Thursday, March 8, 2018

Mirelle Beauty DD Cushion

Bila kita nak beli foundation ke, bedak ke, CC Cream ke, BB Cream ke, DD Cushion ke, salah satu kriteria yang kita selalu risaukan ialah tak rasa melekit ke kalau pakai? Rasa rimas tak? Nampak muka berkilat-kilat macam cermin ke  tak? 

Pendek kata, kita nak yang selesa. 

Orang kata beauty is pain.  Tapi, kalau Kak Ayu, tak sanggup aiiihh. Biarlah natural beauty ajer (ewah, padahal seram tengok muka sendiri hahaha). Tapi, wanita mana la tak nak kulit muka nampak ploles kan? Pantang nampak ada produk muka, terus rasa nak beli haha. 

Kak Ayu dah dapat produk yang best giler yang selesa sangat pakai walaupun duduk kat rumah dan keluar jalan-jalan. Rasa dia selesa dan ringan jer kat muka tau.

Ni haaa, nak show off kat korang sikit ni hehhee. Cinta hati baru Kak Ayu dalam bidang kecantikan dan kejelitaan gitew:P (kasik la chance nak fefeling cun kejap, kan dok demam Pajura tak abes lagi hehe)



 Ini dia... Mirelle Beauty DD Cushion!


Mirelle Beauty DD Cushion ni, ada pelbagai manfaat untuk kulit muka tau. Bukan takat nak kasik muka nampak floles masa kita pakai tu jer. Jom check-it out, manfaatnya:


  • Melindungi kulit daripada sinaran matahari dengan SPF 50++
  • Mengecilkan liang pori
  • Mencerahkan kulit 
  • Anti penuaan
  • Meratakan tona warna kulit
  • Melindungi kulit daripada persekitaran yang tercemar
  • Meredakan radang / cela
  • Mengurangkan minyak pada wajah
  • Tahan lama sehingga 8 jam
  • Menganjalkan kulit
  • Mengurangkan garis-garis halus
  • Full coverage
  • Sangat ringan pada wajah
  • Bauan yang sangat wangi seperti bedak bayi
  • Mesra wudhuk
  • Diluluskan KKM
  • Bahan semulajadi seperti mulberry, stem cell dan argan oil



Mirelle Beauty DD Cushion ni ada 2 tone warna jer tau. Korang jangan ngengada mintak tone kaler yang takder haha. Tone 01 untuk Light dan Tone 02 Naturel. Kak Ayu punya ni tone 01, al-maklumlah, tuan puteri lindungan bulan, berkulit agak cerah hehee. 

So, staf Mirellee Beauty rekemen Kak Ayu amik code Light 01. Haaa, pandai staff tu pilih, sesuai sangat kaler ni dengan tone kulit Kak Ayu yang tak sekata ni haha. Biasala, dah masuk kategori Remaja Purbakala ni kan, dengan ada baby lagi, segala tok nenek jerawat, jeragat, eye bag, semua dok berumahtangga kat muka ni haaa. Sebab tu, suka sangat la ada produk cenggini haaa, dapat la fefeling floles kannnnn. 



Pastu,  yang penting, senang sangat nak apply Mirelle Beauty DD Cushion ni. Untuk kaum wanita yang sentiasa busy, always on-the-go (walaupun hakak dok rumah jer yer, tapi sentiasa busy okey!), dan yang tak berapa expert nak mekap pun, senang sangat nak appy DD cushion ni. Terasa separa profesional gitu, hehee. 

Senang jer, just calitkan span tu kat permukaan DD Cushion, then terus dapdap-dappp kat muka. Buat beberapa layer pun ok tau, takder bercapuk. Memang best sangat!

Nampak, kegembiraan itu. Ber-Mirelle Beauty dan dapat hadiah pokok pisang :D Sorry la yer. takder pulak gambar dekat. 

Kak Ayu bukan spesis suka make-up. Cukuplah pakai bedak, lipstic dan blusher sikit. Siap! Dengan adanya DD Cushion ni, lagi senang kehidupan. Sapp sappp suiii bersiap, dah setel. Maklumlah, ada baby semua nak kena cepat. 




Selain dari DD Cushion, Mirelle Beauty ni ada jugak produk lain iaitu Miracle Face Mist dan Trendy Matte Lipstic. Ada 6 kaler menarik yang pasti buatkan kaum pompuan ternganga mulut geram nak beli!


So korang boleh dapatkan Mirelle Beauty DD Cushion, Miracle Face Mist dan Trendy Matte Lipstic ni dengan menghubungi atau visit kat sini:

Shop Online: www.hawaskincare.com.my
IG: @mirellebeautyofficial
Page: Hawa Skincare Malaysia
Subscribe Channel: Hawa Skincare Malaysia

Atau boleh terus Whatsapp:
019 - 395 9774

1 comment:

Sheila Adziz said...

wow... menariknya dd cushion ni kak ayu...