Tuesday, February 6, 2018

Dilema Bila Bela Kucing dan Disebalik Kasih Ibu

Nizam selalu cakap, share la pasal Ara & anak-anak dia kat blog. Amboi, bini dia nak share pasal dekorasi dan bisnes pun huru-hara, ada hati nak share pasal kucing :P

Ni pun nak share sebab bila tengok beranda rumah dan laman sekangkang kera tu dah tak terjaga. Beria dengan kusi meja Ikea kat beranda tu kan? Tak lama lepas tu, dah takder lawa macam mula-mula tu. Sebab bila Ara dah beranak 5 ekor, kawasan tu dah jadi tempat lepak mereka 6 beranak!

Tapi, sekarang cuma tinggal 3 ekor jer anaknya. Lagi 2 ekor tak tau apa kesahnya. 2 kali balik kampung, 2 ekor kucing hilang. Tensen jer Nizam beli sekor yang mula-mula hilang tu dia sayang, dia nak bela sebab jantan dan mata kaler biru. Comel katernya. Ntah, Kak Ayu tengok, sama jer 5 ekor tu, hahaha. Dasar sangat tak minat kucing hihi.

Lagi sekor pulak, baru jer hilang dalam bulan Januari lepas. Balik jer dari kampung, tengok tak cukup sekor. Kena langgar ke, kena buang ke, kena ambik ngan orang pun tak tau la. Rasanya budak amik bela ni. Sebab semuanya jinak senang nak angkut ambik. Tu kata kat Dania, kenapalah ambik sekor-sekor jer, kalau ambik semua ngan mak dia sekali kan bagus. PAKEJ! Senang takyah ada kucing kat umah hahaa. Tensen jer Dania dengar mama dia cakap gitu hehhee.

Mana Kak Ayu tak tensennya lahai... Kalau ini aktiviti dorang!



Dah 3 pasu money plant Kak Ayu tergolek dikerjakan. Dah la pokok baru semai semula. Baru bertunas akar, dah habis jatuh. Nizam pulak rajin sangat, terus dia buang. Katanya nanti kita beli pokok baru, yang besar terus, takyah nak semai-semai, lambat besar. Ntah-ntah tak sempat besar dah mati dulu. HahahhaHampeh lakikuuuuu!


Kat area beranda pun sana-sini depa membuang. Tensen sangat rasa. Kak Ayu memang takkan basuh laa, pepandai la Dania & papanya bahagikan jadual membasuh. Pokok-pokok bunga kat laman sekangkang kera pun banyak yang rosak, sebab depa dok jadikan area tu highway nak ke rumah jiran sebelah kanan dan jadikan taman mainan. Wah, memang seronok sangat la depa dok main situ. Patah-patah dah terkoyak-koyak daun bunga dikerjakan. 

Tapi, tu laaa kan.
Dah namanya haiwan kesayangan Rasulullah. Sungguh pun Kak Ayu geli nak pegang kucing, tapi suka bagi dorang makan. Sebab tu salah satu cara paling senang nak bersedekah setiap hari. Pastu bila tengok gelagat dorang main-main, bercakar-cakaran, lompat-sana sini, rasa terhibur jugak. Bila tengok Ara susukan anak-anak dia, berderet beratur menyusu, rasa sayu sangat hati ni. Bila tengok Ara macam kurus, rasa dia tak cukup makan sebab anak-anak kuat menyusu. Rasa sayu lagi. 



Ni masa semua 5 ekor cukup lagi anaknya. Baru umur dalam sebulan lebih kot, bulan 11/2017

Bila tengok Ara bawak seketul ikan atau ayam yang kami kasik dia makan kat dapur untuk di bawak keluar bagi anai-anaknya, lagi rasa sayu. Mula-mula dia makan dulu sikit, pastu dia simpan untuk anak dia, dia bawak kat mulut, pegi ke pintu sliding nak keluar. Sebab anak dia kecik lagi, kami tak bagi makan nasik, ikan atau ayam. Bagi whiskas bijik-bijik tu jer atau yang lembek tu. Tu bila nak bagi Ara makan, panggil dia sekor jer masuk ke dapur. 

Tapi, dia tetap nak bagi anak dia jugak merasa. Sedih tau nengok. Sebab macam tu la kita manusia pun kan. Makan minum apa pun, mesti teringat anak. Kasih ibu, tak kira manusia atau haiwan, tetap kasih ibu. Itulah naluri yang Allah kurniakan buat kita.



Kadang rasa nak buang semula Ara dan 3 anak dia ni. Tapi, bila tengok dorang, tak sampai hati. Sebab kami dah pernah buang Ara dan 2 anak yang sebelum ni masa nak raya puasa tahun lepas. Sekali, bulan 8 dia balik semula. Balik sekor dia jer, anak tak tau mana pegi dah.

Rasanya dia balik tu bawak perut hahhaa. Sebab tak lama tu mula nampak perut dia mula membesar. Cuma yang risau, jiran marah jer, sebab depa membuang merata-rata jugak. Hmmm, dilema betul laaa.



1 comment:

Rodiah Amir said...

alahai meriah anak-anak kucing ye, seronok boleh hilang stress kalau ada binatang peliharaan ni