Monday, January 29, 2018

FOKUS 2018

Tahun 2018, sebenarnya dijangka tahun yang mencabar. Sebab anak sulung dah masuk darjah 6. Nak periksa UPSR dan PSRA. Tadi pun, result UPKK dah keluar, alhamdulillah. Tunggu papa balik, nanti kita kuar makan-makan dan beli hadiah yer. Eh, apsal mama pulak yang eksaited ni? Hhahaha.


Then, anak nombor 2 pulak, dah darjah 1. Membaca masih belum boleh, cuma alhamdulillah, dah mula kenal  dan baca suku kata. Sebelum ni, dia macam susah nak terima cara Phonics. Cara suku kata cepat pulak dia belajar. Silap mamanya jugak, tak bersungguh mengajar. 

Ni memang nak kena catch up cepat-cepat. Papa dia ajar matematik, mama ajar membaca, menulis dan jawi. Kesian, kalau tak dapat baca. Apa pun, hepi sangat tengok progress dia sekarang. Dia pun hepi pegi sekolah, cuma sekali-sekala jer la merungut penat sekolah pagi-petang. Tapi, takdernya mama dia nak layan. Sekolah tetap sekolah!




Mereka berdua tu adalah fokus utama Kak Ayu tahun 2018 ni. Si Ratu Bono tu kira terkeluar dari carta la, sebab dia tu memang akan sentiasa terulung hahhaa. Khamis ni genap umur Alish 7 tahun, dan Ayra 1 tahun. Tapi kali ni tak gi memana, dok rumah jer sebab Ahad kakak ada program kat sekolah. 

Tentang bisnes. Kak Ayu buat setakat boleh. Asalkan dapat income. Yup, tahun ni memang mencabar, sebab Kak Ayu masih mencari hala tuju, sebab Kak Ayu tak dapat nak commit. Unless, untuk bisnes atau produk yang tak perlukan banyak masa untuk Kak Ayu buat dan hadap.

Kak Ayu taknak push diri. Sebab bila stress, semua pun tak jadik. So, buat setakat yang mampu, dan berserah pada Allah. Mintak DIA uruskan segalanya. Baru rasa lapang dada dan Kak Ayu nak enjoi the journey as a mother, wife dan wahm.

Vision Board pun tak buat lagi oiii, dah nak abes bulan Januari dah hahaha. Kebizian atau kemalasan agaknya ni hihiihi.

Takder Vision Board pun, alhamdulillah Allah dah perkenankan impian Kak Ayu nak Philips Iron by Amway dan pokok pisang SSF. Alhamdulillah. Syukur. Kalau DIA nak bagi, pasti akan dapat tepat pada waktunya. 

Till then, nanti jumpa lagi yer, lama tak menaip entry cenggini hehee. Bye!

2 comments:

Mizz'strawery Smile said...

Good luck untuk komitmen 2018! ^^

Puan Wawa said...

wahh, dah besar anak kak ayu.. Semoga Allah permudahkan urusan kak ayu sekeluarga.