Tuesday, January 30, 2018

3 TIPS MULA BISNES DARI RUMAH

Hi semua.
Hari ni nak bagi tips santai-santai jer, sebab esok kan cuti, kita amik mood hippp hipppp hooreyy! Eh, uols tak cuti ke esok. Hihihi, takper nanti Jumaat, Sabtu or Ahad boleh cuti yer. 

Nak share ni, 3 tips mula bisnes dari rumah. Ni ikut terlintas kat fikiran jer, dan semestinya based on my experience. 


1. Dapatkan sokongan daripada pasangan
Ni bukan sebab kita ni bini misali ke apa la kan, dapatkan keizinan suami tu memang WAJIB. Sebab, bila dia dah izinkan, mudah la kita nak dapat sokongan dan talian hayat (pertolongan). 

Contohnya mintak tolong paham yang bini sedang carik duit dari rumah. Pastu kalau ada nak bungkus parcel ke, nak pos parcel ke, nak mintak tolong  urus-urus hal rumah dan anak-anak. Haa, tu pentingnya sokongan suami. Kalau suami tak sokong, agak-agak dia tolong dengan ikhlas tak? Walaupun pada hakikatnya kita kerja dari rumah ni nak bantu dia, atau sekurang-kurangnya kita ada duit poket sendiri.


2. Tau dan sentiasa ingat bahawa kerja dari rumah perlukan pengorbanan yang besar.
Kalau tengok gambar kat internet, kita mungkin terpedaya yang kerja dari rumah ni enjoi dan santai gila. Haaa, kalau betul macam tu, alhamdulillah. Rezeki uols la tu. Tapi, kalau sebaliknya, sila ingat balik pesanan Kak Ayu ni yer hehehe.


3. Mula dengan apa yang kita ada, dan sebaiknya buat apa yang kita suka (passion)
Takyah sampai nak berhutang bagai, jangan mudah terpedaya dengan bisnes yang bagi pulangan besar atau its too good to be true. Bukan nak kata depa tu menipu, tapi kena beringat. Sekarang bersepah bisnes yang tak perlukan modal dan modal minimum. Haa, buat yang tu dulu. Bina foundation. Dah yakin, dah ada ilmu sikit-sikit (tapi ilmu mesti sentiasa upgrade yer), baru buat kerja atau bisnes yang lebih besar.


Haa, tu jer tips santai-santai dari Kak Ayu hari ni. Kalau tak tau nak bisnes apa, jangan segan WA atau Telegram kak ayu hahahha. Ada 3 bisnes korang boleh pilih. Nak yang mana 1, kot sesuai ngan jiwa korang.

Till then, nanti menulis lagi. Tadaaaaaaaaaaaaaaa!

2 comments:

cik renex said...

Tips yg bagus ni sis Ayu :)

Mohd Noor Shawal said...

singgah sini.. ^^

jemput join GA Shawal... :)

http://mohdnoorshawals.com/2018/01/MengintaiAkuDiNeraka.html