Wednesday, December 6, 2017

Toddible Veggie Series dan Grains Series untuk Bayi 6 bulan dan ke atas

SEBAGAI SEORANG IBU, sebelum bayi berumur 6 bulan, kita mesti dah fikir apa makanan nak bagi kat bayi. Kita mesti nak berikan yang makanan terbaik untuk bayi. 

Begitu juga dengan saya. 

Sebelum Ayra masuk umur 6  bulan pada bulan Ogos lepas, saya dah mula carik info berkaitan makanan yang bagus untuk bayi yang berumur 6 bulan yang baru nak dikenalkan dengan solid food.. Kali ni saya memang nekad taknak bagi Nestum. Sebab tu lah saya carik makanan alternatif lain, selain buat bubur atau puree sendiri.

Then, dalam saya dok scroll timeline Facebook, saya ternampak Toddible bila saya friend dengan founder Toddible iaitu Dr. Amalina Mohd Daud. Alhamdulillah, ini yang saya cari!





Apa itu Toddbile?
Toddible ialah makanan berkhasiat khusus untuk bayi seawal umur 6 bulan dan ke atas.






Then, bila Ayra dah cukup umur 6 bulan, saya terus beli secara online dengan salah seorang Agent Toddible. Beliau tinggal area Semenyih jugak, so just COD saja. 

Saya beli 3 puree sayuran iaitu: Carrot, Pumpkin dan Brocolli. 
Saya juga beli 2 pack grains series iaitu White Rice Powder.








Cara penyediaan Toddible Grain Series + Veggie Powder pun mudah sangat! Boleh tengok kat gambar ni yer. 

Senang dan cepat sangat penyediaannya. Jika kita nak travel pun, boleh juga ia diberikan untuk bayi, tak perlu panaskan atas dapur pun takper, memadai gunakan air suam atau air panas saja. Kita boleh tengok, campuran veggie series dan grains powder tu 'mengembang', menandakan ia dah 'masak',  then dah boleh disuap pada bayi.


Ni contoh yang saya buat untuk Ayra. Carrot puree + white rice powder. Berselera Ayra makan, seronok suap dia makan Toddible ni.

Ketiga-tiga veggie powder tu Ayra suka, dah habis pun semuanya hehe. Tak rugi beli untuk bayi, takperlah keluarkan lebih kos, jangan berkira dengan anak, selagi mampu kita mesti nak berikan yang terbaik. 


Oh yer, Toddible pun ada produk khusus untuk travel iaitu Toddible Travel Series

Korang boleh carik kat page atau facebook Dr. Amalina dan agent-agent Toddible. Saya tak pernah lagi try Travel Series, tu saya tak share kat sini. Tapi, yang saya nampak ia memang menarik dan memudahkan ibu-ibu untuk berikan bayi makan walaupun semasa travel. Jadi, takder alasan untuk kita tak berikan bayi makanan yang sihat dan berkhasiat. 



Ada beberapa lagi series produk keluaran Toddible yang sesuai untuk bayi berumur  6 bulan dan ke atas. Korang boleh visit wall Dr. Amalina Che Daud dan juga Page Toddible.

Semoga journey kita dalam membesarkan dan mendidik bayi dan anak-anak adalah journey yang indah, termasuklah dalam memberikan mereka makanan. Saya sangat rekemen anda untuk mencuba Toddible untuk bayi anda.

Selamat ber-Toddible!

1 comment:

Sang aura said...

wahhh..nak cuba lahh.Kita pun ada baby jugak ni