Sunday, January 14, 2018

Beli Pokok Hiasan Indoor

Hari Rabu 2 minggu lepas, husband nak servis kereta kat Toyota CBU. Masa balik kampung weekend sebelum tu, bateri kereta habis. Bila dah cabut bateri tu, terus audio video dan camera system down. Kenalah pergi install semula driver kat Toyota centre. 

Wah, saya suka service centre tu, sebab dekat dengan nurseri hehe. Since, dah beberapa pasu pokok money plant dan pokok ala-ala sawit dah hampir mati dikerjakan anak-anak kucing, maka haruslah ganti pokok baru. Petang, lepas anak-anak dah pegi sekolah, kami 3 beranak pun pergilah ke sana dengan penuh semangat waja :P




Ratu Bono ni tak puas tidur, agak nak meragam. Tu asyik nak berkepit ngan papa ajer. Tapi bila bergambar, dia photo ready yer hehe.



 Dah selesai servis kete, terus singgah kat nurseri. Saya suka nurseri ni sebab pokok kat sini cantik-cantik dan harga lebih murah berbanding nurseri kat Sungai Ramal. 

Since nak cepat sebab mengejar masa sebelum budak berdua tu balik sekolah, saya pilih pokok laju-laju. Snap gambar pun laju-laju jugak. Ini ajer lah gambar yang ada. Lain kali kalu datang lagi, saya snap lagi (wah ada impian lagi tu hahhaha)



Cantik bunga orkid ni. Tapi saya tak berani nak bela pokok orkid. Lagi kan money plant pun asyik mati, ada hati nak bela orkid hahha.



Nizam cakap, kenapa tak beli pokok yang ada warna, asik pokok hijau jer. So, saya tanya la tauke tu, pokok lavender ni senang jaga dan tahan lama tak?

Cina tu cakap:
Biasanya paling lama 1 tahun kalau pandai jaga.

Haa, saya cakap:
Kalau saya jaga, sebulan dua bulan belum tentu idop!

Haa, so padamkan jerlah impian nak beli pokok lavender ni hahhaa.






Ni saja jer snap gambar bunga-bunga yang ada kat sini. Cantik. Geram tengok. Tengok dan snap gambar ajer lah, tak payah beli la, nanti rasa beban pulak nak jaga (beban tuuuu).







Sebenarnya saya nak beli pokok money plant yang macam ni. Tapi mahal pulak kat sini. RM30! Tak besar pun. Rasa mahal sangat pulak RM30, kecik ajer ni. Dekat nurseri Sungai Ramal RM22 jer, baik saya beli kat situ. Haaa, buleh hafal harga tu hehee.



Kat sini pokok lily cantik dan murah! RM12 jer, tak kira jenis atau saiz. Ada 4 jenis kalau tak silap. Saya beli jugak sejenis, pilih mestilah yang paling besar hahaha.



Kalau berduit, nak beli pokok ni sepokok nanti. Cantik. Ini rasanya lebih dari RM70, dulu pernah tanya. Tapi kalau mati, gigit batang pokok la jawabnya huhuhuu. Tu yang tak berani nak beli. 



Dah siap membeli pokok, cepat-cepat gerak balik rumah. Tapi, sempat lagi singgah beli durian dan rambutan tepi jalan hehee. Durian kampung, saya tak minat sangat. Saya suka D24. Bolehla dari takder. 



Inilah 3 pokok saya beli.
Money plant, spider plant dan lily.
Pokok sama ajer, sebab dulu pernah dah beli spider plant dan lily, warna putih lily tu dulu. Lama jugak hidupnya. Kita ber-eksperimen dengan pokok lily merah pulak. Kalau ok, kita beli lagi hehe.


Ketiga-tiga pokok ni saya letak dalam rumah. Tak boleh letak kat beranda, sebab 4 ekor anak kucing Dania tengah melasak. Kang habis dikerjakan dorang. Balik tu nizam berlakon cakap konon-konon dia anak kucing tu laaa.

Adik-adik, tengok... mama beli mainan baru"

Hahahha hampehhhh!

2 comments:

Sheila Adziz said...

syok tengok pokok2 bunga tu.... scroll kat bwh lg syok tengok durian tu....hehe

Shikin Razali said...

Saya pun minat jugak nak menanam nie tapi tak boleh nak menanam sebab tangan 'panas'.. hihi penah sekali tue, siram pokok kari, selalunya orang lain kalu siram pokok akan hidup tapi situasi saya makin disiram makin layu nak mati.. last-last biar jea, sebab kalu dibiarkan memang pokok tue hidup..