Wednesday, February 14, 2018

Wing Chair Fella Design - Boleh Cuci

Bila ada anak, salah satu faktor penting kena ambik kira sebelum beli sofa ialah senang ke tak nak jaga. Samada beli jenis leather, kain yang melekat kat sofa atau jenis boleh bukak cuci.

Saya tak minat leather. So pilihan saya ialah yang jenis kain boleh bukak-cuci. Kotor jer boleh bukak cuci, dan yang lagi best boleh tempah sarung lain. Dapat la tukar-tukar mood deko. 

Kat rumah saya ada seketul wing chair Fella Design. Ikutkan, saya tak berkenan design ni. Tapi, ini jer yang dalam bajet hehe. Nak beli wing chair jenis plain susah sket kat Fella Design. Ni jer la yang agak ok, tapi yang penting boleh bukak cuci. Tapi bukan semua body part boleh cuci.


Boleh style-kan dengan throw pillow


Seat ni boleh bukak.



Kiri-kanan tempat letak lengan



Just tarik jer kain pelapik tepi lengan tu, berpelekat kat sini



Korang mesti dah biasa tengok kan? Sajer la tu kalau kata tak biasa tengok hehe





Kadang kat sini berkumpul harta karun hahaa. Biasa la ada anak.
Kalau mama dia tak perasan, memang jadik tong sampah laaa.
Saya selalu vacum jer kat sini.


Dah siap cuci, boleh pasang semula.
Kalau nak tukar sarung pun, just bawak sampel kain ni bagi tailor

Hmmm, ni macam hint nak tempah sarung jer. Tapi kang nampak macam pelik pulak. Jadik wing chair kawen pulak :P


Tapi, wing chair ni memang best. Kualiti produk Fella Design memang terbaik. Dah 3 tahun beli dan lenjan, span dia elok lagi, macam tak berubah. 

Wing chair seketul ni la jadik rebutan kami kat umah hihi. Sinilah tempat tengok tv sambil makan. Memang hot seat!
Berbaloi beli produk Fella Design.

Okey, semoga dapat job dari Fella Design hahahhaa.





1 comment:

Cik Ash said...

senang cari jenis cuci kan mudah...