Friday, December 1, 2017

Softlan Anti-Wrinkles Lavender Fresh

Setiap hari adalah hari untuk mendobi pakaian. Walaupun bukan semua pakaian kita kena iron, tapi kalau pakaian yang nak iron tu jenis susahnya nak hilang kedut, mesti kita rasa arghh tensennya. Sebab kerja iron pakaian ambik masa yang lebih lama, lebih tenaga dan kita boleh rasa bosan. Lainlah korang guna iron yang mahal tu kan, mesti iron baju sambil wat lek wat pis jer hehhe.

NAMUN penggunaan fabric softener yang ada fungsi untuk mengurangkan kedutan, dapat membantu kita mengurangkan beban iron baju sebab bila dah anti-wrinkles, kuranglah kedutan pada pakaian kita.

Hari ni, saya nak share, fabric softener kesukaan saya iaitu jenama Softlan, iaitu Softlan Anti-Wrinkles dengan bauan Lavender Fresh.

Botol untuk Lavender Fresh ni ialah purple, iaitu bertemakan warna bunga Lavender. Tentu korang pun tau kan, bunga Lavender adalah bunga yang sangat popular untuk produk-produk berasaskan essential oil, aromatherapi, mandian dan ia juga untuk brand Softlan.


Penggunaan Softlan anti-wrinkles Lavender Fresh ni sangat jimat. Hanya 1 penutup saja sudah sangat mencukupi untuk cucian, tak kiralah menggunakan washing machine atau cucian tangan.

Yang paling saya suka, baunya "melekat" di pakaian walaupun berhari-hari setelah siap dicuci dan disimpan dalam almari pakaian.

Anak-anak saya pun selalu kata, wanginyaaa bau baju yang mama basuh. Sebagai ibu, tentulah saya gembira dengan pujian tu, sebab ia seolah-olah kasih ibu yang melekat sehingga ke pakaian :P



Untuk penjimatan pula, kita boleh beli refil sahaja, then just isi ke dalam botol. Pek refil ni ada 2 jenis iaitu yang dah siap bancuh macam dalam gambar yang saya sertakan ni, dan sejenis lagi yang jenis "pati", di mana kita kena tambah air, dan goncang sebelum digunakan.

Tak kisahlah mana satu pilihan kita, samada yang dah sediada dalam botol atau 2 jenis pek refil tu, semuanya akan memberikan hasil cucian  yang wangi, pakaian akan kita rasa lembut dan kedut sangat kurang!

So, jimatlah masa kita iron pakaian kan? Penggunaan tenaga elektrik pun dapatlah dijimatkan jugak. Pakaian yang tak perlu iron pun bila dah kurang berkedut, senanglah kita nak lipat atau hanger, dan bila pakai pun takder la selekeh sangat sebab less wrinkles.


Macam saya, ada baby, suka sangat bau kain lampin, tuala dan semua pakaian baby bila dah gunakan softlan. Kain lampin kan lembut jer, memang kurang kedutannya tau. Tapi, kita ni bila dah angkat kain tu, cepat-cepat la lipat. Kalau seminggu dok dalam bakul tak berlipat-lipat, memang la berkedut sakan hehhee. 



Dalam musim hujan dan mendung ajer ni kan, saya memang highly recommend korang untuk gunakan Softlan fabric softener, tak kiralah apa-apa jua bau yang ada, kerana produk daripada Softlan memang terbaik. 

Saya suka Softlan, kerana ia menjadikan aktiviti mendobi saya lebih bermakna dengan baunya yang harum mewangi dan hasil cucian yang lembut, segar dan mudah diuruskan.

Anda mesti cuba!

No comments: