Friday, December 15, 2017

Senarai Persediaan Mula Sekolah Darjah 1

Pejam celik, pejam celik, dah nak habis dah minggu ketiga cuti sekolah! Cepatnya rasa masa berlalu, lagi cepat daripada masa tak cuti sekolah. Oh please school holiday, tolong jangan berlalu cepat, saya suka masa cuti sekolah hehhee. 

Tahun 2018, anak sulung saya akan masuk darjah 6, anak kedua pulak darjah 1. Haaa, tak tau la macam mana drama si bujang sorang ni nanti :P


Since si bujang saya akan masuk darjah 1 nanti, saya nak share list senarai persediaan mula sekolah darjah 1. Bolehlah kita sama-sama buat rujukan nanti. Senang nak tau apa perlu beli dan buat anggaran bajet. 

Senarai keperluan mula sekolah darjah 1:

UNIFORM SEKOLAH:

Sekolah kebangsaan:
Anak lelaki: baju kemeja putih, seluar biru (3 pasang)
Anak perempuan: baju kurung putih, kain biru, tudung putih (3 pasang)

Kasut putih - 2 pasang
Stoking putih - 2 pasang
Baju singlet putih* (2 helai)
Seluar track (1 helai)
Baju sukan (biasanya ada jual di sekolah)

Sekolah agama:
Anak lelaki: baju, seluar, sampin hijau (3 pasang) 
Anak perempuan: baju kurung, kain hijau, tudung putih (3 pasang)

Stoking putih (2 pasang)
Kasut putih (2 pasang)
Baju singlet putih* (2 helai)


ALAT TULIS:
Pensil
Pemadam
Pengasah pensil
Pembaris
Pensil warna
*Buku-buku beli di sekolah


KEPERLUAN LAIN:
Beg sekolah 
Kotak pensil
Botol air
Bekas makanan
Dompet
Sapu tangan atau tuala kecil

NOTA: 
Keperluan lain ni beli 2 set, iaitu untuk sekolah kebangsaan dan sekolah agama
(*) Optional nak beli ke tak
Jumlah pasang (seperti pakaian, kasut) terpulang nak beli berapa, saya tulis berdasarkan saya nak beli berapa


Saya plan nak beli 3 set pakaian sekolah untuk anak-anak. Senang terus iron pakaian pada hari Ahad, iron terus untuk 3 hari persekolahan (Isnin, Selasa dan Rabu). So, baki lagi 2 hari (Khamis dan Jumaat), saya just basuh dan iron semula baju yang dah pakai pada hari Isnin dan Selasa. Malas pulak nak beli sampai 5 set terus, nanti makin banyak baju dah iron nak kena gantung hehe.

Memadai je lah iron untuk hari Isnin, Selasa Rabu then iron lagi untuk hari Khamis dan Jumaat. Dania dah iron baju sendiri, cuma kekadang tudung saya tolong iron-kan. 

InsyaAllah dalam minggu depan kot pergi membeli. Semua sekali harung terus. Tak tau lagi nak beli kat mana. Biasanya kitorang beli kat kedai uncle cina kat Pekan Semenyih jer. Malas nak carik kat pasaraya, kat kedai uncle tu senang, semua ada situ. Tak tau la mahal ke muroh, sebab yang bayor Nizam :P

Korang dah beli ke keperluan sekolah anak-anak?

3 comments:

this ni3za said...

Stokin x cukup 2 pasang ayu..At least kena ade 3 or 4...Huhu

Cik Ash said...

tip bagus ni

Shikin Razali said...

Nice sharing, boleh la saya rujuk nanti.. thanks kak..