Thursday, December 7, 2017

Resepi Daging Goreng Kicap Mudah dan Sedap

Bila sekali-sekala nak masak daging, mulalah berangan nak beli pressure cooker. Jenuh Cik Jah oiii nak tunggu daging empuk! Tapi, dah takder periuk canggih tu kan, kita layan jer la rebus daging guna kuali sampai empuk. Menyambil tunggu daging empuk tu, blogwalking pun ok aper hehehe.

Hari Sabtu lepas, saya masak daging goreng kicap. Resepi ni mudah dan bahan pun mana-mana yang ada kat dapur jer. Konsep saya masak ni, biar mudah asalkan sedap (ewah!)

Saya nak share resepi daging masak kicap mudah dan sedap!

BAHAB-BAHAN:
Daging (potong nipis)
Bawang merah *
Bawang putih *
Cili kering *
Halia
Cili merah
Cili padi hijau
Bawang holland
Tomato 
Kicap
Sos cili
Sos tiram
Garam
Gula
Minyak untuk menumis

Bahan bertanda (*) blender


Kalau nak letak:
Kayu manis
Bunga cengkih
Bunga lawang
Buah yang warna putih bujur tu nama apa? Hahhaha itu pun letak
Setangkai daun kari 

Resepi saya buat ni, saya tak letak, sebab nak yang ringkas ajer. 


CARA-CARA MEMASAK:

1. Rebus daging hingga empuk.
2. Bila daging dah empuk, ketepikan sikit daging tadi.
3. Masukkan sedikit minyak masak untuk menumis bahan bertanda (*)
4. Tumis sampai naik minyak.
5. Gaulkan semula tumisan tadi dengan daging 
Kalau kering sangat, boleh masukkan air sedikit, kalau kita nak berkuah.

6. Masukkan kicap, sos cili, sos tiram dan halia

4 bahan di atas, kita masukkan semasa air rebusan daging masih ada. Biarkan ia mereneh dengan api perlahan, sebab kita nak bahan meresap dengan daging. 

Haa, ni la secret recipe Ayu Rashid punya daging goreng kicap mudah tapi sedap rasanya (ewahhh ko, puji diri sendiri hahha). 

Bila kicap, sos cili, sos tiram dan halia dah meresap masuk dalam isi daging, memang terasa kicap dan semua bahan-bahan tu sampai ke dalam daging. Biar jer air kicap tu mereneh dengan daging, sampailah air hampir kering dan daging empuk. 


Masukkan garam dan gula.

Dah masak pun daging kita. 
Nak lagi sedap dan nampak cantik hidangan kita, boleh masukkan bahan-bahan seperti kat bawah ni:


Dalam kuali daging tadi, ketepikan sikit daging tadi. 
Masukkan sedikit minyak masak untuk menumis
Bila minyak dah panas, masukkan bahan-bahan di atas.


Nak gaul terus macam ni pun boleh. Goreng sekejap ajer, jangan sampai layu, nanti tak cantik dan tak sedap. 


DAH SIAP!




Ni versi gambar takder flash. Nampak la rupa sebenar daging goreng kicap ni. Haaa, saya kalau masak lauk, suka guna kuali. Dah masak tu, saya letak dalam periuk macam ni. Kenapa guna periuk, macam tak senonoh kann? Haaa, senang kalau nak panaskan. Hahhaa, nak makan baru senduk masukkan dalam pinggan atau mangkuk. Gitew,

Oh yer, nak lagi sedap, boleh letak blackpapper. Terus jadik daging kicap blackpapper. Saya tak letak blackpapper, nanti kesian Alish takleh makan. 

Selamat mencuba tau :D

3 comments:

Mizz'strawery Smile said...

Thank you for sharing! :D

Raydah said...

lamanya tak makan ayam kicap....

this ni3za said...

Adehhh..Terliur..Huhu