Monday, February 12, 2018

Susun Atur Mainan Anak di Ruang Tamu

Sebagai WAHM, saya nak semua benda boleh diuruskan dengan cepat dan ringkas. So, saya suka gunakan kaedah yang practical dan minimalis dalam dekorasi rumah. Sebab tu lah, mainan anak-anak yang mereka sentiasa main saya letak kat ruang tamu ajer. 

Yer, kat tepi rak tv!

Kenapa tak percaya? Percayalahhh. Memang agak bersepah dan tak sesuai. Tapi, selagi ia memudahkan kerja saya dan anak-anak mudah nak capai mainan untuk main dan kemas semula, tu dah cukup melapangkan salah satu task saya kat rumah.

Takper, kena redha jer dekorasi rumah tak seperti idaman kita. Even nak ber-carpet pun saya pikir 4 juta kali, apa lagi nak deko sakan. Cukuplah dekorasi yang simple. Tapi, saya memang pantang kalau rumah bersepah. Memang mengundang stress la jawabnya.

Wah panjang mukadimah kan? Padahal nak share citer saya kemas-kemas mainan Ayra (dan sedikit mainan Hariz). Ni cerita bulan Januari punya yer. Sekarang, dah bercampur-aduk semula dah mainan ni hahaha. Gitu laaa, kemas-sepah-susun atur, sepah,... never ending story, tak payah nak berangan happily ever after :P


Saya susun mainan dalam bakul ajer.



See, time tu mama nak mengemas, time tu jugak la dia sebuk nak nolong
Rajin anak mama sorang ni.



Semua benda la nak capai kemas


Ni saya nak asing-asingkan semua mainan ikut jenis masing-masing.

Haa, kater baby girl kan? Harus la mainan masak-masak kaler pink uols!
Papa dia la belikan ni. 



Yer, sebegini rupa parasnya semasa proses susun atur berjalan





 Ini semua dah siap asingkan ikut jenis.
Mainan anak-anak saya takder yang mahal. Ini pun kebanyakan dari Hariz punya. Sib baik tak semua sedekah kat orang atau buang. Tak sangka laks nak beranak lagi hahahhaa.




Saya suka bagi anak-anak main block ni.
Tunggu Ayra besar sikit, baru nak buatkan playdoh gandum. Sekarang takleh kasik lagi, kang semua masuk mulut.




Ni jer soft toys yang ada. Nasib ler anak, mama tak minat mainan banyak.
Bear Kit Kat 2 ekor tu pun Hariz punya, beli Kit Kat dapat bear




Dah siap susun. Haa, kan kemas tu
Next entry saya share macam mana saya letak semua mainan ni kat ruang tamu, sebelah rak tv.

Senang nak capai, senang nak sepah jugak :P

No comments: