Friday, December 1, 2017

Salam Maulidur Rasul & Welcome December



Selawat dan Salam buat Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW yang kita rindui dan berharap agar di sana kelak kita akan mendapat syafaat daripada Baginda. Semoga di sana kelak, kita akan berpeluang menatap wajah yang tak mampu kita gambarkan betapa indahnya kekasih Allah ini.

Semoga, setiap hari kita istiqamah berselawat dan mengingati perjuangan Baginda Rasullullah SAW dalam mengembangkan ajaran Islam dan betapa kasihnya Baginda kepada kita, umatnya.

Hari ini juga, dah masuk 1 December 2017. Betapa cepatnya masa berlalu. 11 bulan telah kita lalui. Cuma berbaki 30 hari saja lagi dalam tahun 2017, dan kita akan memasuki tahun baru 2018.

Semoga bulan Disember adalah bulan untuk kita terus berjuang mencapai misi dan matlamat 2017. Till then, selamat berhujung minggu yang panjang. Hati-hati di mana jua kita berada. 

Bye!


1 comment:

farhanna jafri said...

Dah berbaki 29 hari dah. Aduh cepat betul masa berlalu. Tak sangka dah sampai ke penghujung tahun 2017. Rasa macam banyak lagi yang terbuat. Harapnya tahun depan boleh tercapai. Salam Maulidur Rasul :D