Sunday, December 3, 2017

Resepi Sagu Gula Melaka Mudah dan Sedap

Saya belajar masak sagu gula melaka ni pun daripada resepi yang orang share kat google. Teringin nak makan, nak carik kat kedai macam susah jer sebab kat sini bukan syurga makanan macam Shah Alam. So, nak taknak kenalah usaha belajar dari google, then trial and error buat. 

Alhamdulillah, ni dah kali ke-3 buat! Dania suka sangat sagu gula melaka ni. Macam cendol katanya. Yelah, dah santan dan gula melaka sebagai kuah, mestilah sama macam cendol hehehe.

Hari ni, saya nak share resepi sagu gula melaka mudah dan sedap. Manalah tau, korang pun teringin nak makan, nanti bolehlah cuba buat sendiri. InsyaAllah, menjadik. Saya boleh buat, korang mesttiii lagi boleh :)


BAHAN-BAHAN:
Sagu
Santan segar
Gula melaka
Gula
Garam 
Daun pandan


CARA BUAT KUAH SANTAN:
  • Masukkan santan segar dan daun pandan dalam periuk. 
  • Masak sebentar saja dengan api perlahan.
  • Sentiasa kacau santan supaya tak berketul.
  • Tutup api sebelum santan mendidih (jangan masak sampai pecah minyak yer)
  • Dah tutup api, masukkan secubit garam (untuk rasa lemak)
  • Masukkan pula sesudu atau beberapa sudu gula (untuk beri rasa sikit manis)



 CARA MASAK SAGU:
  • Jerang air dalam periuk (ikut banyak mana sagu kita buat)
  • Basuh sagu dan toskan
  • Bila air mendidih, masukkan sagu
  • Sentiasa kacau sagu, sebab nak elak berketul dan terlampau melekat
  • Masak sampailah sagu kembang dan tak nampak dah bijik-bijik warna putih pada sagu (macam gambar kat bawah, dah hampir masak sagunya)


Bila sagu dah masak, toskan dan lalukan bawah air mengalir untuk buang kanji pada saagu.
Boleh tos dalam penapis berlubang.

Part tos-kan ni renyah sikit, sebab kalau lubang penapis kecik (contohnya penapis santan), nanti air  kanji tak keluar. Kalau penapis jarang sangat pulak, dengan sagu-sagu sekali meluncur keluar, aduiiii. Part ni kena sabar dan pandai-pandai la adjust penapis sesuai. Silap guna penapis, sikitt jer tinggal sagu untuk di makan hihihi.


Isikan sagu yang dah siap ditoskan tadi dalam bekas.

Saya takder bekas comel-comel, nah... letak ajer dalam tipuware. Hahaha.
Nak makan nanti, ambik jer sudu, kaut banyak mana nak makan, letak dalam mangkuk.

Jangan nak down sangat bab masak ni kalau umah kita takder bekas yang cantik. Nak tunggu ada bekas cantik, tak masak la saya hahahhaa. Janji rasa sedap, layannnnn. Hidup ini terlalu pendek untuk dibazirkan nak bekas cantik baru nak masak. Ewah, nak sejukkan hati sendiri ni sebab umah kita barang dapur sendu gilaaa hahahaa.


CARA PENYEDIAAN GULA MELAKA CAIR (sebagai sos manis)
Masukkan gula melaka dalam periuk berisi air
Masakkan sampai gula melaka cair (guna api perlahan)
Bila gula melaka dah cair, matikan api.


Dah pun siap!
Sagu gula melaka mudah dan sedap.

Letak semua ni dalam peti ais dulu. Dah sejuk baru makan. Ya Allah, nikmat tak terkata. 



CARA MAKAN:
Ambik mangkuk atau cawan besor macam saya ni haaaaa.
Masukkan:
Sagu + santan + sos gula melaka

Haaa... jemput makan. Bismillah. 

Selamat mencuba!