Tuesday, February 27, 2018

February 27, 2018

Slot Iklan & Review di Blog ayurashid.com

Trend 2018 menyaksikan brand, founder produk dan peniaga mula beralih ke blog untuk meluaskan lagi channel pemasaran servis/produk mereka. 


Ini adalah kerana pengiklanan di blog lebih bersifat mesra carian (di google), pengguna masa kini suka mendapatkan maklumat terlebih dahulu di google dan salah satu caranya ialah dengan membacanya di blog. 


Selain itu, kos pengiklanan di blog adalah lebih murah, bersifat jangka panjang, iaitu selagi entry tidak dipadam, entry tersebut akan kekal. 


Jadi, adalah menjadi langkah bijak untuk kita peniaga untuk beriklan di blog. 


Saya juga menggunakan blog untuk bisnes, dan saya juga menggunakan khidmat blogger untuk beriklan dan membuat review produk yang saya jual di blog. Bukan satu masalah atau persoalan jika tiada jualan dapat diperolehi dari iklan tersebut, sebab kita nak iklan kita berada dalam tempoh jangka panjang (pasif marketing).



Saya nak buka peluang kepada korang untuk beriklan di blog saya ini, dengan harga yang berbaloi-baloi.


Terma dan Syarat:
  • RM50 sahaja
  • Boleh berikan produk atau tidak (tapi kalau bagi produk lebih baik sebab saya akan guna, snap gambar cantik-cantik dan buat review based on pengalaman saya menggunakan produk tersebut)
  • Berikan saya 5 keping gambar (produk dan testimoni)
  • Berikan saya contact details dan social media anda
  • Berikan saya info produk dan cara penggunaan


Iklan di post blog akan diletakkan sebagai Sticky Post selama 3 hari.


Iklan/review tersebut bukan sahaja di-share di blog tetapi juga di:
  • 2 kali share di Facebook personal saya (setakat ini: Friendlist 4160, Followers 3505)
  • 2 kali share Instagram (@rahayu.rashid Followers 2244)

IKLAN AKAN KEKAL DI BLOG, FB DAN INSTAGRAM


Jika anda berminat untuk bekerjasama dengan saya, hubungi saya:

Ayu Rashid | 019 - 989 8241



Monday, February 26, 2018

February 26, 2018

DEXANDRA PERFUME & AIR FRESHENER OPEN FOR DROPSHIP



Dexandra Air Fresher 
Dengan 8 bauan yang memikat dan pelbagai fungsi.
Pasti menjadi pilihan mereka yang sukakan suasana yang berbau wangi.



Dexandra Perfumes, untuk wanita dan lelaki.
Dengan packaging baru yang lebih berkualiti, ekslusive dan bau yang telah di'enhanced'.
Pasti menjadi buruan penggemar perfumes.


Jadi, kedua-dua produk ini pasti boleh membantu kita menjana pendapatan tak kiralah secara pnline atau offline, atau kedua-duanya.


Jika anda ingin menjadi Dropship Dexandra Perfume dan Air Freshener, hubungi saya untuk maklumat lanjut.

Commitment fees hanya RM150 sahaja.
Anda akan diberikan produk!


Whatsapp:
Ayu Rashid 019 - 989 8341

Thursday, February 22, 2018

February 22, 2018

3 Tips Kemas Rumah dengan Cepat & Mudah

Zaman sekarang ni, tak kira wanita atau lelaki yang mementingkan kebersihan, kekemasan dan susun atur rumah, sentiasa akan curi masa untuk mengemas rumah. Samada kita bekerja atau surirumah moden, kita nak kerja mengemas rumah menjadi cepat dan mudah. Betul tak?

Hari ni, saya nak share 3 tips kemas rumah dengan cepat dan mudah.


1. Ruang Tamu dengan perabot minimalis
Tak kesah la ruang tamu kita saiz berapa besar atau kecik sekalipun, pastikan hanya perabot dan hiasan yang minimalis saja kita letak. Seringkas mungkin! Less is more, sentiasa ingat tu. Sebab semakin banyak perabot atau hiasan, semakin bertambah kerja kita nak mengemas. Lagi-lagi kalau ada anak, belom lagi kira nak kemas mainan dorang tu hehe.

Simple jer kan? Nak kemas pun senang sangat ni.
Just gunakan perabot dan decor items yang boleh jadikan ruang tamu kita nampak outstanding dan selesa.
  
Dekorasi ada throw pillow banyak macam ni memang cantik. Nak bergolek celah-celahnya pun best. Tapi, yang tak bestnya bila anak buat main sepah sana sini. Nak menyusun tu pulak jadi satu hal. lagi-lagi kalau kita ni jenis OCD. Memang hazab la, sebab nak pastikan setiap bijik throw pillow tu dalam keadaan ber-simetri. 

Hahha, tak kata orang lain, saya memang takleh tengok la kalau senget sana, tak betul sana sini. So, kalau nak ada throw pillow pun, sebijik dua jadik ler, buat sedap mata mandang jer. 



2. Bilik Tidur: Pastikan bangun tidur terus kemas
Jangan nak malas kemas atas tilam elok-elok. Bilik tidur adalah tempat paling membahagiakan untuk berehat, membaca dan tidur. Gunakan perabot dan soft touch yang jugak minimalis. Pastikan letak barang-barang yang jarang guna di tempat yang tertutup, seperti almari, rak bertutup dan laci. Jangan nak longgok pakaian tak bercuci dalam bilik. A big NO!

Jadikan rutin mengemas dan tukar cadar at least seminggu sekali. Jangan sampai berkepam bau baru nak salin. Aiyooo jangan malas sangat okey. Hehheee. 


Kelihatan selesa kan? Kalau rasa tak mampu nak susun bantal banyak macam tu, cukuplah sekadar 2 biji bantal dan sebijik bantal peluk. Nak berkemas pun sekejap ajer.

Less perabot = lebih senang berkemas!



3. Guna terus simpan atau kemas. 
Haa, ni paling penting. Rumah banyak perabot, banyak barang atau hiasan actually okey jer. Asalkan kita berdisiplin: bila guna sesuatu barang terus simpan atau kemas. Jangan nak tunggu seminggu sekali atau sebulan sekali baru nak berkemas gegila punya. 



Ehh, letih tau macam tu. Pastu, larat ke mata mandang rumah bersepah semata-mata nak tunggu hujung minggu atau sebulan sekali baru berkamas. Itu lagi penat badan tau. Elok-elok hari minggu boleh berehat dan berjinbara, dahhhhh jadik satu tugasan sampai separuh hari pulak nak berkemas. End up, tensen sebab letih!


Jadi, kena disiplinkan semua ahli keluarga untuk bertanggungjawab atas apa yang mereka guna dan sepahkan. Jangan kita sorang jer tukang kemas, memang penat. Pelan-pelan latih anak berkemas dan sama-sama tolong buat kerja rumah. Kita taknak jadi ibu bapa yang lahirkan tuan tau. Kalau tak didik masa kecik, bila lagi? Haa, kan dah membebel hahahhaha.


Semoga tips ini bermanfaat untuk kita semua. Till then, jumpa lagi!


IMAGES SOURCE: GOOGLE IMAGE

Wednesday, February 21, 2018

7 Sunnah Rasulullah SAW untuk Amalan Harian

Pagi tadi, sambil minum secawan kopi dan makan sekeping roti, saya scroll facebook. Masa ni anak-anak dah pergi sekolah, Ayra pulak tidur lagi. Then, memory timeline kat facebook melintas la status daripada Cik/Puan Siti Zubaidah Romli yang pernah saya share 2 tahun lepas (saya set Only Me).

Saya rasa, elok saya share kat sini, untuk panduan dan amalan kita bersama. Semoga sharing ini memberikan manfaat dan sebagai sumber pahala yang sentiasa mengalir untuk penulis asalnya, saya dan kita semua. 

7 Sunnah Rasulullah SAW untuk Amalan Harian


Sebagai peringatan untuk diri saya sendiri, juga sebagai buah tangan buat sahabat sekelian - mari kita laksanakan 7 Sunnah Hebat ini.
Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:

Pertama:
Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. Pastinya doa mudah termakbul dan menjadikan kita semakin hampir dengan Allah.


Kedua:
Membaca Al-Qur’an sebelum terbit matahari, alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman. Paling tidak jika sesibuk manapun kita, bacalah ayat 3Qul, atau ayat qursi.


Ketiga:
Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke mesjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.


Keempat:
Jaga sholat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha. Yakinlah, kesan solat dhuha sangat dasyat dalam mendatangkan rezeki.


Kelima:
Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari. Percayalah, sedekah yang diberikan akan dibalas oleh Allah berlipat kali ganda.


Keenam:
Jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, “Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah”.


Ketujuh:
Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.

Sebarkanlah ilmu ini, dan anda tidak akan rugi sedikitpun, sebarkan, semoga ianya memberi manfaat pada semua.

Tuesday, February 20, 2018

February 20, 2018

Dekorasi Rumah dengan Pokok Indoor

Sekarang semakin menjadi-jadi trend menghias rumah dengan menggunakan pokok indoor sebagai decor items yang menarik dan jimat kos. 


Terdapat pelbagai pilihan pokok indoor hidup yang boleh kita jadikan pilihan. Ia bukan sahaja cantik, tapi sangat bagus untuk proses pengudaraan. 

Sejuk mata memandang. Pokok paling hot masa kini. Fiddle Leaf Fig atau Ketapang Brazil



Antara pokok yang menjadi pilihan saya ialah seperti dalam gambar-gambar yang saya share kat sini. Opsss, ini hanyalah koleksi gambar tahun 2017, dah banyak yang mati. Takper, selagi ada gambar, kita boleh sama-sama cuci mata dan ambik idea untuk menghias rumah!




























Selamat berdeko-deko!

Monday, February 19, 2018

February 19, 2018

Berminat Nak Tambah Income?

Tahun 2018 memang dijangka tahun yang mencabar dari segi kewangan kerana kos sara hidup semakin meningkat. Gaji naik? Alhamdulillah. Tapi bukan semua orang merasa gaji naik, dan bukan semua orang kerja makan gaji. Cukup masa, check dalam akaun bank, duit dah ada. Tinggal nak 'kirai' saja. 


Opss, gaji naik, tapi selalunya harga barang pun akan naik sama, kan? Apa lagi bila kerajaan Malaysia dah tetapkan, kadar harga minyak berubah-ubah. Harga minyak naik 20 sen pun, harga barang pun ada yang naik, sebab ramai peniaga yang ambil kesempatan untuk menaikkan harga barang. Kerajaan nak pantau harga barang? Hmmm, fikirkan sendiri. Tak  berani nak tulis, bahaya hehee.


Berjimat-cermat!
Yes, itu salah satu caranya. Tapi, setakat mana kita mampu nak cut perbelanjaan sana-sini. Lama-lama hidup jadi makin tertekan akibat masalah kewangan yang semakin meruncing.

Nak tak nak, kita terpaksa carik jalan keluar untuk selesaikan masalah kewangan yang semakin menyesakkan. Salah satu caranya ialah dengan buat income sampingan. Tambah income dengan bisnes online!

Tak tau nak jual apa? Takder pengalaman, takder produk nak jual, takder modal besar, takder ilmu, takut nak bermula, takder mentor untuk bantu. Itu semua bukan alasan, kerana saya nak bukak peluang berbisnes bersama saya.




Nak jual apa Kak Ayu? Jual mascara jer? Boleh ke buat income sampingan? Mascara jer ni. Kenapa bukan produk lain, tak berani la saya nak jual (amboi aku buat skrip sendiri haha, sebab inilah yang saya dok fikir dulu bila nampak Leader saya Nana Farhana, dok promote Norafurla Mega Volume Mascara).


Haaa. Sebenarnya pasaran untuk mascara ni sangat luas! Berapa ramai wanita kat Malaysia ni? Dari budak sekolah pun dah pakai mascara okey! Zaman dorang bukan macam zaman Kak Ayu dulu. form 5 pun dok pakai bedak Baby Johnson's debu tu lagi hahhha. Eh, sampai zaman universiti pun dok pakai bedak tu taw! Apelagi nak ber-mascara bagai. Zaman berubah, kan?


Lagi pun, tahun 2018 antara niche produk yang akan trending ialah health & wellnesses dan jugak beauty products. Haa, mascara la antara beauty produk tu, tau! 



Oh, by the way, coming very soon Norafurla akan keluarkan produk baru. Gandingan untuk mascrara. So, bertambahnya produk, bertambahlah peluang kita nak jana unlimited income.


Yang penting:

BERMULA - SETTING MATLAMAT - USAHA BERTERUSAN - JANGAN PUTUS ASA


Saya nak ulang semula zaman ber-income besar menjual produk Dexandra dengan Norafurla produk. Dengan pengalaman yang ada, InsyaAllah, saya akan bantu anda. Selagi mana anda nak, anda pasti boleh!

Kita akan bermula dengan #ProjekDuitRaya2018 yang akan saya lancarkan pada 1 Mac 2018. Sekarang ni, saya masih lagi buka peluang untuk anda sertai team saya iaitu Team Ayu and Friends (#TeamANF)



So, siapa berminat nak jadi Dropship atau Mini Agent Mascara Norafurla, anda boleh hubungi Kak Ayu. 

Ayu Rashid
019 - 989 8341 

Wednesday, February 14, 2018

February 14, 2018

Wing Chair Fella Design - Boleh Cuci

Bila ada anak, salah satu faktor penting kena ambik kira sebelum beli sofa ialah senang ke tak nak jaga. Samada beli jenis leather, kain yang melekat kat sofa atau jenis boleh bukak cuci.

Saya tak minat leather. So pilihan saya ialah yang jenis kain boleh bukak-cuci. Kotor jer boleh bukak cuci, dan yang lagi best boleh tempah sarung lain. Dapat la tukar-tukar mood deko. 

Kat rumah saya ada seketul wing chair Fella Design. Ikutkan, saya tak berkenan design ni. Tapi, ini jer yang dalam bajet hehe. Nak beli wing chair jenis plain susah sket kat Fella Design. Ni jer la yang agak ok, tapi yang penting boleh bukak cuci. Tapi bukan semua body part boleh cuci.


Boleh style-kan dengan throw pillow


Seat ni boleh bukak.



Kiri-kanan tempat letak lengan



Just tarik jer kain pelapik tepi lengan tu, berpelekat kat sini



Korang mesti dah biasa tengok kan? Sajer la tu kalau kata tak biasa tengok hehe





Kadang kat sini berkumpul harta karun hahaa. Biasa la ada anak.
Kalau mama dia tak perasan, memang jadik tong sampah laaa.
Saya selalu vacum jer kat sini.


Dah siap cuci, boleh pasang semula.
Kalau nak tukar sarung pun, just bawak sampel kain ni bagi tailor

Hmmm, ni macam hint nak tempah sarung jer. Tapi kang nampak macam pelik pulak. Jadik wing chair kawen pulak :P


Tapi, wing chair ni memang best. Kualiti produk Fella Design memang terbaik. Dah 3 tahun beli dan lenjan, span dia elok lagi, macam tak berubah. 

Wing chair seketul ni la jadik rebutan kami kat umah hihi. Sinilah tempat tengok tv sambil makan. Memang hot seat!
Berbaloi beli produk Fella Design.

Okey, semoga dapat job dari Fella Design hahahhaa.





Tuesday, February 13, 2018

February 13, 2018

Susun Atur Mainan Anak di Ruang Tamu

Sambungan daripada previous entry semalam berkenaan Susun Atur Mainan anak di Ruang Tamu, macam ni saya susunnya. 

Simple saja!







 Susun macam ni jer, atas rak Ikea






 Ni kegilaan mama bebudak nie hahhaa.



 Saja nak tunjuk lagi, padahal pokok ni dah nak kiok pun. Ada saya letak kat luar laman sana, Kot la panjang jangka hayat dia



 Tak tau la berapa hari depa ni dapat bertahan ikut jenis memasing, sebab ada 3 jenis ni. Jenuh jugak la nak sorting ikut jenis tu.





Matilda basket yang beli kat Spotlight. Senang buat isi mainan Hariz yang terdiri daripada golongan superhero. Haa, dapat kat mama Hariz, hilang depa punyer superhero tu, daku sumbat jer dalam  bakul ni. Bersesak la korang :D



 2 bijik bakul ada penutup ni saya isi pakaian Ayra.
Saya beli kat The Store sebelum bersalin Ayra, memang khusus untuk letak pakaian dia.

Harga less than RM40. Berbaloi beli bekas ni, sebab kalau balik kampung pun saya just angkut bakul ni jer. Takyah susah-susah nak pilih baju masuk beg bagai. Selalunya baju saya pun saya tumpang masuk dalam bakul Ayra hihihi. Alah, takat balik Keratong 2 hari jer kan, apa sangat pakaian nak bawak. Kalau tak muat, saya tumpang la sumbat dalam beg husband atau anak yang lagi 2 orang tu. 




Beginilah pemandangan ruang tamu kami, merangkap ruang golek-golek dan anak-anak main. 
Ruang sofa bukan kat depan tv ni, tapi kat sebelah kanan sana. So, takder la bersekali kat sini. Lagi pun, rumah kitorang ni bukan selalu tetamu datang, so takder hal laaa anak nak main kat sini. 

Saya punya prinsip, lepas main sila kemas. Tak kemas, silap haribulan mainan masuk plastik itam heheh.

Sekian, beginilah cara saya susun atur mainan anak yang dorang dok main setiap hari. Mudah kan Bajet pun kecik ajer. Still affordable & looks presentable. Gitew :P

Monday, February 12, 2018

February 12, 2018

Susun Atur Mainan Anak di Ruang Tamu

Sebagai WAHM, saya nak semua benda boleh diuruskan dengan cepat dan ringkas. So, saya suka gunakan kaedah yang practical dan minimalis dalam dekorasi rumah. Sebab tu lah, mainan anak-anak yang mereka sentiasa main saya letak kat ruang tamu ajer. 

Yer, kat tepi rak tv!

Kenapa tak percaya? Percayalahhh. Memang agak bersepah dan tak sesuai. Tapi, selagi ia memudahkan kerja saya dan anak-anak mudah nak capai mainan untuk main dan kemas semula, tu dah cukup melapangkan salah satu task saya kat rumah.

Takper, kena redha jer dekorasi rumah tak seperti idaman kita. Even nak ber-carpet pun saya pikir 4 juta kali, apa lagi nak deko sakan. Cukuplah dekorasi yang simple. Tapi, saya memang pantang kalau rumah bersepah. Memang mengundang stress la jawabnya.

Wah panjang mukadimah kan? Padahal nak share citer saya kemas-kemas mainan Ayra (dan sedikit mainan Hariz). Ni cerita bulan Januari punya yer. Sekarang, dah bercampur-aduk semula dah mainan ni hahaha. Gitu laaa, kemas-sepah-susun atur, sepah,... never ending story, tak payah nak berangan happily ever after :P


Saya susun mainan dalam bakul ajer.



See, time tu mama nak mengemas, time tu jugak la dia sebuk nak nolong
Rajin anak mama sorang ni.



Semua benda la nak capai kemas


Ni saya nak asing-asingkan semua mainan ikut jenis masing-masing.

Haa, kater baby girl kan? Harus la mainan masak-masak kaler pink uols!
Papa dia la belikan ni. 



Yer, sebegini rupa parasnya semasa proses susun atur berjalan





 Ini semua dah siap asingkan ikut jenis.
Mainan anak-anak saya takder yang mahal. Ini pun kebanyakan dari Hariz punya. Sib baik tak semua sedekah kat orang atau buang. Tak sangka laks nak beranak lagi hahahhaa.




Saya suka bagi anak-anak main block ni.
Tunggu Ayra besar sikit, baru nak buatkan playdoh gandum. Sekarang takleh kasik lagi, kang semua masuk mulut.




Ni jer soft toys yang ada. Nasib ler anak, mama tak minat mainan banyak.
Bear Kit Kat 2 ekor tu pun Hariz punya, beli Kit Kat dapat bear




Dah siap susun. Haa, kan kemas tu
Next entry saya share macam mana saya letak semua mainan ni kat ruang tamu, sebelah rak tv.

Senang nak capai, senang nak sepah jugak :P