Thursday, January 18, 2018

Bestnya Mandi-mandi di Swimming Pool Swiss Garden Hotel Melaka

Kali ni, tak dapat nak share gambar keseluruhan gambar sekitar swimming pool Swiss Garden Hotel Melaka, sebab masa saya snap tu ramai orang, so untuk menjaga privacy dan aurat pengunjung, tak dapat snap dan share banyak gambar. Susah nak dapat suasana yang sesuai, sebab ramai orang. So, saya just share gambar family jer kat sini.

Korang boleh tengok gambar swimming pool yang lebih menarik kat laman web booking.com dan Swiss Garden Hotel Melaka. Maaf yer, agak kurang menarik gambar kali ni. Layan yer la gambar kami hehehe.



Masa nak turun dari bilik hotel ke swimming pool. Ini masa petang Sabtu. Petang Jumaat husband dan anak-anak berdua tu jer turun sebab dah lepas Asar, tak berani nak bawak baby turun. Just mereka 3 beranak jer turun. Hari ni, mencemar duli la saya dan Ayra si Ratu Bono turun sama ke swimming pool.


  
Bangunan Swiss Garden Hotel dan The Shore ni bersebelahan. Saya suka view kat sini. Bangunan cantik dan suasana pun tenang jer. Memang sangat sesuai untuk bercuti.




Gambar atas macam ni jer dapat snap, gambar kat swimming pool tak boleh yer hehe.




Kesayangan papa ni.



Dak kecik ni first time tengok swimming pool, muka dia macam jakun sangat hahhaa. Pakaian taknak kalah tu, tapi duduk jer la atas kusi tu yer, kecik lagi takleh terjun kolam.



Masa datang besday saya tahun lepas, pose lunjur kaki saya, Ayra dalam perut lagi. Ni kita kasi chance kaki Ayra pulak lunjur masuk FB, IG dan Blog hahaa. Kaki kepci sangat ni :P




Nak beriba jugak!




Pool orang dewasa. Tapi yang penuh pool kanak-kanak jugak hihi




Ini kalau saya mandi dalam ni, mau tenggelam tak timbul-timbul, sebab saya tak reti berenang ahaks!



Laluan ke bilik hotel




 Gambar kami sekeluarga. 

Betapa sukanya budak berdua ni dapat mandi kolam kat sini. Tak reti sejuk oiiii. So, saya suggest jika korang ada plan nak bawak anak-anak bergembira mandi kolam, Swiss Garden Hotel Melaka ni memang sesuai sangat.



Wajah gembira si manis 39 tahun kah kahhh. Manis sangat. Manis apanya dah nak masuk umo 40. Apa pun, syukur atas segala pemberian Allah pada saya selama 39 tahun ni.





Bila tengok gambar ni, dah macam budak berdua ni berselimut dengan bendera Malaysia pulak :D




Ayra si Ratu Bono.
InsyaAllah, nama Ratu Bono akan jadi branding untuk bisnes yang saya akan buat nanti.
New blog dengan nama Ratu Bono... by Ayu Rashid is coming soon, InsyaAllah.



Cakkkkk!




Ayra celup-celup kaki sudah la yer :P








Kami nikmati cuti sempena besday saya di Swiss Garden Hotel Melaka dengan kenangan yang manis. Semoga, ada kesempatan dan rezeki untuk ke sini lagi, atau ke hotel lain sekitar Melaka, sebab we love Melaka so much!


Anda, silalah ke Swiss Garden Hotel Melaka, kerana pengalaman bercuti di sini pasti menjadi memori yang indah untuk anda sekeluarga nanti. 

Till then, have a great day ahead!




1 comment:

Zuhaira Nasrin said...

besarnya pool! bestnya :D