Saturday, December 9, 2017

Swimming Pool di The Pines Hotel, Melaka

Setiap kali kita nak pergi bercuti, mesti kita akan survery hotel yang sesuai dengan bajet kita. Antara kriteria penting yang kita nak ialah hotel tersebut biarlah ada swimming pool yang cantik, bersih dan mesra pengguna, khususnya kepada kanak-kanak.


Image source: Google

Saya nak share dengan korang swimming pool The Pines Hotel, Melaka berdasarkan pengalaman saya menginap kat situ. Bila saya share, maksudnya saya sangat rekemen anda untuk menginap di The Pines Hotel Melaka dalam list hotel yang bakal korang duduki nanti.

The Pines Hotel ada 2 jenis swimming pool, berdasarkan jenis bilik yang kita menginap. Ada bilik yang kat berandanya ada swimming, dan ada yang tak. Masa saya menginap tu kebetulan bilik yang ada swimming pool dah fully booked, maka saya ambil bilik yang takder swimming pool. Maka, marilah kita anak-beranak ber-swimming pool yang terbentang luas mandi-manda beramai-rama saja.

TAPI... bila tengok swimming pool tu, WOWWW... cantik! Jom kita tengok...




Laluan dan tangga menuju ke swimming pool


Ni jer tempat mainan yang ada kat sini, boleh la. Saya tengok masa tu takder pun budak-budak main kat sini. Semua dok berendam dalam kolam hehehe.


View dari tangga





Pemandangan yang sejuk mata memandang. Kalau ada baby nak ajar bertatih, memang sesuai sangat pijak rumput ni. Kalau tak silap saya, ini hanyalah artificial grass.



View swimming pool untuk dewasa



Ruang santai yang selesa


Kalau taknak berpanas masa mandi, boleh la mandi kat area bawah ni. Ni area kolam dewasa.



Nampak tak laluan pejalan kaki antara 2 swimming pool ni?

Inilah divider antara swimming pool dewasa dan kanak-kanak. Yang ada orang dok mandi tu la swimming pool untuk kanak-kanak. Dengan ada divider ni, kita tak perlu risau andai tetiba anak-anak terlajak masuk swimming pool dewasa. 

So, ini juga antara ciri-ciri keselamatan yang bagus di swimming The Pines Melaka, selain ada penjaga pool yang memantau keadaan dan keselamatan disini.



Pool dewasa




Wajah-wajah kegembiraan dapat berendam sepuasnya
 


Area shower yang selesa dan bersih









Nampak tak kat tepi bangunan bahagian kiri tu?
Itulah private pool yang tepi bilik.






Antara area yang jadi port guest bergambar. Ini kalau buat tempat photoshot pun cantik kalau kreatif :)





Bila dah ada anak, keutamaan bila bercuti dan menginap kat hotel, mesti kita fikirkan apa yang boleh gembirakan mereka. 


Kalau ikutkan mak ayahnya, nak jer berselimut dalam bilik hahhaa. Bila bercuti la time betul-betul nak jadi queen & king. Tapi, kalau kat bawah tu swimming pool terbentang luas, ada harapan ke mak ayah nak berehat ajer dalam bilik? Hmmmmm, memang tak laaa :P

Takperlah, demi kamu anak-anak.

Sebab tu lah saya rekemen sangat The Pines Melaka ni sebagai hotel untuk korang menginap. Harganya still affordable, hotel baru yang bersih, ID yang cantik dan moden, makanan pun sedap dan banyak variety. Memang puas hati!



Ada rezeki nanti kita datang sini lagi yer, bawak Ayra sekali. Dulu bawak masa Ayra masih dalam perut lagi :P


Ni saya sertakan alamat The Pines Hotel Melaka jika korang berminat untuk menginap kat sana.

The Pines Hotel, Melaka
33, Jalan Tun Sri Lanang
75100, Melaka, Malaysia

Tel: (606) 240 2323
Fax: (1700)81 3496

Atau boleh layari lamn web The Pines Melaka:

Selamat bercuti!

3 comments:

Irda Garmin said...

memang cari tempat2 percutian ni kak,macam best je tempat ni.Ok kak thanks for sharing nanti nak call and tanay price lah..Thank you kak

Wani Sukarno said...

salam singgah sini dari grop bpt. hii.. luas mata memandang pulak tengok swimming pool ni .. tak puas la dok mengepak dalam air hii

Zuhaira Nasrin said...

besar pool dia dan lawa :D