Saturday, March 3, 2018

Hujung Minggu

Hari ni bersiaran langsung dari rumah Ibu Mertuaku, bukan Ibu Mertua Kassim Selamat. Time nak maghrib macam ni baru gedik nak update blog hehe. Malam tadi sampai sini, esok pagi dah nak balik Semenyih semula. Bila anak-anak sekolah sampai petang, rasa masa semakin singkat duduk kat kampung.


Sampai dah malam, hari Sabtu ajer la ada full day kat kampung, sebab esok pagi atau tengahari dah nak bertolak balik Semenyih. Ikutkan, penat pun rasa tak hilang huhu. Tapi, kalau lama sangat tak balik kampung pun, rasa boring jugak. 


Syukur la budak-budak bertiga tu ada rumah nenek dekat, kalau nak harap balik rumah Nenek Jah, hmmm kene tunggu cuti panjang jer la. Cuti bulan 3 nanti pun tak tau la balik ke tak. Kalau husband keja Johor lagi minggu cuti sekolah tu, boleh la pegi umah kakak :P




Seronok anak-anak kat kampung. Ayra pun sakan main. Pukul 5 petang tadi baru nap, dan sampai skang ni pukul 7 petang pun tak bangun lagi. Wah! Malam ni pukul berapa nak tidur tuuuu. Mama nak buat kerja malam ni, nak buat schedule post. Ni just entry warm up jer ni, sesambil nak transfer duit kat seller IG shop, tadi beli tudung bawal bidang 50 3 lai. Alang-alang online ni, terus update entry. 



Tadi baru tanam semula pokok money plant yang saya bawak dari rumah. Dah macam nak mati jer semua tu, so selamatkan mereka dengan bawak balik tanam semula kat sini dan letakkan di bawah jagaan mak mertua haha. Cakap kat mak tadi, ni kalau tak idup jugak, memang tangan ayu ni takleh tanam pokok la hihi.


Eh ok dah nak maghrib ni, nanti update lagi. Bye!

2 comments:

this ni3za said...

Wahhh..Bestnya blk kg...Tak pe la sekejab pun..janji namanya blk kg..Ekek

Lady SHAH said...

Suburnya pokok2 tu..huaaa

https://byshaz.blogspot.my/2018/03/shopping-sambil-buat-duit.html