Tuesday, January 9, 2018

3 Cabaran Bekerja dari Rumah dengan Anak Umur Bawah Setahun

Memang jadi idaman kebanyakan wanita untuk bekerja dari rumah. Tak kesah la kerja yang macam mana pun, ikutlah minat dan kemahiran yang kita ada. Asalkan dapat income, itu dah kira kerja dari rumah la senang cakap.



Cabaran bekerja dari rumah, berbeza-beza mengikut keadaan setiap keluarga. Hari ni saya nak share cabaran yang dihadapi bila bekerja dari rumah dengan anak yang berumur bawah setahun. Baby kecik cinonet lagi, tapi dia punya power sebagai majikan tu, ngalahkan Mr. President hehee. Waaaaa, dia bukak mulut, haaa berlari ngko terus ngadap dia. Kalau time tu dok mengelamun dalam toilet, terus terhenti ko punya lamunan tu hahhaha. See, power tak Mr. President kecik ni??

3 cabaran bekerja dari rumah dengan anak umur bawah setahun (based on my experience)

1. Ada jadual, tapi belum tentu kita dapat ikut!
Buat la jadual macam mana pun, tapi the whole day punya schedule kita akan bergantung 99.99% kepada arahan daripada si kecil. 

So, macam mana nak overcome keadaan yang dah berterabur ni? Jawapan dia, pandai-pandailah atur dan buat secara spontan. Contoh nak lipat kain, tapi baby asik nak merapppp ajer kan? So, amik jer la kain tu lipat selai dua pun sekali lipat sambil-sambil layan dia tu. Haa, nanti siap jugaklah berlipat akhirnya walaupun amik masa 5 jam nak siapkan cuma sebakul kain untuk dilipat. At least, #DoneLipatKain hehe.



2. Kita tak dapat buat kerja sesempurna yang kita selalu buat
Bagi sesorang yang ada syndrom mild ocd atau ocd, memang kena belajar sabar, sabar, sabar dan sabarrrrrrrr!

Tak boleh mengharapkan dapat buat sesuatu kerja dengan sempurna macam kita selalu buat atau harapkan. Contoh lipat kain lagi yer. Tak payah la nak seksa diri lipat kain ikut sudut tepat ke, segitiga sama ke. Asalkan betul-betulkan kedut dan kain baju tu, terus lipat! Konsepnya asal siap lipat dan susun di tempat sepatutnya. 

Dengan kata mudah: Tak perlu jadi perfectionist! 


3. Kerja tertangguh-tangguh dan kadang tak terbuat langsung
Ini biasa! Baru jer nak buat, dah si kecik mula buat notes lagu nak mulakan free concert. Haa, kita pun kenalah pergi mengadap dia. Layan main, layan nak tidur, layan meragam. 

Dalam kepala ni macam-macam benda pikir To-Do-List nak kena buat. Tapi, selagi baby tak tidur atau dalam keadaan sesuai untuk kita buat kerja, lupakan jer nak buat kerja. Sudahnya, ada kerja yang tak sempat pun nak buat. Kita pun terus buat-buat lupa sebab nak elakkan stress.



Cukuplah saya share 3 ajer untuk kali ni. Ini pun nak siapkan 1 entry, sampai 2 kali kena ke tilam menepuk dia supaya tidur. Waktu pagi macam ni dia akan tidur, tapi nak kena melayan jugak la bila dia merengek tu.


Sebab tu, kalau orang kata senang kerja dari rumah, tu semua bergantung pada keadaan. Kalau takder baby lain, ada baby lain. Bila kita jaga anak sepenuhnya, keadaan memang akan berbeza. After all, kena banyak berdoa semoga Allah bantu. Permudahkan semuanya.

Till then, semoga sharing ini bermanfaat & feel free to share kerana saya pasti ramai mommies di luar sana yang jugak hadapi situasi seperti saya. Apa pun, pengalaman sebagai seorang ibu adalah pengalaman yang indah walaupun bersulam cabaran, kerana moment ini pasti akan menjadi kenangan buat kita nanti.

Bye!


1 comment:

Mas FVOME said...

comelnya baby! hihii..atas satu thn yg bru nk up tu lg laa..baru nak taip..dia pun nak taip jugaa..hahaa..sbar je la.