Wednesday, January 3, 2018

2018| Belum buat apa-apa pun lagi

Yer, belum buat apa-apa pun lagi untuk 2018. Tak sempat. Hari berganti hari, ehhh hari ni dah hari ke-3 tahun 2018. Nampak, masa berlalu cepat sangat, ke masa saya yang tak berkat?

Manalah nak sempatnya kan, kalau semua rasa nak kena catch-up. Bila balik kampung, sebenarnya banyak amik masa dan tenaga. Tapi tu laaa... kitorang ni suka balik kampung, sebab boring dok rumah dan kesian anak-anak asik berkurung ajer.

Selalu bila balik kampung, angkut la segala benda konon nak buat kerja kat sana. Tapi, laptop pun kekadang dok tidur lena dalam bag! 

Dulu sebelum ada baby, takder la macam ni. Saya memang fully utilised masa kat kampung. Untuk blogging, sampai seminggu entries semua siap! Rekod bisnes semua siap update, buat payment semua. TAPI... tu dulu. Sekarang balik kampung, padan dok layan si kecik tu jugak. Sama jer dengan duduk kat rumah.

Banyak benda nak buat untuk tahun 2018. 

Untuk diri sendiri, family, blogging dan bisnes. Tapi tak tau la macam mana. Orang kata, setting jer target, jangan pikir dapat ke tidak. Tapi otak ni tetap jugak nak pikir. Sebab, saya taknak buat target, pastu tak dapat buat pun. Haaa, tu memang membikin gua jadi tensen. 

So, nak buat target dan plan yang berpada-pada jer tahun ni. Buat yang saya rasa logik dan achieveable. Planner dah ada, tapi malam tadi pukul 11.30pm baru berkesempatan belek-belek dan tulis sikit dalam tu. Itu pun tulis tarikh-tarikh besday kami anak-beranak hahhaha. Tu perkara sangat penting yer sebab senang nak rancang nak pegi mana kalau ada bajet. Nampak gayanya, tahun ni besday kami on weekday, kecuali besday Dania on Sunday. Biasa besday Dania yang on weekend, tahun ni kasik chance kat dia pulak berbesday di hari weekend.

Hmmm, ni pun update blog masa Ayra tidur. Baju dok dimesin dalam washing machine, masak pun belum. Nizam cuti 2 minggu, minggu depan dah keje semula. Anak-anak dah sekolah start semalam. Alhamdulillah, semua ok. Cuma sedih pulak rasa bila Alish dah sekolah, sebab rasa dia macam baby lagi huhuhhu. Sebak tengok gambar dia kat sekolah yang papa dia sent. Saya tak ikut sama ke sekolah, sebab jaga Ayra kat umah.

Pagi tadi dia dah mula naik van ke sekolah, sesama kakak. Tapi sesi sekolah berlainan, pegi pagi jer la sama. Semoga Alish berjaya menemui Cik Aya hehe. Dania berbuih mulut dok pesan kat adiknya: "Hariz tengok betul-betul van Cik Aya, jangan salah naik van pulak". Alish menjawab: "Ye laa, Alish ingat, warna putih"

Ya Allah, semoga van Cik Aya sebuah jer la yang warna putih, jangan ada van lain"

Hhahaha.... al-kesah anak-anak sekolah. 

2 comments:

Mas FVOME said...

Al kisahnya..banyaknya yang dirisaukan ..hehe..semoga dapat buat perancngn yng diinginkn sis! happy 2018!

Raydah said...

itsokay kak. slow slow. plan betul2 and make it work. in shaa Allah semoga dipermudahkan semua urusan. oh btw ray follow sini tau #203. sudilah singgah n follow my new blog