Tuesday, January 16, 2018

Resepi Dalca Ayam Mudah dan Ringkas

Hari ni, saya nak share resepi Dalca Ayam. Resepi ni mudah dan ringkas ajer. Yang menariknya bila masak dalca, kita dah boleh letak sekali harung ayam dan sayur-sayuran dalam tu. Setel! Tak payah masak sayur dah. 

Nak lagi umphhh, tumbuk sambal belacan. Gandingkan. Berasap perut makan, sampai lupa dah masuk minggu ketiga Januari 2018, diet mana diettt?

Ni resepi dalca ayam mudah dan ringkas version Ayu Rashid. Haaa, korang selidik dulu resepi ni tau. Saya tak snap gambar bahan-bahan dan step memasak. Tak sempat uols, maklumlah sekarang ni masak bertemankan si Ratu Bono. 

Kalau dia tak tidur dan takder orang nak tolong jaga dia, saya angkut dia bawak ke dapur. Bentangkan kain batik, letak mainan... ha, duduk la situ main. So, saya pun kenalah buat bahan masak dan masak sepantas mungkin (padahal terhegeh-hegeh jugak hahaa)



BAHAN-BAHAN:

Ayam- potong kecil
Rempah kari 
Santan
Cili kering
Bawang merah
Bawang putih
Halia
Lengkuas
Kunyit
Rempah 4 beradik
Minyak masak (untuk menumis)
Sedikit air
Garam
Gula

SAYUR-SAYUR/CILI:
Kentang
Carrot
Kacang panjang
Bunga kobis
Tomato
Cili padi 
Cili besar merah


CARA-CARA PENYEDIAAN:

1. Blender: bawang merah, bawang putih, cili kering, halia, lengkuas & kunyit

2. Tumis rempah 4 beradik.

3. Masukkan bahan di blender #1 tadi

4. Masukkan rempah kari dan tambah sikit air nak elak rempah hangus

5. Masukkan ayam, kacau perlahan-lahan. Letak air sikit. Tunggu sampai ayam nampak pejal. 

6. Masukkan santan (ikut tahap nak cair atau pekat kuahnya)

7. Masukkan kentang dan carrot 

8. Masukkan kacang panjang dan bunga kobis.

8. Masukkan cili merah, cili padi dan tomato (optional, saya suka letak) 

9. Masukkan garam dan gula.

9. Dah masak, matikan api. 


SEBENARNYA, Cara penyediaan dalca style saya ni adalah SAMA dengan masak kari atau gulai ayam Terengganu. Bahan-bahan pun SAMA. 

CUMA ada tambahan sayur-sayuran dan cili ajer. Dan, dalam dalca ni saya tak letak kacang dhal. Senang sangat memasaknya. Rasa dia pun sedap! Anak-anak makan bertambah-tambah. 

PESANAN:
Buat kuah sedikit cair dan buat lebih kuahnya. Nanti boleh buat cicah roti atau lempeng. Kalau rajin, buat roti jala. Mavelessss!


SELAMAT MENCUBA!

No comments: