Tuesday, February 13, 2018

Susun Atur Mainan Anak di Ruang Tamu

Sambungan daripada previous entry semalam berkenaan Susun Atur Mainan anak di Ruang Tamu, macam ni saya susunnya. 

Simple saja!







 Susun macam ni jer, atas rak Ikea






 Ni kegilaan mama bebudak nie hahhaa.



 Saja nak tunjuk lagi, padahal pokok ni dah nak kiok pun. Ada saya letak kat luar laman sana, Kot la panjang jangka hayat dia



 Tak tau la berapa hari depa ni dapat bertahan ikut jenis memasing, sebab ada 3 jenis ni. Jenuh jugak la nak sorting ikut jenis tu.





Matilda basket yang beli kat Spotlight. Senang buat isi mainan Hariz yang terdiri daripada golongan superhero. Haa, dapat kat mama Hariz, hilang depa punyer superhero tu, daku sumbat jer dalam  bakul ni. Bersesak la korang :D



 2 bijik bakul ada penutup ni saya isi pakaian Ayra.
Saya beli kat The Store sebelum bersalin Ayra, memang khusus untuk letak pakaian dia.

Harga less than RM40. Berbaloi beli bekas ni, sebab kalau balik kampung pun saya just angkut bakul ni jer. Takyah susah-susah nak pilih baju masuk beg bagai. Selalunya baju saya pun saya tumpang masuk dalam bakul Ayra hihihi. Alah, takat balik Keratong 2 hari jer kan, apa sangat pakaian nak bawak. Kalau tak muat, saya tumpang la sumbat dalam beg husband atau anak yang lagi 2 orang tu. 




Beginilah pemandangan ruang tamu kami, merangkap ruang golek-golek dan anak-anak main. 
Ruang sofa bukan kat depan tv ni, tapi kat sebelah kanan sana. So, takder la bersekali kat sini. Lagi pun, rumah kitorang ni bukan selalu tetamu datang, so takder hal laaa anak nak main kat sini. 

Saya punya prinsip, lepas main sila kemas. Tak kemas, silap haribulan mainan masuk plastik itam heheh.

Sekian, beginilah cara saya susun atur mainan anak yang dorang dok main setiap hari. Mudah kan Bajet pun kecik ajer. Still affordable & looks presentable. Gitew :P

2 comments:

Shikin Razali said...

Cantik betul rak Ikea nie kak Ayu.. Satu hari nanti saya pasti akan beli rak nie..

hidayu ayumie said...

cantik dan namapk kemas tuuu...
boleh buat kt ruangtamu rumah cmni..
assalamualaikum
salam kenal
ayu dah join
done follow

http://hidayuayumie.blogspot.com/2018/02/wow-surprise-giveaway-contest.html