Friday, March 30, 2018

March 30, 2018

Cara Bersihkan Artificial Plant dengan Mudah

Nahhh... ini dia! Nak sangat ada pokok-pokok pelesu dalam rumah kan. Hadap la habuknya hahhaha. Ini pokok banana leaf, yang husband hadiahkan masa besday bulan Januari lepas. Tengok, dia punya habuk. Meriah uols :P


So, minggu lepas masa cuti sekolah tu, dah alang-alang mereput jer kat rumah tak gi memana kan, meh la kuarkan peluh sikit dan released tension dengan membersihkan pokok pelesu!

Kak Ayu nak share cara Kak Ayu bersihkan habuk-habuk kat pokok pelesu yang bersaiz besar. Kalau saiz kecik, ko rendam jer dalam baldi berisi air & sabun. Takyah nak buang masa dan tenaga nak lap dan cuci selai-selai. Pengsannnnn kalau yang daun banyak dan halus tu oiiii.


Bahan-bahan diperlukan:

Span
Gunting 
Air 



Bawak jer pokok nak cuci tu masuk dalam bilik air atau beranda. Jangan nak carik pasal cuci kat atas lantai kat dalam rumah atau dapur. Pengsan ko nak lap air yang menitik dan habuk-habuk yang terjatuh.




Basahkan span, then lap selai-demi-selai dedaun, ranting dan dahan pokok dengan penuh kasih sayang. Walaupun pada  hakikatnya ko sambil dok bebel kat anak yang dok berperang berebut channel tv kat ruang tamu. Cuti skolah, gini ler huwa huwaaaa



Dah siap lap bersih tu, nak keringkan dulu samada kasik kena angin kipas atau biarkan kat beranda pun boleh. Tapi, Kak Ayu malas nak tunggu, dah siap lap terus bawak untuk di-deko-kan.



Berseri tak uols? hehehe.



Sumbat jer dalam bakul cenggini haa. Setel!



Yang Kak Ayu lap ni, bukan banana leaf macam dalam gambar 1st tadi tau. Ni pokok lain, sky bird tree namanya. Dedua dari SSF, daun dia tebal dan memang nampak real macam pokok hidup. Puas hati beli walaupun mahal. Alah membeli, memang menengok hehhee.  Pokok banana leaf tu, kononnya nak lap jugak, tapi sampai ke sudah tak terbuat lagi hehhee.


Haaa, ni dah nak sambut bulan Ramadhan, elok la mula bersihkan rumah, sebab kita nak sambut tamu yang mulia, yang dinanti-nantikan. Semoga ada kesempatan untuk kita menyambut bulan Ramadhan dan seterusnya Aidilfitri dalam keadaan kita sihat dan berkeupayaan untuk beribadat. 

Thursday, March 29, 2018

March 29, 2018

Dekorasi & Propagation Money Plant Daun Besar

Pokok baru, takleh peram lama-lama gambarnya, kena terus show-off share kat blog, nanti dah mati tak best dah nak share. Haa, ini la pokok money plant daun lebar macam gergasi saiznya yang makcik nurseri kasik tuuuu :D


3 keratan makcik tu kasik. Dia nak kasik lagi, Kak Ayu cakap, dah dah la cik... banyak dah ni, kat mana saya nak letak nanti hehe". Dah korang, jangan nak ajar Kak Ayu tamak okeh hahaha.



Nak tengok saiz dia besar camner, bandingkan dengan badan si Ayra tu. Budak ni, memang sentiasa mengekor ke mana mama dia pergi. Ni dah kat rumah hari Isnin-nya tu. Tak menyabo dah nak mendeko dengan pokoks baru ni, ehemmm.




Asingkan dulu ikut saiznya, sebab ada 3 keratan tu, berbeza saiz. Pastu, Kak Ayu lap-lap daun dengan span basah. Akar dan batangnya pulak Kak Ayu basuh terus dengan air. Sebab nak letak dalam vase kaca, tak cantik pulak kalau nampak kotor batang dan akarnya tu.




Vase kaca, isikan dengan air paip. Kak Ayu letak air sikit jer, sebab kalau banyak nanti lama-lama batang pokok jadi macam reput la. Pelik jugak tengok, orang lain propage pokok money plant, elok jer tumbuh akar baru, batang pokok tak reput pun. Mesti ada yang tak kena Kak Ayu buat ni.



Sumbat jer dalam vase kaca berisi air macam ni haaa. Ejas-ejas sikit kedudukan pokok ni supaya nampak seimbang dan sedap mata memandang.




Nampak, tang paras air dan kedudukan batang dan akar pokok tu? Letak paras tu jer, agak-agak dapat batang dan akar pokok ni sedut air.




Gebu giler daun dia, geram tengok!




Sudah siap!




Haaa, saiz daun pokok ni dengan tangan Kak Ayu. Betapa besarnya diaaaaa. Lagi lebar dari muka Kak Ayu ni. Kalau tanam kat pokok pelam depan umah ni, kang jadik sarang ular pulak. Waaa takuttt!




Dah siap deko, letak jer tepi laptop Dell merah itu. Ehh, mana pokok semalam tu? Hehe, biasa la, pokok-pokok dan bunga-bunga kat dalam rumah ni kan "ada kaki' boleh jalan-jalan. Sekejap kat situ, sekejap kat sini hehe.

Ni pun tak letak sini, takut jatuh sebab tepi pintu bilik air. Kang tak sengaja ada pulak rakyat jelata tertepis jatuh. Waa, tak sanggup nak imagine pasu kaca jatuh. Bahayaaaa! Dah la ada baby. Kak Ayu alihkan letak kat dapur. Atas meja makan, sebab kat situ jarang lalu-lalang. 

Nanti Kak Ayu share lagi gambar lagi 2 pasu pokok ni yang Kak Ayu letak dalam vase tinggi dan vase pendek macam ni (kecik). Comel semuanya, suka tengok. Terima kasih makcik, semoga Allah merahmatimu, dapat ramai pelanggan, dan sentiasa sihat dirahmati Allah selalu :)

Wednesday, March 28, 2018

March 28, 2018

Lagi Indoor Plant yang Cantik!

Weekend minggu mula-mula cuti sekolah minggu lepas, kami balik Keratong. Hari Ahad pagi, kami 3 beranak (Kak Ayu, husband & Ayra) pergi ke pekan nak beli pampers Ayra. Then, singgah nurseri nak beli pokok money plant.

Haiiii... money plant lagi ke Kak Ayu oii, tak cukup-cukup lagi ke? Hahaaa, mana nak cukup kan. Sebab yang beli asiklah mati, atau layu dihujung mekar ajer hehe. Ni tujuan nak beli pokok money plant besar, yang memanjat kat batang kayu tu ha. Dulu pernah beli kat nurseri ni. 

Tapi, kecewa uols. Ada 3 pokok jer yang macam Kak Ayu nak tu. Dan, tetiga pokok tu semua dah TUA! Dah tak lawa. Rasanya tu batch yang Kak Ayu beli setahun lebih dulu tu, sebab kalau tengok gaya pokok tu, dah sama macam yang ada kat rumah Kak Ayu ni haaa.

So, tak jadi la beli. 

Tapi, makcik yang jaga nurseri tu bagi free jer pokok money plant yang menjalar atas tanah dan tepi-tepi para pokok-pokok situ hahhaa. Daun dia, kemahen lebarrrr, sebab jenis yang besar menjalar atas batang pokok tinggi tu haaa. Hamik ko, nak sangat hahaha. Dapat free lagi, rezeki uols. 


Bukan pokok money plant jer, tapi ada sejenis lagi pokok ala-ala spesis money plant jugak. Ni lagi kelakar, makcik tu cantas jer kat belakang nurseri hahha. Memang kekdahnya pokok orang buat tak layan jer, hihi. Tapi, dapat kat Kak Ayu, kemahennn suka hahaha.


Dah alang-alang makcik tu bagi free 2 jenis pokok, takkan la tak reti nak membalas budi kan. Hehe, so belilah jugak sepokok pokok ni haaaa. Murah jer, RM16. 


Memang dah lama berkenan nak beli pokok ni. Balik rumah malam tu, terus kuarkan dari plastik, masukkan dalam pasu Ikea merah ni. Letak sebelah laptop Dell merah, haaa serasi bergabung meletopss kebabommm gitu :P





Meletop kebabom sangat kannn. Ni tak tau la berapa minggu atau bulan boleh hidup di bawah naungan Kak Ayu haha. Lagi kat pokok lily pun 2 minggu jer suburnya. Ini tak tau la. Kita tengok jer la nanti hehe.




Kak Ayu perasan, pokok ni kalau menjelang maghrib dan malam, daun dia akan menguncup berkumpul ke atas. Jadi menegak gitu. Bila waktu pagi, dia akan kembang semula macam ni. Dania cakap, pokok ni sejuk mama, sebab rumah kita selalu pasang ekon hehe.



Nanti Kak Ayu show off share gambar 2 pokok yang Kak Ayu dapat free tu. Dan, Kak Ayu akan share cara nak propagate pokok tu. Wah, macam terer bab tanam pokok, padahal asik mati jer hihi. Jumpa lagi, bye!


Tuesday, March 27, 2018

March 27, 2018

Cara dan Kelebihan Jadi Ahli Tasneem Naturel

Pasti ada antara kita yang nak tau, cara dan apa kelebihan jadi Ahli Tasneem Naturel. Hari ni saya nak share dengan korang kelebihan yang kita boleh dapat bila dah jadi ahli Tasneem Naturel.


CARA NAK JADI AHLI TASNEEM NATUREL:

1. Yuran keahlian cuma RM50 sahaja!

2. Boleh daftar melalui saya, dengan buat pembayaran RM50 dan berikan details seperti berikut:
  • Nama Penuh
  • No IC
  • No Telefon
  • Alamat Penuh
  • *No akaun bank 
  • *Nama Bank

(*) Ini nak bagi boleh, taknak bagi pun takper. Mana tau, mula-mula korang nak jadi ahli Tasneem Naturel sebab nak membeli dengan harga ahli. Atau, akan datang terbuka hati nak berbisnes pulak. Oh yer. setiap belian yang cukup syarat POINT VALUE, boleh dapat BONUS tau. Best kan?


Then, saya akan daftarkan di dalam sistem online Tasneem Naturel. 

Bila dah daftar sebagai ahli, korang akan menerima Kad Keahlian dan ID No. (Membership Card). Bila nak beli produk, korang boleh beli sendiri terus kat laman web, atau boleh juga beli melalui saya, sebagai Introducer. 

Senang jer kita nak beli produk Tasneem Naturel ni, bila semua dah boleh beli secara online. Malah, kalau ada orang lain nak jadi ahli, tak kesah la dia nak bisnes atau guna sendiri, korang boleh daftarkan dorang sebagai anak, dan korang pulak sebagai Introducer. Pembelian individu dan berkumpulan (jika cukup syarat ditetapkan HQ), korang boleh dapat bonus!


Tapi, tak bermaksud korang jadi ahli untuk buat bisnes tau. Sebab, kami faham tak semua orang nak bisnes, ada yang join untuk beli harga ahli saja, seperti yang saya cakap kat atas tadi.


Urusan pos produk diuruskan oleh HQ. Anggaran tempoh penghantaran ialah antara 3 - 7 hari bekerja. Kos pos tidak termasuk dengan harga produk. Harga produk untuk seluruh Semenanjung, Sabah, Sarawak dan Brunei adalah SAMA. Caj pos sahaja yang berbeza (ikut berat produk dan lokasi).



KELEBIHAN JADI AHLI TASNEEM NATUREL:


Kalau korang nak maklumat lanjut, atau berminat nak daftar ahli, jangan segan hubungi saya tau. 019 - 989 8341 - Ayu Rashid.



Monday, March 26, 2018

Produk Resdung yang Berkesan, Sedap dan Mudah Guna

Dari darjah berapa lagi, Kak Ayu tak pasti, Dania selalu selesema. Boleh dikatakan macam setiap bulan, dia akan selesema. Tetiap pagi, memang akan bersin teruk. Memang kesian sangat. Lepas tu, dia selalu rasa kebas kat kaki dan area pergelangan tangan. Bila bawak ke klinik, doktor kata resdung dan kebas-kebas tu mungkin berkaitan saraf. Risau sangat tau huhu.


Then, pada bulan Disember tahun lepas, kami bawak dia jumpa Paed kat KPJ Kajang. Amik darah untuk test. Result darah ok, cuma dia ada alahan, so rasa kebas tu berpunca dari alahan. Kena jaga pemakanan, kawasan kena bersih, dan jauhkan diri dari KUCING! Jauhkan diri dari kucing tu yang susah huhu. Sebab dia hantu kucing!


Maka, bermulalah pencarian produk altermatif untuk masalah alahan dan resdung dia tu. Alhamdulillah, kami ditemukan dengan Tablet Resdung Tok Melah dan Sabun Resdung Tok Melah. 



So hari ni, Kak Ayu nak share pengalaman kami 2 beranak guna produk Tok Melah ni, Between, Kak Ayu cuma guna Sabun Resdung Tok Melah tu jer, sebab Kak Ayu cuma ada masalah jerawat yang tetiba pulak agak meriah. Maybe tak serasi dengan mosturizer Nutox yang Kak Ayu pakai, so kerap pulak naik jerawat. Tablet Resdung Tok Melah tu, Kak Ayu bagi Dania jer la makan, sebab resdung dia macam kronik jer tu hehhe.


Ni review untuk Dania, sejak lebih kurang 3 minggu dia makan Tablet dan guna Sabun resdung Tok Melah:

  • Pagi, dia dah jaranggggg sangat bersin
  • Dia dah jaranggggg selsema, kalau selsema pun seminggu jer lebih kurang. Pastu baik.
  • Dia kata, bijik-bijik halus kat muka (jerawat pasir kot), dah rasa kurang. Pastu ada yang baru nak naik, tapi dah kering, tak sempat besar. 
  • Hidung dan muka dah tak rasa gatal-gatal 
  • Dah tak pening kepala 
  • Rasa selesa, sebab dah jarang selsema dan tak gatal-gatal

Boleh la makan budu, katernya hahhaha. Padahal budu kat rumah ni sebulan sekali pun jarang makan, sebab kekdahnya malas nak menuang untuk makan hehe. 


Untuk Kak Ayu pulak, ni review guna Sabun Resdung Tok Melah:
  • Parut jerawat mulai pudar
  • Jerawat yang nak tumbuh, terus kecut! Padan muka ko jerawat, tak sempat membesar haha. Sebab Kak Ayu punya jerawat kalau sekitar hidung, memang yang ada nanah tu tau. Eh, ni ada resdung la kan? 
  • Muka rasa tak gatal-gatal.

Cuma, bila pakai sabun ni, kulit muka rasa agak kering, so disarankan sapu toner dan mosturizer yer untuk elakkan kulit kering dan liang pori terbuka. Mungkin ini ikut jenis kulit masing-masing. Korang cuba dulu, dan rasakan macam mana, then sesuaikan dengan skincare lain.




 Tablet Resdung Tok Melah:
  • Terbukti berkesan seawal 3 hari penggunaan.
  • Produk resdung istimewa yang diformulasi khas dalam bentuk tablet supaya mesra kanak-kanak.
  • Untuk kanak-kanak seawal usia 6 tahun dan dewasa.
  • Penawar resdung tanpa terapi, tanpa kapsul dan tanpa asap.
  • Mengandungi bahan semulajadi Habbatussauda, kulit kayu manis, epal, delima, rasberi, kurma, oren dan vitamin C.

Khasiat Tablet Resdung Tok Melah:
  • Menghentikan kegatalan hidung, telinga, mata, tekak dan badan.
  • Menghentikan kekerapan bersin.
  • Melegakan hidung tersumbat
  • Meningkatkan prestasi imunisasi badan dan sistem pernafasan.
  • Anti radang
  • Melegakan selsema
  • Mencegah serangan asma (lelah)
  • Mengurangkan kolesterol
  • Anti toksid
  • Merawat jerawat diwajah dan badan akibat resdung.
  • Membantu mengurangkan masalah kelumumur berkerak.


Cara pengambilan:
Dewasa: 1 - 2 tablet sebelum makan
Kanak-kanak: 1 tablet sebelum makan

Sabun Resdung Tok Melah:

Dirumus khas dari bahan semulajadi seperti kulit kayu manis, essential oil cengkih dan ekstrak kunyit.


Kebaikan Sabun Resdung Tok Melah:
  • Dapat mengurangkan masalah kegatalan dimuka, hidung dan mata. 
  • Mencerah dan melembapkan kulit wajah.
  • Menghaluskan dan menganjalkan kulit wajah.
  • Mengecutkan jerawat.
  • Mengembalikan kulit ke tona asal.
  • Mengurangkan cela pada wajah.
  • Mencegah kedutan dan kulit kusam.


  • Boleh digunakan dari seawal usia 12 tahun.
  • Ibu hamil juga boleh guna, kerana ia tidak mengandungi bahan terlarang.



Cara guna Sabun Resdung Tok Melah:
Cara guna sabun ni pun senang jer. Kalau nak jimat, korang potong sabun tu macam Kak Ayu buat ni haaaa. Kalau guna semua terus kang mudah cair, rugi hihihi. Potong cenggini, pastu just bawak masuk bilik air yang kita potong kecik tu ajer. Dah habis, baru potong lagi. 


Sabun ni tak terlampau kaya dengan buih, tapi dengan buih macam kat tangan Kak Ayu tu, dah cukup dah untuk kita guna untuk bersihkan muka. Bau dia pun ala-ala bau herba yang lembut. Best! Rasa macam kat spa pulak :P


Apa kata pengguna (Testimoni/Customer Feedback)?









Kak Ayu memang rekemen sangat Tablet Resdung dan Sabun Resdung Tok Melah ni. Ianya alhamdulillah, berkesan, sedap dan mudah jer guna tau. Jadikan amalan setiap hari, semoga masalah resdung dan kita boleh dapatkan tubuh dan muka yang sihat. 

Untuk maklumat lanjut, korang boleh visit dan contact details-nya pun Kak Ayu sertakan kat sini:


Contact No: 013 - 494 2566

Friday, March 23, 2018

March 23, 2018

Design Header Blog guna Canva Apps

Disebabkan sedikit masalah teknikal, dan disertai dengan kebizian, blog ayurashidshop terabai sangat. Malam tadi, godek-godek blog tu, tapi tak berjaya nak buat link list kat tab menu. Berjam-jam try. Sebelum ni dah boleh tukar nama menu random yang designer buat, kepada nama menu Kak Ayu nak. Tapi, tak berjaya pulak edit untuk link-kan url ke menu tersebut.



Tang header pun problem jugak. Itu belum kira nak edit benda lain. Kalau banyak masa nak ngadap takper la. Ini pepaham jer la ada baby kan. Takkan keja nak ngadap edit blog jer. Memang la ralit sebab benda gini Kak Ayu suka jer, sebab dah biasa dengan programming masa blaja dulu. Tapi, kalau dah namanya masa mencemburui, memang tidak laaaa.

Finally, fedap!

Amik decision delete template tu, then copy paste jer template blog ayurashid.com. So, sepesen la template ayurashid.com dan ayurashidshop. Huhuu, ikutkan mesti rasa bosan tengok 2 blog dengan template sama, tapi nak buat macam mana. TERPAKSA. 

Header blog Ayu Rashid yang dulu punya, tumpang tepek kat blog Ayurashidshop. Tapi tak kena la sebab takder perkataan SHOP kat situ.


Then, petang tadi masa Ayra nap, try buat header guna Canva Apps. Dulu pernah cuba buat masa buat blog Ronella. Tapi, sekerat jalan, sebab Kak Ayu upah designer buat. Masa ni dah ada baby, pun kesuntukan masa. Upah ajer la solution-nya. Ni, nak jimat bajet sebab dah kuar bajet pun untuk beli template ayurashidshop ni ngan web mat salleh punya. Tapi disebabkan masalah teknikal, habis larik setting. Ber-huhuuuu la lagi.

Canva Apps
Boleh free download kat internet

Try buat header tadi tu, dalam masa tak sampai setengah jam jer hadap. Try buat dulu, sebab banyak functions dia tak explore lagi. Aduiii, tak aman tau buat kerja dalam keadaan macam ni. Boleh la, asalkan blog ayurashidshop ni ada header yang semenggah sikittttt. Daripada tepek header Ayu Rashid punya blog dulu tu, takder perkataan Shop. 


Macam ni jer jadiknya :P


Mula-mula buat tu, jadi ada background kaler biru tu. Pastu, saiz pun besar sangat, membazir space jer. Gambar lavender tu pun yang dah sediada kat dalam file Canva Kak Ayu punya account masa buat blog Ronella dulu. Since just nak try  buat jer dulu, guna jer la gambar ni. Bila buat design lain, baru tukar gambar yang letopss sikit *ewah, ntah bila nak buat lagi tatau la huhu



Tak suka tengok background biru tu dan nak resize, Kak Ayu edit semula. Jadi la macam ni. Bila Preview nampak macam ok, saiz pun sesuai, terus jer la guna design ni.



Bersyukurlah dengan apa yang ada ni. Lepas ni cuba lagi. Takat untuk guna sendiri, boleh la slow-slow belajar. Tak payah tunggu sempurna baru nak bermula. Guna jer apa yang ada, along the way, baru improve. 

Nanti, nak edit lagi blog ayurashidshop dan mula masukkan entry. Buat masa terdekat ni, blog ni akan fokus pada Tasneem Naturel Balm. Dalam blog tu jugak Kak Ayu akan fokus pasal Parenting dan hal berkaitan bayi dan kanak-kanak.

Nanti, jemputlah singgah di sana yer :)

Ayu Rashid Shop
http://ayurashidshop.blogspot.my


Thursday, March 22, 2018

March 22, 2018

Harga Balm Tasneem Naturel 2018

Ramai yang tertanya-tanya, berapa harga Balm Tasneem Naturel samada belian secara satu balm, dua, tiga, atau empat. Ada pakej ke tak? Kan bila harga pakej, mesti ada diskaun. 

Iyer, ada harga yang best HQ Tasneem Naturel dah tetapkan untuk korang agar dapat ber-balm Tasneem Naturel. 



Terdapat perubahan harga Balm Tasneem Naturel berkuatkuasa pada Januari 2018. Korang boleh rujuk kepada poster-poster di bawah untuk maklumat harga.


Jadual harga dan berapa customer jimat jika pembelian secara pakej.


Postage: 
RM10 (Semenanjung) / RM12 (Sabah/Sarawak)



Harga untuk sebotol 



Harga untuk belian kombo 2



Harga untuk belian kombo 3



Harga untuk belian kombo 4



Harga untuk belian kombo 5


Boleh campur mana-mana jenis daripada 4 jenis balm iaitu:
Calm Time
Sleep Time
Tummy Time
CF-Rub


Hubungi saya untuk maklumat lanjut dan pembelian:
Ayu Rashid
019 - 989 8341


Wednesday, March 21, 2018

March 21, 2018

Ragam Orang Nak Join Drosphip Dexandra

Dah lebih kurang 3 tahun Kak Ayu jadi Reseller Dexandra. Dah macam-macam ragam pelanggan, dropshipper, prospek nak beli produk dan prospek nak join bisnes. Ya Allah, memang kalau tak sabar dan memang takder keinginan yang tinggi nak dapat duit dari bisnes ni, dah lama Kak Ayu quit!


Tapi, itulah... bila kita buat bisnes dengan produk yang betul-betul kita suka dan jiwai, dan of course dah merasa hasil yang lumayan, mesti kita akan tetap akan teruskan. Biasa la bisnes ni, ups and down mesti ada. Malah, fasa-fasa struggle memang Kak Ayu lalui sejak bersalin, ada baby dan paling tak menahan bila ramai yang malaun menjual dengan main harga. 



Hari ni, Kak Ayu nak share, sikit tentang ragam orang nak join Dropship. 


Haha, ada yang rasa kelakar, rasa annoying, dan ehhh, dia ni tak baca langsung ke dulu hihi. Biasa la, budaya rakyat Malaysia sekarang ni, memang terlebih rajin membaca.  Padahal info dah bagi sesiap dah. 

Itu kira OK sangat lagi. Ini haaa yang paling tak menahan ialah bila dah beria sangat dah nak join, dah dia bagi gambar salinan ic, gambar selfie dan segala details untuk join bisnes. Kita pun dah bagi la segala info untuk dia join termasuk no akaun bank.


Sekali... senyap sampai ke sudah hahahhaha. Aduiii, membazir data tepon hakak jer dikkkk. Okey, paham, mungkin masa tu masih tunggu gaji, tunggu duit ada, atau masa tu semangat berkobar-kobar nak buat bisnes, tapi... tolonglah beradab sikit. At least, jangan la diam jer lepas tu. Bagila tau sepatah dua kata:

"Sorry sis, saya tak jadi nak join bisnes dengan sis"


Ini tidak... diam terus. Tak tau la kot-kot dah arwah kan. Itu yang senyap selamanya haha.


Well, bukan nak kata peniaga ni hadap sangat awak join bisnes, tapi macam Kak Ayu cakap kat atas tadi la, adab tu biarlah ada walaupun kita hanya berurusan melalui WA sahaja. Satu masa nanti, kalau awak pun berniaga, awak akan rasa apa yang orang awak pernah buat tu rasa. 



Kak Ayu punya style, memang takkan follow up! Biarlah orang nak kata... ehh, rugi tak follow up, ehhh, rugi... ehh, kena follow up, tu database tu, simpan... nanti boleh guna lagi.


Tapi... pada Kak Ayu, kalau untuk follow up orang tanya pasal nak beli produk, is YES, ok untuk follow up. TAPI... kalau untuk orang yang nak join bisnes, Kak Ayu takkan follow up.


Sebab apa?

Sebab kat situ dah boleh nampak dia punya attitude dan kesungguhan, erkk dan jugak adab. Bila nak buat bisnes bersama, kita akan sentiasa berurusan. Tapi, kalau awal-awal dah macam ni, nak kena kita carik dia balik, nak pujuk ke, nak bukak minda ke... memang sorry. 


Kak Ayu takda masa untuk entertain this kind of attitude. Belum apa-apa dah nak jadi diva la vidaloka yer hahhaa. Tu baru nak jadi Dropship tu, belum lagi yang tetiba terus tanya nak jadi stokis hahaa. 


Kalau korang yang tak biasa bisnes atau kenal style Kak Ayu, mesti korang rasa eh ehhh macam bagus jer minah ni, meniaga bertahun-tahun pun tak dapat jadik stokis pun, dah nak kerekkk. Hihihi. Takper, korang tak merasa lagi, sedap la cakap hehe. Kak Ayu dah masakkk sangat dah dengan style orang tanya nak join bisnes ni. 


One more thing, Kak Ayu jenis straight to the point, bukan jenis suka kona-sana, kona-sini sebab nak pikat orang untuk join bisnes dengan Kak Ayu. Memang Kak Ayu akan direct bagi info. The rest, terpulang. Take it or leave it. Orang kalau dia nak... bila dia dah dapat maklumat, jika tak paham lagi dan nak tau lagi, dia akan tanya. Then, biarlah dia decide. 


Kalau dia nak buat bisnes, dia akan usahakan carik modal RM150 tu, kalau taknak, atau dia nak pegi buat dengan orang lain, biarlah. Rezeki kalau dah bukan milik kita, tetap takkan jadi milik kita. Begitulah sebaliknya. Kita takyah nak merayu orang, sebab kita pun ada maruah dan cara kita sendiri. Jangan sampai kita terhegeh-hegeh pada orang jenis tak bersungguh, atau dia cuma survey saja. Tu terpulang kat dia untuk buat keputusan. 


After all, kalau nak ikutkan ragam ni, memang macam-macam kita akan jumpa. Tak kira kita bisnes apa sekali pun, selagi kita berurusan dengan manusia, selagi tu kita akan diuji dengan pelbagai ragam. 


Kepada yang pernah WA Kak Ayu nak join bisnes atau tanya pasal bisnes, terima kasih diucapkan. Cuma next time harap sangat, yang mana tak pasti nak join ke tak, atau yang acah-acah nak join tu, tak perlu nak kasik gambar dan info uols sebelum buat payment. Membazir data i jer tau hahahhaa.



Between, insyaAllah Kak Ayu akan bantu sesiapa saja yang nak belajar bisnes Dexandra. Yang penting, korang ada keinginan untuk betul-betul buat, bukan mengharap disuap, dan sebolehnya cubalah bertanggungjawab dengan bisnes ni. Sebab, siapa buat, dia dapat. Bukan aku jual, tapi agent atau stokis yang dapat. Eh ehh, kalau macam tu baik takyah jadik dropship, jadi jer agent atau stokis terus. ehh, kang jadi stokis, dikatanya pulak HQ dapat sale dari dia. HAHAHHA ada okey orang bermentaliti macam ni. Aduiii, pitam mak uols :P


Okey, done meluahkan apa yang nak share sesambil tunggu baby nap. Ni nak hujan, jangan mak baby pun tumpang baring sama haha. 



Those yang nak tanya pasal dropship Dexandra, jangan segan WA Kak Ayu okey. Tiada paksaan nak join bisnes, cuma bagitau awal-awal. Commitment fees ditetapkan Dexandra HQ ialah RM150. Kalau nak bisnes RM150 pun tak sanggup berkorban, tak dapat hakak nak nolong dikkkk :O


Ayu Rashid | 019 - 989 8341