Thursday, January 11, 2018

Hasil Baja Pokok dengan Ajinomoto

Dalam entry tahun lepas, saya pernah share tentang saya letak ajinomoto kat pokok-pokok tanaman saya (pokok bunga, kunyit, daun kari). 


Alhamdulillah, memang menjadi dengan izin Allah. Gebu dan menjadi-jadi daunnya. Tengok gambar pokok keladi ni, haaa menggebu lebar daun dia. Suka tengok, sebab bertahun-tahun pokok ni saya tanam, daun dia tak pernah sesegar dan selebar ni tau. 

Ehh, bunga layu ni bukan bunga pokok keladi ni, ni bunga dari pokok lily yang kat pasu sebelahnya. Saja saya selitkan tangkai bunga lily kat celah daun pokok keladi, sebab nak elakkan tangkai bunga ni patah bila kena hujan. Bila tengok, dah macam bunga pokok keladi ni pulak yer?



Daun-daun pokok lain pun bukan main meriah lagi.





Hijau berkilat daunnya. Kalau korang nak cuba letak ajinomoto, cubalah. Tapi jangan letak banyak, letak sikit jer. Risau jugak kalau tak serasi ke dengan pokok bunga korang kan. Jangan salahkan saya pulak hehhehe.


Sekarang, pokok dah tak berapa terjaga, sebab malas nak jaga. Anak-anak kucing Dania asik dok main jer kat pokok-pokok bunga. Ada pokok yang patah, yang tergolek pasunya jatuh, ada yang daun pokok dorang siap buat main-main lagi. Adui, tensen nengok. Rasa nak gi sekeh jer sekor-sekor tau hahahaa.


Cuba tengok...




Adoii, ni baru satu ragam tau. Nak marah ada, geram ada, kelakar pun ada. Sebab comel jer dok berlonggok dalam tu. 

Ni gambar 2 bulan lepas kot. Sekor dah hilang mana pegi ntah. Kena ambik ngan orang atau mati, tak tau la. Balik jer dari kampung 2 hari, tengok dah takder sekor. Kalau masih hidup, ada orang amik kesian. Tak bercerai susu lagi dengan maknya. Kecik lagi masa tu. Jenuh dania dan alish pegi carik, tak jumpa.

Eh, cerita pasal kucing pulak hehehe.

Nanti update lagi yer. Banyak nak share, antaranya nak buat review lagi sekali tentang Swiss Garden Hotel Melaka. Bye!

1 comment:

Zuhaira Nasrin said...

wow bwerguna gak tips ni, kena share dengan mak ni, mesti dia try hehe