Friday, January 19, 2018

Susun Atur Tudung

Ni gambar beberapa tahun lepas, melintas di wall memory FB, so saya share kat sini sekali lagi, sebab mungkin post sebelum ni dah tak keluar gambar sebab masa saya buat entry tu saya just copy-paste gambar dari FB. 

Ni cara saya buat susun atur tudung. Ringkas jer, sebab semua ni saya dah tak pakai pun. 

Mostly tudung ni jenis chiffon see tru, beli masa trip bisnes Hai-O ke Ghuangzhou, tahun bila lupa dah haha. 2012 kot!

Ngeri weh tahap ingatan sekarang. Banyak sangat ni urat putus 3 kali bersalin c-zer huh huhhh. Ke otak serabut banyak sangat mikir huhu.




Saya just lipat dan gulung kemas-kemas dan susun macam ni dalam bakul. Nak nampak lebih presentable eh bukan OCD tau saya letak ikut jenis: plain vs bercorak



Dah siap!

Kat sebelah tu semua seluar jeans yang dah tak muat  nak pakai sekarang ni.


Ohh, bila nak start diet ni, tak suka la berat badan tak turun-turun. Bulan depan Ayra dah umur setahun, anak makin membesar, ehhhh mama dia pun ikut sama membesar. Apa kesss ni. Ehh, tetiba pulak terselit cerita nak kurus hahahha.

Haa, so semoga idea susun atur tudung dengan lipat-gulung-sumbat dalam bakul macam ni dapat berikan idea susun atur dan mengemas untuk korang.

Bakul tu beli kat mana?

Saya beli kat The Store. Kat Tesco dan banyak kedai saya tengok ada jual. Murah jer harganya, ada pelbagai saiz. Biasa saya tengok ada kaler putih dan hitam.


Silalah beli bakul macam ni, banyak kegunaan dia. Saya suka sebab murah, very practical dan cantik. Ehh, ter-promote bakul pulak hahaha.

Till then, selamat bersusun-atur uols!

2 comments:

Zie Azi said...

bagus idea ni, kalau dtg tahap malas dia tu.. longgok semua tudung dlm bakul.. klu kerajinan dtg siap gntung2 cantik2 lagi...

Zuhaira Nasrin said...

aira sangkut je semua, senang nak tarik. hehe