Monday, January 29, 2018

January 29, 2018

FOKUS 2018

Tahun 2018, sebenarnya dijangka tahun yang mencabar. Sebab anak sulung dah masuk darjah 6. Nak periksa UPSR dan PSRA. Tadi pun, result UPKK dah keluar, alhamdulillah. Tunggu papa balik, nanti kita kuar makan-makan dan beli hadiah yer. Eh, apsal mama pulak yang eksaited ni? Hhahaha.


Then, anak nombor 2 pulak, dah darjah 1. Membaca masih belum boleh, cuma alhamdulillah, dah mula kenal  dan baca suku kata. Sebelum ni, dia macam susah nak terima cara Phonics. Cara suku kata cepat pulak dia belajar. Silap mamanya jugak, tak bersungguh mengajar. 

Ni memang nak kena catch up cepat-cepat. Papa dia ajar matematik, mama ajar membaca, menulis dan jawi. Kesian, kalau tak dapat baca. Apa pun, hepi sangat tengok progress dia sekarang. Dia pun hepi pegi sekolah, cuma sekali-sekala jer la merungut penat sekolah pagi-petang. Tapi, takdernya mama dia nak layan. Sekolah tetap sekolah!




Mereka berdua tu adalah fokus utama Kak Ayu tahun 2018 ni. Si Ratu Bono tu kira terkeluar dari carta la, sebab dia tu memang akan sentiasa terulung hahhaa. Khamis ni genap umur Alish 7 tahun, dan Ayra 1 tahun. Tapi kali ni tak gi memana, dok rumah jer sebab Ahad kakak ada program kat sekolah. 

Tentang bisnes. Kak Ayu buat setakat boleh. Asalkan dapat income. Yup, tahun ni memang mencabar, sebab Kak Ayu masih mencari hala tuju, sebab Kak Ayu tak dapat nak commit. Unless, untuk bisnes atau produk yang tak perlukan banyak masa untuk Kak Ayu buat dan hadap.

Kak Ayu taknak push diri. Sebab bila stress, semua pun tak jadik. So, buat setakat yang mampu, dan berserah pada Allah. Mintak DIA uruskan segalanya. Baru rasa lapang dada dan Kak Ayu nak enjoi the journey as a mother, wife dan wahm.

Vision Board pun tak buat lagi oiii, dah nak abes bulan Januari dah hahaha. Kebizian atau kemalasan agaknya ni hihiihi.

Takder Vision Board pun, alhamdulillah Allah dah perkenankan impian Kak Ayu nak Philips Iron by Amway dan pokok pisang SSF. Alhamdulillah. Syukur. Kalau DIA nak bagi, pasti akan dapat tepat pada waktunya. 

Till then, nanti jumpa lagi yer, lama tak menaip entry cenggini hehee. Bye!

Friday, January 26, 2018

January 26, 2018

TAWARAN HEBAT CUCI KEDAI DARI - SYAQIST PATCHWORK

SYAQIST Patchwork menyediakan pelbagai produk patchwork yang sangat cantik dan juga berkualiti tinggi. Antara produk patchwork yang mereka tawarkan ialah cadar, karpet size besar, karpet size kecil, toto bayi, alas kaki, bantal bunga dan pelbagai lagi. Menariknya semua design cantik-cantik dan warna yang sangat menawan kalbu.

SET PREMIUM CADAR  PATCHWORK SYAQIST
MATERIAL CADAR SYAQIST 100% cotton. Sekiranya ada yang beli dan kualiti material bukan cotton, korang boleh kembalikan dan dapatkan yang baru. Jaminan kualiti cadar Syaqist ni memang tip top! JENIS cadar pula adalah jenis cantum tampal atau sulam tampal. Ini membezakan patchwork asli dengan palsu tau! Set cadar ni mengandungi 3 item iaitu 1 CADAR QUILT YANG TEBAL dan 2 SARUNG BANTAL BERZIP.


KELEBIHAN CADAR PATCHWORK SYAQIST
  • Jahitan lebih halus dan kemas
  • Material kain pure cotton berkualiti tinggi
  • Lebih tebal dari cadar yang biasa
  • Kain sejuk dan selesa dipakai
  • Melekap dan terletak di atas katil
  • Jahitan corak bunga nampak timbul
  • Bilik akan nampak lebih eksklusif, mewah dan bergaya
  • Mudah diurus dan di basuh dengan mesin basuh
  • Tebal dan boleh di pakai lama
  • Menambah keempukan tilam
  • Sesuai untuk dijadikan hadiah untuk yang tersayang
  • Boleh dijadikan sebagai cadar pengantin



PELUANG MENYERTAI TEAM SYAQIST
Syaqist juga menyediakan peluang untuk kita menikmati faedah yang berbaloi-baloi dengan mereka. Syaqist menawarkan MEMBERSHIP & LOYALTY PROGRAM untuk kita menikmati pelbagai kelebihan. Antara faedah yang diperolehi dari program ini ialah
  • Diskaun semua item termasuk item promo
  • Hadiah hari jadi
  • Rebate RM50 untuk belian ke 11
  • Tidak perlu memperbaharui keahlian
YURAN KEAHLIAN hanya RM30 seumur hidup dan TERHAD KEPADA 100 ORANG SAHAJA.





PROMOSI KOSONG KEDAI
SYAQIST dalam proses berpindah ke kedai baru jadi untuk memudahkan urusan, mereka sedang buat promosi BERMULA 27hb JANUARI HINGGA 31hb JANUARI 2018 SAHAJA. Korang bolehlah grab peluang harga promosi ni untuk miliki cadar patchwork premium dari Syaqist ni!

HARGA BIASA RM 195
HARGA PROMOSI RM 185
FREE POSTAGE KE SEMENANJUNG
SABAH & SARAWAK RM 15



CARA UNTUK DAPATKAN PRODUK PATCHWORK SYAQIST




WHATSAPP : 018 3733749

Wednesday, January 24, 2018

January 24, 2018

COMING SOON

Tuesday, January 23, 2018

January 23, 2018

Kayliz Granola Oat Solusi untuk Bukan Penggemar Oat

"Saper kat sini tak suka makan oat, cer angkat kening macam Kak Ziana Zain sikittttt".

Nak pecah rahsia ni, syyhhhh... Kak Ayu lah antara yang tak makan oat! Jangan kan nak makan, dengar perkataan oat pun dah trauma hehe. Bukan saja tak makan oat tau, susu pun Kak Ayu tak minum. Dah tu, macam mana nak sihat dan fit kan?


Then, bila Kak Ayu tau Kayliz Granola Oat adalah oat yang dihasilkan dengan campuran bahan yang menyedapkan rasanya, Kak Ayu terus rasa teruja nak cuba. 


Al-maklumlah, Kak Ayu ni dalam fasa nak turunkan berat badan. Dah nak masuk setahun bersalin baby ketiga, berat badan tak turun-turun lagi ke 49kg. Sekarang berat badan Kak Ayu 53kg. So, Kak Ayu nekad nak cuba Kayliz Granola Oat. Manalah tau kalau konsisten makan oat ni, then exercise, jaga makan, boleh la turunkan berat badan. Baru la dapat melaram macam dulu. Wah impian hehhee.


Kayliz Granola Oat ialah produk dihasilkan oleh Bumiputera, iaitu CARE LIZ RESOURCES yang beroperasi di Negeri Sembilan sejak 16 September 2015. 


Kaylis Granola Oat boleh membantu:
  • Menurunkan kadar kolestrol dalam badan
  • Menyihatkan jantung
  • Menyeimbangkan kadar gula dalam darah
  • Memberi tenaga 
  • Membina tulang yang sihat


Dalam brosur ni, kita boleh baca Ingredients  di dalam Kayliz Granola Oat iaitu oat, sweet potato (ubi keledek ungu), chia seed dan madu.


Setiap bahan tersebut mengandungi khasiat yang sangat baik untuk badan samada dari segi kesihatan dan kecergasan badan. Rasanya pula memang sedap dengan kombinasi keempat-empat bahan tersebut. 


Packaging Kayliz Granola Oat ni memang menarik, kedap udara dan tak hancur kalau di pos atau kita nak bawak pegi ke mana-mana ajer atau untuk travel sekali pun.


Lepas ni, boleh la bawak jer Kayliz Granola oat ni untuk kita jadikan sarapan, snek atau nak makan bila kita nak cepat atau on-the-go. Anak-anak pun boleh makan oat ni tau, so kalau anak suka makan jajan tu, haaa apa kata kita kasik jer makan Granola Oat ni. Kenyang dan berkhasiat gitu.


Kak Ayu tak minum susu tau, even soya sekali pun! So, Kak Ayu just makan ratah ajer, macam makan kacang. Layan makan sambil tengok tv, sedor-sedor dah abes semangkuk hehe. Oat ni rangup dan sangat sedap!



So, takder masalah lagi dah untuk bukan penggemar oat untuk makan oat tau. Dengan adanya Kayliz Granola Oat ni, kita dah boleh menikmati oat dan mendapat khasiatnya.


Korang boleh dapatkan maklumat lanjut dan membuat pembelian Kayliz Granola Oat ni kat:

Facebook: Kayliz Granola Oat
Whatsapp: 011-10906902 / 019-6255010

Dikilangkan oleh:
CARE LIZ RESOURCES,
No. 1723, Lorong 40 Taman Villa Lavender Height
70450 Seremban,
Negeri Sembilan

Monday, January 22, 2018

January 22, 2018

Apa Menariknya dengan AirAsia Flights?

Siapa tak pernah naik flight? Eh, macam kejam sangat pula saya tanya soalan macam tu kan? Huhu. Okay-okay sorry. Just nak tanya laa, korang kalau fly ke mana-mana, suka naik flight apa je?

Kalau macam saya, saya suka fly dengan AirAsia. Haaa, korang mesti tahu serba sedikit kan tentang AirAsia? Tipulah kalau tak tahu sebab airlines ni merupakan satu syarikat penerbangan kos rendah yang terbesar di Asia Tenggara dan mempunyai ibu pejabat di Kuala Lumpur, Malaysia. Kalau korang nak tahu, airlines ni boleh bawa korang terbang ke lebih 120 destinasi di Asia Pasifik, termasuklah 60 laluan unik di rantau ASEAN. Syok ke syok? Haha. Banyak lagi perkara yang menarik tentang airlines ni yang membuatkan saya tak jemu-jemu untuk terbang ke mana-mana saja bersamanya. Nak tahu apa yang menariknya? Let’s check out!

Perkara utama yang membuatkan saya jatuh cinta dengan AirAsia ni adalah kerana harganya yang murah. Ni bukan murah biasa-biasa tau, tapi memang kaw-kaw punya murah. Saya cukup suka wei dengan dorang punya tagline, “Now Everyone Can Fly”. Tapi serius ah, korang memang akan mampu untuk terbang ke mana-mana saja destinasi pilihan korang dengan airlines ni. Dan saya rasa airlines ni memang betul-betul nak capai matlamat mereka untuk bagi peluang dekat orang ramai naik flight.


Selain tu, walaupun telah menawarkan harga yang murah, dorang tetap mengadakan promotions dan menawarkan pakej-pakej yang menarik dari semasa ke semasa. Haaa, memang gila best lah cerita dia. Harap korang tak histeria laa ya. Hihi.

Tambah lagi, apa yang membuatkan saya suka fly dengan AirAsia ialah dorang ada menawarkan pelbagai tempat duduk untuk memberi keselesaan pada setiap penumpang, dari Kelas Ekonomi hingga ke Premium Flatbed.

Mana yang nak duduk berdekatan dengan pintu kecemasan, bolehlah pilih Hot Seat. Ia lebih kurang sama macam Kelas Ekonomi cuba bezanya akan diberi keutamaan time naik pesawat.
Hot Seat

Bagi yang nak fly jauh, Premium Flatbed adalah the best choice buat korang sebab nanti bolehlah rehat dan tidur dengan tenang sementara sampai ke destinasi. Keselesaannya memang dijamin terbaik.
Premium Flatbed

Seat Quiet Zone pula sesuai untuk korang yang perlukan ketenangan dan suka suasana yang senyap. Jadi, dengan adanya pelbagai pilihan seat ni,korang dapatlah terbang dengan selesa dan seronok.
Seat Quiet Zone

So, sekarang ni korang dah mula jatuh cinta dengan AirAsia flights ke belum? Hihi. Kalau belum, takpe. Biar saya share lagi apa yang menarik.

Okay, next! Part yang paling best mestilah tentang in-flight meal. Yeahh! Biasanya, hanya penumpang Premium Flatbed saja yang akan dapat free in-flight meal. Tapi penumpang yang lain pun still boleh order makanan. Sama ada nak order secara on the spot atau buat pre-order secara online. Pasti korang akan rambang mata bila tengok pilihan menu yang ditawarkan sebab semuanya nampak sedap-sedap belaka.

Antara pilihan meals yang ada ialah Nasi Lemak Pak Naseer, Nasi Ayam Malaysia, Pulut Mangga Thai, Briyani Ayam Bukhara, Ayam Panggang dan banyak lagi. Untuk kaki makan macam saya ni, memang heaven sangat la menu-menu yang ada ni. Wallaaaa :D
Contoh menu yang boleh dinikmati di dalam AirAsia Flights

Kepada korang yang memang kaki travel, saya sarankan korang daftarlah sebagai ahli supaya nanti senanglah nak tahu all ongoing promotios dari semasa ke semasa. Walaupun seat untuk promotion fare agak terhad, tapi peluang untuk korang mendapatkannya adalah sangat tinggi kerana setiap kali promotions korang akan mendapat newsletter by email. Dalam masa yang sama, korang juga boleh kumpul point dengan setiap flight booking. Bila point dah cukup pula, boleh redeem untuk dapat free tiket flights, penginapan hotel, hidangan, insuran dan bagasi. Haaa, seronok ke seronok? Haha.



Sebelum saya terlupa, antara perkara menarik di AirAsia flights ni juga adalah Xcite Inflight Entertainment which is korang boleh tengok segala jenis hiburan hanya melalui tablet saja. Macam-macam pilihan ada termasuklah movies and TV series, muzik, majalah, dan games. Xcite Tab ni juga dilengkapi dengan head phone supaya takdelah korang mengganggu penumpang yang lain dan bolehlah menikmati hiburan dengan sepenuhnya.


Jadi, jangan lepaskan peluang untuk terbang dengan harga rendah yang paling maksimum dan nikmati juga AirAsia flights promotions yang sangat menguntungkan.

Jom rancang percutian korang sekarang juga! Ciptalah kenangan terindah ke destinasi pilihan kita dengan AirAsia Flights.

Images source: Google Image & AirAsia Website

Friday, January 19, 2018

January 19, 2018

Susun Atur Tudung

Ni gambar beberapa tahun lepas, melintas di wall memory FB, so saya share kat sini sekali lagi, sebab mungkin post sebelum ni dah tak keluar gambar sebab masa saya buat entry tu saya just copy-paste gambar dari FB. 

Ni cara saya buat susun atur tudung. Ringkas jer, sebab semua ni saya dah tak pakai pun. 

Mostly tudung ni jenis chiffon see tru, beli masa trip bisnes Hai-O ke Ghuangzhou, tahun bila lupa dah haha. 2012 kot!

Ngeri weh tahap ingatan sekarang. Banyak sangat ni urat putus 3 kali bersalin c-zer huh huhhh. Ke otak serabut banyak sangat mikir huhu.




Saya just lipat dan gulung kemas-kemas dan susun macam ni dalam bakul. Nak nampak lebih presentable eh bukan OCD tau saya letak ikut jenis: plain vs bercorak



Dah siap!

Kat sebelah tu semua seluar jeans yang dah tak muat  nak pakai sekarang ni.


Ohh, bila nak start diet ni, tak suka la berat badan tak turun-turun. Bulan depan Ayra dah umur setahun, anak makin membesar, ehhhh mama dia pun ikut sama membesar. Apa kesss ni. Ehh, tetiba pulak terselit cerita nak kurus hahahha.

Haa, so semoga idea susun atur tudung dengan lipat-gulung-sumbat dalam bakul macam ni dapat berikan idea susun atur dan mengemas untuk korang.

Bakul tu beli kat mana?

Saya beli kat The Store. Kat Tesco dan banyak kedai saya tengok ada jual. Murah jer harganya, ada pelbagai saiz. Biasa saya tengok ada kaler putih dan hitam.


Silalah beli bakul macam ni, banyak kegunaan dia. Saya suka sebab murah, very practical dan cantik. Ehh, ter-promote bakul pulak hahaha.

Till then, selamat bersusun-atur uols!

Thursday, January 18, 2018

January 18, 2018

Fungsi dan Cara Guna Balm Tasneem Naturel



CF Rub Tasneem Naturel

  • Bantu kurangkan selsema
  • Bantu cairkan kahak
  • Bantu melegakan athma
  • Bantu kurangkan suhu ketika demam
Cara Guna:
Sapu di hidung, tekak, tulang belakang, tapak kaki dan dada



Tummy Time Tasneem Naturel
  • Bertindak seperti minyak perut bayi
  • Membuang angin dalam perut
  • Bantu melegakan perut sebu
  • Bantu melegakan kembung perut
  • Bantu melegakan sembelit/cirit-birit
Cara Guna:
Sapu pada perut dan tapak kaki



Calm Time Tasneem Naturel
  • Memberikan keselesaan
  • Mengurangkan tekanan
  • Mengurangkan keletihan
  • Bantu anak lebih tenang jika sedang tantrum, mengamuk, menangis tanpa henti atau hyperaktif
Cara Guna:
Sapu di tulang belakang, tapak kaki, nadi belakang telinga dan pergelangan tangan



Sleep Time Tasneem Naturel
  • Bantu anak tidur lena
  • Bantu anak supaya mudah tidur
  • Bantu anak bangun dalam mood ceria
  • Memberi tidur berkualiti
Cara Guna:
Sapu di tulang belakang, tapak kaki, nadi di belakang telinga dan pergelangan tangan


January 18, 2018

Bestnya Mandi-mandi di Swimming Pool Swiss Garden Hotel Melaka

Kali ni, tak dapat nak share gambar keseluruhan gambar sekitar swimming pool Swiss Garden Hotel Melaka, sebab masa saya snap tu ramai orang, so untuk menjaga privacy dan aurat pengunjung, tak dapat snap dan share banyak gambar. Susah nak dapat suasana yang sesuai, sebab ramai orang. So, saya just share gambar family jer kat sini.

Korang boleh tengok gambar swimming pool yang lebih menarik kat laman web booking.com dan Swiss Garden Hotel Melaka. Maaf yer, agak kurang menarik gambar kali ni. Layan yer la gambar kami hehehe.



Masa nak turun dari bilik hotel ke swimming pool. Ini masa petang Sabtu. Petang Jumaat husband dan anak-anak berdua tu jer turun sebab dah lepas Asar, tak berani nak bawak baby turun. Just mereka 3 beranak jer turun. Hari ni, mencemar duli la saya dan Ayra si Ratu Bono turun sama ke swimming pool.


  
Bangunan Swiss Garden Hotel dan The Shore ni bersebelahan. Saya suka view kat sini. Bangunan cantik dan suasana pun tenang jer. Memang sangat sesuai untuk bercuti.




Gambar atas macam ni jer dapat snap, gambar kat swimming pool tak boleh yer hehe.




Kesayangan papa ni.



Dak kecik ni first time tengok swimming pool, muka dia macam jakun sangat hahhaa. Pakaian taknak kalah tu, tapi duduk jer la atas kusi tu yer, kecik lagi takleh terjun kolam.



Masa datang besday saya tahun lepas, pose lunjur kaki saya, Ayra dalam perut lagi. Ni kita kasi chance kaki Ayra pulak lunjur masuk FB, IG dan Blog hahaa. Kaki kepci sangat ni :P




Nak beriba jugak!




Pool orang dewasa. Tapi yang penuh pool kanak-kanak jugak hihi




Ini kalau saya mandi dalam ni, mau tenggelam tak timbul-timbul, sebab saya tak reti berenang ahaks!



Laluan ke bilik hotel




 Gambar kami sekeluarga. 

Betapa sukanya budak berdua ni dapat mandi kolam kat sini. Tak reti sejuk oiiii. So, saya suggest jika korang ada plan nak bawak anak-anak bergembira mandi kolam, Swiss Garden Hotel Melaka ni memang sesuai sangat.



Wajah gembira si manis 39 tahun kah kahhh. Manis sangat. Manis apanya dah nak masuk umo 40. Apa pun, syukur atas segala pemberian Allah pada saya selama 39 tahun ni.





Bila tengok gambar ni, dah macam budak berdua ni berselimut dengan bendera Malaysia pulak :D




Ayra si Ratu Bono.
InsyaAllah, nama Ratu Bono akan jadi branding untuk bisnes yang saya akan buat nanti.
New blog dengan nama Ratu Bono... by Ayu Rashid is coming soon, InsyaAllah.



Cakkkkk!




Ayra celup-celup kaki sudah la yer :P








Kami nikmati cuti sempena besday saya di Swiss Garden Hotel Melaka dengan kenangan yang manis. Semoga, ada kesempatan dan rezeki untuk ke sini lagi, atau ke hotel lain sekitar Melaka, sebab we love Melaka so much!


Anda, silalah ke Swiss Garden Hotel Melaka, kerana pengalaman bercuti di sini pasti menjadi memori yang indah untuk anda sekeluarga nanti. 

Till then, have a great day ahead!