Monday, January 15, 2018

Dekorasi SOHO dengan Pokok Bunga Lily

Bila kita bekerja dengan mengadap komputer atau laptop, mata dan otak kita akan rasa cepat letih. Sebab tu, saya suka letak pokok hidup at least sepokok di atas workstation saya atau ruang yang berdekatan. Sejuk mata mandang dan udara pun lebih segar ada pokok indoor. 

Hari ni saya nak share dekorasi SOHO saya yang terkini. Ada jugak yang berubah sikit-sikit sebab saya kan suka tukar sana, alih sini hehee. 



Kawan-kawan yang follow saya di Facebook dan IG tentu dah pernah tengok gambar saya share ni. Bulan December lepas saya beli pc pre-loved daripada kawan yang kerja kat pejabat gomen di Putrajaya. Okey la RM450. Takder bajet nak beli PC baru, boleh la setakat nak buat kerja bisnes, bukan nak yang high-end punya pun. 

Setakat ni tak pernah guna pun lagi PC ni hehe. Masih belum settle-kan untuk sambung hotspot. Pastu Nizam pun baru pasang haha. Nak beli bukan main berkobar-kobar, sekali beli dok simpan jer, laptop ni jugak saya guna hehee.



Saya letak sepasu pokok lily pink yang saya beli di nurseri 2 minggu lepas.  Di ruang belakang sofa tu pulak pokok spider plant dan money plant. 2 pokok ni saya dah biasa buat deko, so saya nak fokus share pasal pokok bunga lily tu ajer dalam entry ni. 

P/S: Pokok-pokok atas wall shelf tu bukan pokok idop yer, tu pokok jadian jer hehee. 



Daun pokok ni saya dah lap dengan air, tapi still nampak macam comot-comot. Takper, ada masa saya lap dengan jojoba oil hahhaha. Kasik daun dia nampak kilat berseri-seri gitu.




Tak nampak sangat kaler bunga ni pink, cahaya keimanan memancar-mancar pulak hehehe.




Pokok lily bukan saja cantik, tapi ia tersenarai dalam pokok indoor yang sangat sesuai dan bagus untuk membersihkan udara. Haaa, tuan-puan sekalian, silalah beli pokok lily di nurseri berhampiran anda :D





Haaa, macam ni warna real pokok lily ni. Zoom in sikit, saja nak goda korang supaya ber-lily jugak kat rumah. Saya suka tengok pokok hidup dalam rumah, termasuklah di SOHO. Tapi, malang sentiasa menimpa... pokok-pokok saya jaga tak panjang jangka hayatnya hahha. 

Takper, kan saya selalu cakap, saya sokong industri nurseri. Kalau tanam tak mati-mati, bila pulak nak repeat beli kan? Pastu, bukankah setiap yang hidup pasti akan menemui ajal. Hahha, taknak kalah tu, padahal tak reti menjaga, reti beli jer heheee.

Till then, kepada korang yang nak berdekorasi dengan pokok hidup samada di SOHO atau di pejabat, pokok bunga lily ni boleh dijadikan decor items yang cun dan murah saja harganya.

Bye!

2 comments:

Sheila Adziz said...

cantik kak ayu... lg terserlah keayuan ruang tu bila letak bunga dedaun kat meja.... pandai k.ayu mendeko

PERMATABIRU said...

cantik dan menarik jer tempat pc tu