Thursday, February 22, 2018

3 Tips Kemas Rumah dengan Cepat & Mudah

Zaman sekarang ni, tak kira wanita atau lelaki yang mementingkan kebersihan, kekemasan dan susun atur rumah, sentiasa akan curi masa untuk mengemas rumah. Samada kita bekerja atau surirumah moden, kita nak kerja mengemas rumah menjadi cepat dan mudah. Betul tak?

Hari ni, saya nak share 3 tips kemas rumah dengan cepat dan mudah.


1. Ruang Tamu dengan perabot minimalis
Tak kesah la ruang tamu kita saiz berapa besar atau kecik sekalipun, pastikan hanya perabot dan hiasan yang minimalis saja kita letak. Seringkas mungkin! Less is more, sentiasa ingat tu. Sebab semakin banyak perabot atau hiasan, semakin bertambah kerja kita nak mengemas. Lagi-lagi kalau ada anak, belom lagi kira nak kemas mainan dorang tu hehe.

Simple jer kan? Nak kemas pun senang sangat ni.
Just gunakan perabot dan decor items yang boleh jadikan ruang tamu kita nampak outstanding dan selesa.
  
Dekorasi ada throw pillow banyak macam ni memang cantik. Nak bergolek celah-celahnya pun best. Tapi, yang tak bestnya bila anak buat main sepah sana sini. Nak menyusun tu pulak jadi satu hal. lagi-lagi kalau kita ni jenis OCD. Memang hazab la, sebab nak pastikan setiap bijik throw pillow tu dalam keadaan ber-simetri. 

Hahha, tak kata orang lain, saya memang takleh tengok la kalau senget sana, tak betul sana sini. So, kalau nak ada throw pillow pun, sebijik dua jadik ler, buat sedap mata mandang jer. 



2. Bilik Tidur: Pastikan bangun tidur terus kemas
Jangan nak malas kemas atas tilam elok-elok. Bilik tidur adalah tempat paling membahagiakan untuk berehat, membaca dan tidur. Gunakan perabot dan soft touch yang jugak minimalis. Pastikan letak barang-barang yang jarang guna di tempat yang tertutup, seperti almari, rak bertutup dan laci. Jangan nak longgok pakaian tak bercuci dalam bilik. A big NO!

Jadikan rutin mengemas dan tukar cadar at least seminggu sekali. Jangan sampai berkepam bau baru nak salin. Aiyooo jangan malas sangat okey. Hehheee. 


Kelihatan selesa kan? Kalau rasa tak mampu nak susun bantal banyak macam tu, cukuplah sekadar 2 biji bantal dan sebijik bantal peluk. Nak berkemas pun sekejap ajer.

Less perabot = lebih senang berkemas!



3. Guna terus simpan atau kemas. 
Haa, ni paling penting. Rumah banyak perabot, banyak barang atau hiasan actually okey jer. Asalkan kita berdisiplin: bila guna sesuatu barang terus simpan atau kemas. Jangan nak tunggu seminggu sekali atau sebulan sekali baru nak berkemas gegila punya. 



Ehh, letih tau macam tu. Pastu, larat ke mata mandang rumah bersepah semata-mata nak tunggu hujung minggu atau sebulan sekali baru berkamas. Itu lagi penat badan tau. Elok-elok hari minggu boleh berehat dan berjinbara, dahhhhh jadik satu tugasan sampai separuh hari pulak nak berkemas. End up, tensen sebab letih!


Jadi, kena disiplinkan semua ahli keluarga untuk bertanggungjawab atas apa yang mereka guna dan sepahkan. Jangan kita sorang jer tukang kemas, memang penat. Pelan-pelan latih anak berkemas dan sama-sama tolong buat kerja rumah. Kita taknak jadi ibu bapa yang lahirkan tuan tau. Kalau tak didik masa kecik, bila lagi? Haa, kan dah membebel hahahhaha.


Semoga tips ini bermanfaat untuk kita semua. Till then, jumpa lagi!


IMAGES SOURCE: GOOGLE IMAGE

4 comments:

ayunie ramli said...

ye ! less perabot senang nk kemas
mek memang tk suka rumah bnyk barang
ruang pun kalau boleh cukup cukup je sebab makin bnyk ruang makin bnyk tempat kena simpan
disiplin lepas guna tu kemas kembali ke tempat asal memang patut dipraktikkan sejak anak kecik lagi
dah besar sng dia akn jadi tabiat sndiri dan takde la mummy jadi gorgon all the time kena arah tu arah ni
hahahhaha

Husniey Husain said...

Wah tips yang berguna, yang lepas bangun tidur tu memang selalu dipraktikkan untuk terus kemas katil.. Memang husniey pun tak suka yang jenis bangun tinggal je.. sama jugak bila dah makan tu,memang jarang tinggal sinki penuh.. Mesti basuh terus

Nona Qiyah said...

Terasaa.terasaaa..hehehehe
Betul, didik dari awal....nanti terbiasa..dah rajin ngemass

Wawa Zubir said...

cantiknyaa rumah die..")