak jadi abang Alish masa ni, bermanja la sepuasnya.



4.1.2017: Besday ke-37 tahun.
Sambut kat Secret Recipe Semenyih jer sebab hari sekolah. 


Weekend minggu besday tu (Jumaat - Ahad), short besday gateway kat Swiss Garden Hotel Melaka.




Yer, begini caranya nak pose taknak nampak perut hahhaa.




FEBRUARI

1.2.2017, sambut besday Alish sehari awal, sebab esoknya mama dah nak kena serah diri kat hospital untuk bersalin. Tumpang sambut besday kat umah Mak Long jer. Sambut dengan family Maklong & Acik.


Here we go to the hospital!

Selamat bersalin Ayra. 


3 hari duduk dalam pantauan, sebab ada problem kesihatan sikit. Hari ketiga baru mama dapat jumpa Ayra.


Kali pertama mata bertentang mata, mama gagahkan diri berjalan ke nursery, cebekk muka nanges masa ni. 

Hari ke-5 baru boleh discaj, tunggu result darah keluar dan darah putih dah normal, pastu kuning pun dah mula kurang.


Berpantang kat Keratong, sampailah hari ke-23


Hari ke-23 dah balik Semenyih, sambung berpantang kat rumah, Nenek Jah dan ayah su ada kat sana.


MARCH

8.3.2017: Besday husband. 


Check-up hari ke-30 di hospital Az-Zahra Bangi. Paed & gynae kata, baby dah terlebih berat ni. Hahhaa, Ayra dah mula membesar dengan jayanya, alhamdulillah.


Few weeks later, pegi semula jumpa Paed, sebab Ayra ada hernia pusat. Paed letak apa ntah lupa, tupppp pecah yang gelembung kat pusat tu, alhamdulillah dah ok!




Abes pantang, dah 41 kalau tak silap, cuti sekolah bulan Mac, terus merayap ke JB hahaha
Nenek Jah dan Ayah Su pun ikut sama.



Ayah botakkan kepala Ayra. Kalau harapkan papanya, memang tak laa, penakut tu haha



APRIL
  
Nenek Jah dan Ayah Su dah nak balik Besut, 3 bulan dok dengan kami, tolong jaga dania dan kami sekeluarga. 

Masa hantar nenek, dah pandai senyum berposing depan camera hehe.


 
Majlis Berendoi dan Doa Selamat.









MEI

 Syukur, rajin dan gembira pegi tadika


Masa berlalu pantas, dah makin membesar dengan sihat.



JUNE
Ramadhan & Hari Raya Aidilfitri


Kali pertama bawak Ayra pegi IOI City Putrajaya, shopping raya!




Count the day and the blessed
Mama sendiri amik ukuran nak buat baju raya. hehehe.


Hari Raya!


  Baju raya tak sempat siap, sib baik bawak baju gaun ni selai, kalau tak... pakai ler baju lubang-lubang buat raya hehhe. Ehh, dah pagi raya... dah pakai cecantik ni, meh la kita posing, sedap pulak dia tidur!


Alhamdulillah, penuh screen tahun ni. 
Terima kasih Allah untuk anugerah terindah ini.



Sama-sama menggemuk dengan jayanya, pastu asik dok kata
"Bulan depan kita start diet tau"
Maka... bulan berganti bulan, dah last day 2017 pun, Diet mana diet?
Hhahhahaha.

Bersambung Part 2 (July - December)

3 comments:

Cik Tie said...

Waahh suka tengok! Semoga tahun 2018 akan membawa lebih banyak keceriaan

Rahayu said...

InsyaAllah. Semoga masih ada rezeki kesihatan dan usia yg berkat.

Same goes to cik tie sekeluarga jugak. Welcome 2018 😁

cik renex said...

Selamat tahun baru. comelnyaa si kecik tu.