Monday, April 30, 2018

April 30, 2018

Relax, Refresh & Recharge

Harini dah 30 April 2018. Lagi 9 hari nak PRU, dan lagi 17 hari nak sambut Ramadhan. Terasa cepat masa berlalu, hari-hari kehidupan semakin bosan dan meletihkan. Bila duduk muhasabah diri semula, kenalah aku ni rasa boring sangat? Dan jawapan yang datang ialah sebab tinggal kat sini. Yang lain, semua dilalui seadanya. Tapi nak buat macam mana, berdoa ajer la semoga dapat keluar dari sini. 


Dalam minggu lepas, Kak Ayu dah decide untuk rehat dari bisnes Tasneem Naturel Balm. Sebab apa? Sebab macam bisnes Ronella dulu, tak boleh nak commit. Kak Ayu jenis orang yang buat kerja nak ber-prosedur. Tapi, bila dah tak boleh buat macam tu, jadi hilang semangat, susah hati dan rasa useless sangat bila almost everything tak boleh nak buat dengan baik.


Bukan takder orang nak beli, dapat contact prospect dari IG mostly. Tapi, dorang pulak kebanyakan jenis tak menyempat. Nak COD. Agak-agak berbaloi ke nak COD 2 botol balm dari Semenyih ke Sungai Buloh! Even dibayar COD caj pun, memang kem salam la, tak dapat la nak berbuat demikian. Lagi pun, terus terang cakap, Kak Ayu tak minat dan tak suka bisnes nak COD. Pos sahaja, dan orang datang rumah pun Kak Ayu tak nak. Hahhaa, matik ler meniaga macam ni! But, my bisnes is my rule, as long as im comfortable with it. Ada rezeki ada la, takder takper. Tak guna bisnes sebab nak kejar sale, but after all, bila kira semula hanya dapat penat dan untung tak seberapa atau lagi haru kalau rugi terus.


Mana-mana bisnes Kak Ayu tak buat COD. Ini bukan nak kata berlagak atau taknak usaha lebih, tapi setiap orang ada style masing-masing. Kalau dapat customer memahami dan sabar, alhamdulillah. Kalau tak sabar, silalah dengan segala hormatnya carik agent lain yang bagi khidmat COD. Kadang-kadang Kak Ayu pass pada sideline, so sesaper yang masih meniaga Tasneem Naturel, sila berbaik-baik dengan i okey hahahha. 


So, bila dah lepaskan bisnes Tasneem Naturel ni, iaitu dengan bagitau pada stokis, rasa lapang dada. Lepas ni, fokus jer la dengan bisnes Dexandra. Malas dah nak pikir benda lain. Dan, nak fokus blogging jer la. Buat mana yang sempat, kalau tak sempat, just biarkan ajer.



Actually, dah 3 minggu Kak Ayu cuba lari dari rutin biasa. Eh, takder la lari mana pun, dah sah-sah jadik surirumah ni aktiviti sama jer hahhaa. Tapi, at least bila dah lepaskan apa yang tak mampu nak buat, hati ni rasa tenang jer, sebab takder benda dah nak fikir kena kejar masa untuk buat. Haa, kejar masa sangat, by the time anak tidur, Kak Ayu tumpang tidur sama hahaa. Kalau tak tidur pun, baring sebelah dia sambil layan IG hhihii. Ahhh. Life is beautiful uols. Dah lama tak menikmatinya. Terlalu mengejar duniawi, sampai menyesak dada. Padahal, bukan tak cukup pun apa yang Allah dah bagi, tapi tu la, tamak kot haahaa. Kalau tak pikirkan komitment yang masih ada, nak jual dexandra pun dah malas hihihi. Blogging tetap nak buat, sebab blogging ni hobi dan terapi. Takder hal!


Sebab tu dalam 2 minggu lepas, Kak Ayu pulun buat spring cleaning kat rumah. Bermula dari ruang tamu, dapur, rak-rak bawah stor, bersambung pulak kat ketiga-tiga bilik. Finally dah siap kelmarin. Ya Allah, seronoknya tengok rumah dah kemas. Eh, tak sepenuhnya kemas lagi sebab mana-mana pakaian yang boleh sedekah masih ada kat rumah lagi. Tunggu minggu ni nak masuk kotak. Pastu, kalau balik PRU, boleh bawak balik Besut terus, else kalau tak balik, bawak jer masa raya nanti. 


Nanti dah siap kemas semua, sebelum bulan puasa, ingat nak pasang langsir siap-siap, nak basuh sarung sopa dan nak kemas-kemas beranda sikit. Nanti dah bulan Ramadhan semua dah siap. Hati banyak gumbira dan senang hati bila rumah dah bersih. Kalau mak datang puasa kat rumah, mesti seronok dapat berpuasa sama-sama. Ya Allah, indahnya dunia ni. Banyaknya nikmat Allah dah bagi, tapi kenapa masih mengharapkan yang takder, kan?



So, korang macam mana? Kadang-kadang kita ni penat tak menentukan? Sampai kita lupa betapa pentingnya kita hargai diri kita dulu. Jangan paksa diri buat perkara yang beyond our limit. Kita push diri kita melampau-lampau. 


Tak salah kita usaha lebih, tapi after all kalau boleh buatkan diri kita tak sihat (fizikal dan mental), boleh jejaskan hubungan dengan keluarga, boleh jadikan kita sentiasa serabut.... tak guna pun semua tu. Aura negatif akan sentiasa berlingkar disekeliling kita. At that time, kita tak nampak dah benda positif atau yang kita sepatutnya syukuri. Kalau macam tu, macam mana rezeki nak datang? Dan, macam mana kita nak selalu bersyukur dengan sebenar-benar syukur?


Semoga apa yang Kak Ayu lalui ni, korang tak lalui jugak. Tapi, kalau kita dalam "kasut" yang sama, jomlah kita cuba keluar dari belenggu sebegini. Hidup ni terlalu singkat untuk kita gundahkan hal duniawi. Biarlah kita kejar akhirat, semoga dunia pulak yang termengah-mengah mengejar kita!


Till then, selamat tinggal Apri 2018, dan selamat datang Mei 2018. Nak order Dexandra Perfume atau nak join bisnes boleh contact Kak Ayu. Modal nak jadi Dropship RM150 sahaja! 019 - 989 8341


Images source: Google

Thursday, April 26, 2018

April 26, 2018

Live Update| Spring Cleaning

Hai. Kembali bersiaran selepas privatekan blog lebih kurang seminggu. Ingatkan nak kasik korang rindu nak mekap blog, tapi nak on laptop pun langsung tak sempat dan takder mood. 

Dalam seminggu dua ni, Kak Ayu tengah buat spring cleaning kat rumah. Minggu lepas dah setel dah kat dapur, rak-rak bawah stor dan rak pakaian anak-anak. 

Harini, dan sedang berlangsung... spring cleaning bilik-bilik. Ni dah penat duduk bersila lipat kain, sorting mana yang nak pakai lagi, mana nak buang dan mana boleh sedekah. Ayra tengah tidur kat bawah, bertemankan kakaknya yang ponteng sekolah agama! Ayra, kalau dengan kakak atau dengan papanya, elok jer tak manja mengada. Itu yang boleh buat kerja dengan aman damai. Tapi, hp tinggal kat bawah, sebab kalau ada hp sekali dengan Kak Ayu, memang tak jadik keje la hahhaha.

Ini pun bawak naik laptop sebab nak pasang lagu, nanti boring pulak sunyi sepi kan. Maka, mengemaslah Kak Ayu bertemankan lagu-lagu raya hahah. Amik mood nak berpuasa, beraya dan berpilihanraya hihi.

Okey, ni gambar masa sebelum mula mengemas tadi. Harap bila dah siap nanti, kemas semua bilik, nak deko-deko sikit bilik ni. Sebab InsyaAllah Nek Jah nak datang berpuasa kat sini. Maka, nak bagi keselesaan untuk Nek Jah, lagi-lagi untuk beribadat dibulan Ramadhan Kareem. Semoga ada kesempatan kami berpuasa dan beraya bersama dalam keadaan kami semua sihat walafiat. Amin.




Okey, kalau korang nak order Dexandra Perfume, atau nak join Dropship boleh terus WA 019 - 989 8341. Maybe Kak Ayu jarang update blog dan FB, sebab nak bagi sikit masa untuk diri sendiri dan keluarga. Apa-apa, just carik kat WA yer.

Till then, have a good day dan sayang korang semua kerana Allah. Bye!

Wednesday, April 18, 2018

April 18, 2018

Kenapa Perfume Sentiasa Relevant Untuk Dijadikan Sebagai Hadiah?

Antara hadiah atau pemberian yang sentiasa jadi pilihan untuk dihadiahkan kepada seseorang yang istimewa ialah PERFUME! 

Hadiah istimewa ini adalah simbolik kepada cinta, kasih sayang, penghargaan dan ingatan kepada sesorang, samada ibu bapa, anak, pasangan suami isteri, kekasih, sahabat, guru, boss, rakan sekerja, atau sesiapa sahaja. 


Perfume adalah barangan yang boleh sentiasa digunakan dan ia dapat mengingatkan kita pada seseorang atau moment yang dikongsikan bersama. Perfume juga boleh dikatakan items yang mesti dimiliki oleh seseorang walaupun hanya 1 jenis sahaja. Pasti ada satu masa, mereka yang tak gemarkan perfume perlu atau teringin untuk memakainya. 


Pernah tak, bila kita tercium bau sesuatu perfume, tiba-tiba kita teringat pada seseorang? Pasti pernah, kan? Inilah antara keistimewaan perfume. Ia boleh menjadi cara untuk kita mengimbas kenangan bersama insan yang pernah hadir dalam hidup kita.


Sebab itulah, perfume sentiasa relevant untuk dijadikan hadiah!

Anda boleh mendapatkan Dexandra Perfume daripada saya. Saya akan membantu anda membuat pilihan bau yang sesuai dengan insan yang ingin anda hadiahkan perfume jika anda tak tau yang mana satu bauan sesuai untuk insan tersebut.

Tuesday, April 17, 2018

April 17, 2018

Gaya Koleksi Raya 2018

Bahang nak sambut Ramadhan dah makin terasa. Haii, dah abes ke ganti puasa, dok sebuk dah nak bergaya koleksi raya 2018 bagai tu... hehhee. Takpe, InsyaAllah sempat lagi tu nak ganti. Caiyok caiyokkk!


Bila tengok kat social media, especially Instagram, memang dah lalu-lalang iklan baju raya. Pelbagai koleksi raya 2018 boleh kita cuci mata. Tapi, kalau Kak Ayu ni, just cuci mata jer la tengok, nak ikut trend fashion terkini, memang takder la. 


Setakat beraya kat kampung, pastu dengan panasnya, tak payah la nak bergaya sakan. Cukuplah pakai baju kurung dan tudung bawal atau shawl chiffon murah-murah sudah. Janji dalam gambar ada kenangan bersama keluarga. Tu dah memadai. Dah umur-umur macam ni, dah tak kesah pun pasal gaya atau ikut trend. Anak-anak pun simple-simple ajer. Cukuplah dengan bajet yang ada, janganlah biar papa asal bergaya. Gitew konsep gaya koleksi raya kami setiap tahun :P





Kalau Kak Ayu, suka tengok orang pakai baju kurung pesak gantung, kurung pahang, kebarung dan baju kurung kedah pada hari raya. Nampak suasana raya macam dulu-dulu #JiwaKlasik hahaha.


Apa citer Gaya Koleksi Raya 2018 korang? 


*Image source: Google







Monday, April 16, 2018

April 16, 2018

RM500 Duit Raya dengan Dexandra Perfume

Sana sini, kita dah boleh mula nampak peluang buat duit raya, projek duit raya dan yang sewaktu dengannya. Berapa RM jumlah tu pun, pelbagai angka kita boleh tengok. Tepuk dada, tanya sebanyak mana kita nak. Terpulang.


Tapi, kalau bagi Kak Ayu, semestinya Kak Ayu akan pilih dan fokus pada yang realistik, berdasarkan pada bisnes, tempoh masa (cut-off time) dan achievable atau tidak. Memang tak dinafikan, bila buat bisnes ni, kita boleh dapat unlimited income, tapi setiap orang ada matlamat dan constraints masing-masing. Jadi, sekali lagi... tepuk dada, tanya sebanyak mana kita nak, then go for it!


Hari ni, Kak Ayu nak share konsep paling mudah dan InsyaAllah achieveable dengan izin Allah, dan kita mesti berusaha dan ada tindakan untuk dapatkan hasilnya. Dalam tempoh sebelum hari raya, kita boleh dapat RM500 bila join bisnes Dexandra sebagai Dropship (commitment fees RM150). 


"Eleh... RM500 jer Kak Ayu, mana cukup nak buat raya". 


Yer, memang tak cukup, tapi cuba la dulu dapatkan RM500 ni. Lagi cepat dapat, lagi bagus, lagi banyak korang boleh usaha untuk dapatkan lebih lagi. Jangan la dah cukup RM500 korang dah goyang kaki. Kalau nak lagi, teruskan lagi. Kang ada pulak yang dah cukup RM500, orang nak beli korang dah taknak jual hahhaha. Tapi, takder kot orang meniaga macam ni kan, rezeki jangan la ditolak, Allah dah nak bagi tu, bersedialah menerima dengan ikhlas dan syukur.


Ni pengiraan Kak Ayu kasi contoh untuk dapat RM500 sebagai Dropship Dexandra. 


25 botol dalam masa 46 hari, lebih kurang 1 botol jer sehari jual. 46 hari tu tempoh yang panjang! Korang boleh dapat lebih lagi. Gandakan lagi, jadi 50 botol, dah boleh dapat RM1000!


So, macam mana? Boleh ke boleh sangatttt? 

Semoga apa Kak Ayu share ni, dapat beri idea untuk kita sama-sama raih rezeki untuk hari raya nanti. Duit bukan segala-galanya, tapi dengan duit kita dapat tambah pahala kita dan berikan kegembiraan buat insan yang kita sayang, dan buatlah apa saja yang boleh jadi saham untuk kita dunia akhirat.

Jika berminat nak jadi Dropship dan berbisnes Dexandra bersama Kak Ayu, jangan segan untuk contact akak yer. InsyaAllah, i will guide you along the way!

Assalamualaikum dan contact no ni yer: 019 - 989 8341

Friday, April 13, 2018

April 13, 2018

Dexandra Eau De Parfume


 MEN

FRAGRANCE


A man’s perfume says a lot about him. De’Xandra’s For Men Series aspires to give every man a unique personality of his own with our exclusive scents of life. With five gorgeous scents made of baritone and rich aromas, we’re promoting passion through expression and unique sense of style.


WOMEN

FRAGRANCE


Driven by the passion to make De’Xandra’s wearers stand out above the rest, our new scents of life are especially created to bring out the best in every woman. The series’ combine refreshing citrus fruits to capture the essence of feminine confidence and delicate floral scents, which emanate a taste of luxury.

Thursday, April 12, 2018

April 12, 2018

Cara Nak Jadi Dropship Yang Berjaya?

TEKS BY: PUAN ERNA DEXANDRA

Soalan ni dari dropship saya yang nak achieved trip ke Europe untuk Insentive Dropship. So sangat bagus. Saya kongsikan pengalaman tentng dropship dahulu.

Perkataan dropship ni dah cukup sinonim, dah biasa sangat kita dengar, dan semakin ramai orang menceburi dunia drosphip. Maka ramai juga yang keluar dari dunia ini sama ada upgrade atau terus downgrade tak nak berniaga. Kerana first mereka kalah dengan MINDSET.

MINDSET ini wujud daripada KEPERCAYAAN, di mana kepercayaan ini wujud sebab mereka nampak bukti ke arah benda yANg mereka percaya.

Contoh selalu nampak dropship tewas di tengah jalan. Mereka jarang nampak orang yang berjaya dari dropship. Jadi bukti-bukti kukuh ini akan menguatkan lagi kepercayaan drosphip itu susah. Betul? Dari kepercayaan ini,  MINDSET yang mereka letak ialah kalau nak berniaga jadi dropship hanya untuk dapat duit sampingan. Kalau ada alhamdulillah, kalau takder takper, takder yang rugi.

Maka.. apa yang mereka kalah adalah kepercayaan dan MINDSET UNTUK GROWING tiada, sedihkan... tapi itu yang terjadi!


Apa yang mereka nampak & mereka percaya?
Ramai giler FOUNDER YANG KAYA-KAYA jarang atau sebenarnyer mereka jarang jumpa founder yang miskin walaupun ada, ramai tak cerita yang ni. Jadi mereka percaya nak kaya jadi founder. So apa mindset yang mereka letak? Kalau nak berjaya BUAT PRODUK SENDIRI, dan akhirnya tak nak cuba bermula dari bawah.


Hakikatnya... kita uji diri kita dari bawah untuk mulakan perniagaan kerana di situ juga saya bermula. Kurang bebanan dan tanggungjawab tapi yang penting dari kecil fokus kita adalah marketing dan sales,  kerana kebanyakkan perniagaan berjaya bermula dari kekuatan sales & marketing, kemudian membina team dari bawah.

Kalo yg dari kecil kita rasa susah. Nak bersaing pun susah, maka macam mana bila perniagaan itu dah semakin besar dan komitment semakin besar? Time tu adakah baru nak belajar semua? Mana nak kejar sales & marketing, mana nak kejar bina & jaga team, mana nak deal dengan supplier dengan pelbagai ragam, mana yang nak kejar due date, management kewangan dan lain-lain yang sebenarnya kapasiti perniagaan perlu dijaga sebaiknya.

Jadi siapa nak berjaya uji dari bawah dan besarkan kapasiti perniagaan dengan belajar ilmu-ilmu perniagaan sedikit demi sedikit. So, siapa kata dropship tak boleh berjaya?

Tukar cara pikir mindset, dan mula upgrade. Nak tahu tak saya ni lambat tau upgrade, saya selesa jadi dropship terlalu lama, kerana saya takut. Alhamdulillah ada suami yang tukar mindset saya. 

“Sampai bila awak nak sibuk ambik order lepas customer order?"
"Kenapa tak sediakan stock?”
“Saya pernah pegang stock banyak tak jalan, so saya tak nak ambik risiko“
“Mana ader perniagaan yang takder risiko. Dulu awak bermula besar awak rasa beban, sekarang ni hari-hari awak ader order, ader customer dan awak dah tahu rentak.. modal lah beli stock, awak dah tahu permintaan banyak mana .. awak dah tahu games nya“

Tercabar dengan kata-kata suami, saya buat keputusan besarkan kapasiti dan mula berani terus membesar, dan akhirnya besarkan mengikut kemampuan saya dan kesungguhan saya.

So, siapa kata dropship seperti saya tak boleh berjaya dan paling best sekali suruh suami berhenti berniaga pasar dan buat perfumes bersama bila dah membesar kerana saya perlukan orang yg berpengalaman dan tahu selok belok perniagaan untuk team Dexandra.

Saya jadi founder selepas hampir 10 tahun sejak saya di bangku universiti berniaga. Cerita pasal kejatuhan 3 tahun berniaga saya jatuh teruk dan saya mula berniaga secara kecil kecilan as dropship.

Cuma apa beza saya menjadi dropship berbanding orang lain waktu tu hanya perniagaan sahaja mampu bayar hutang saya. Kalo kejer saya tak mampu. Tekanan besar dan mindset saya cakap saya wajib berjaya besar jadi jutawan. Saya kaji pesaing saya buat lain dari yang lain dan saya all out giler-giler kejer saya dari pagi sampai petang kadang sampai malam tengokk laptop berniaga online dan tengok sinetron kul 3 heheh... tu jerlah.

Saya yakin jika kita percaya sebelum berjaya kita mesti berjaya. Big mindset big heart. u will make it. Insyaallah. Yang penting mak ayah suami redha dan memberi sokongan sepenuhnya. Allah bantu sedikit demi sedikit insyaallah. 

Kalo nak achived target awal-awal dah kata susah, sorry to say sampai bila alasan susah tu menjadi kebiasaan buat kita utk berkembang 


So sekarang sama-samalah kita all out. Kejer sekarang ni saya jumpa orang sana sini meeting. Lain pulak dah kejer bila dah membesar... polish otak untuk berfikir dan buat keputusan lebih besar. Perjalanan saya masih panjang, tapi kalau awak takut nak kejar jangan berani masuk dunia perniagaan.

Wednesday, April 11, 2018

April 11, 2018

4 Tips supaya Perfume Tahan Sepanjang Bau

Bila pakai perfume, kita mesti berharap agar perfume yang kita pakai boleh tahan sepanjang hari. 

Ada 4 tips supaya perfume tahan sepanjang hari yang kita boleh cuba!





Lembabkan kulit dengan lotion atau pelembab, terutamanya kepada anda yang mempunyai kulit jenis kering.




Spray perfume pada points tertentu (rujuk gambar)




JANGAN gosok lepas spray. 
Ini kesilapan besar yang ramai orang buat!




Simpan perfume di tempat yang bersuhu sesuai.


Selamat mencuba!

Tuesday, April 10, 2018

Restoran Western Food Sedap di Nilai, Negeri Sembilan

Kat Semenyih susah sangat nak dapat tempat makan sedap. Kalau nak layan tekak, kena pegi keluar dari Semenyih. Antara tempat yang dekat ialah kat Nilai. Hari ni Kak Ayu nak share dengan korang, restoran western food yang sedap dan ada pelbagai pilihan makanan dengan harga yang sangat berpatutan!

Nama restoran tu ialah Marlboro Steak Restaurant. Senang jer nak cari Marlboro Steak Restaurant ni, sebab ia berdekatan dengan Tesco Nilai dan bertentangan dengan Dataran Nilai. Kalau waktu malam memang senang sangat nampak dari jalanraya sebab restoran ni penuh bercahaya gitu.


Kak Ayu dah 4 kali datang makan kat sini.
Ni gambar Marlboro Steak Restaurant.



Banyak tempat duduk, di bahagian dalam dan luar restoran.
Biasanya memang meriah sangat kat sini.



Ratu Bono menanti dengan sabar hidangan sampai. Perasan la tu makanan untuk dia ada jugak haha!



Bila makan kat sini, kitorang selalu order grilled chicken.
Selalu rasa tamak tu datang tau, nak tapau burger. Tapi bila dah makan grilled chicken ni, terus setan tamak nak tapau tu lari bertempiaran. Kenyang ok! Sebab portion dia besar!



Bila anak-anak dah besar, makan pun sorang sepinggan dan segelas.
Ini kalau makan kat Secret Recipe, mau beratus-ratus habis. Tapi kat sini cuma dalam RM60+- ajer untuk 4 grilled chicken dan 4 air (gelas besor), Tapi air selalunya semua tak abes minum. Disebabkan kami tak suka share-share minum, order la sorang satu. Maka pembaziran berlaku, jangan tiru okey!



Buat penghias kerusi. Setiap kali duduk atas baby chair, macam ni la gaya dia :P


Okey, korang. Kak Ayu rekemen sangat Marlboro Restaurant ni untuk korang sekeluarga kunjungi. Selamat menjamu selera!

Friday, April 6, 2018

5 Tips Bagaimana untuk Tenang

Seringkali kita rasa hidup ni susah untuk tenang. Kesedihan dalam hidup memuncak. Hidup zaman sekarang, kita terhimpit dengan cabaran yang tak putus-putus. Paling utama soal duit. Semua tu selalu buatkan hidup kita bertambah stress, resah, gelisah dan serabut habis. Ye lah kan semua benda dalam dunia ni perlukan duit.


Ini ialah antara 5 tips bagaimana untuk tenang:

1. Zikir
Sentiasa ingat Allah melalui zikir. Tanamkan dalam diri untuk sentiasa berzikir sama ada dalam lisan atau perbuatan. Hanya dengan ingat Allah sahaja hati kita akan tenang.


2. Solat
Solatlah dengan khusyuk dan tenang. Jaga solat lima waktu di samping solat-solat sunat. Melalui solat kita dapat dekatkan diri dengan Allah. Melalui solat juga kita dapat mengadu keluh kesah kita dengan Allah sebab cabaran-cabaran dunia yang menghimpit. Solat akan buatkan hati kita tenang.


3. Sabar
Sedarlah setiap kepayahan dalam hidup ni sebab Allah nak uji iman dan takwa kita kepadaNya. Allah tidak menguji hambaNya melainkan sesuai dengan kemampuannya.


4. Yakin terhadap pertolongan Allah
Saat kita hadapi kesulitan, ingatlah semua yang terjadi Allah sudah aturkan yang terbaik buat kita. Yakinlah Allah akan menolong kita saat kita bertawakal penuh dengan Allah SWT.


5. Mengakui kekuasaan Allah
Kita adalah makhluk yang lemah. Tiada daya. Kita harus sedar bahawa tiada yang lebih berkuasa melainkan Allah. Tidak bergerak satu zarah melainkan dengan izinNya. Kita akan jadi tak tenang jika kita fikir melalui kudrat manusia. Kuasa Allah melebihi kudrat dan logik akal kita.


Serahkan sahaja segala masalah kita kepada Allah. Jiwa akan jadi tenang. Sebab kadang-kadang kita tidak akan mampu kawal semua masalah yang jadi dalam hidup kita. Ada benda yang kita tak mampu kawal. Jadi ia perlu diserahkan kepada Pemilik Masalah. Iaitu Allah.

Silakan share jika bermanfaat

Credit: Wall FB Sanura Yazid c&p.

Thursday, April 5, 2018

April 05, 2018

Nama Lama dan Nama Baru Dexandra Perfume

Saya tau, ada di antara kita yang confuse dengan penjenamaan semula (re-branding) Dexandra. Nama-nama baru, yang woww glam gitu hehe, pasti ada yang rasa eh ehh, apa ke susah nak sebut ni, ehhh ehh bau dia sama lagi ke tak dengan yang botol sebelum ni. 



Haaa... Korang jangan risau! Bau masih sama, cuma nama saja di tukar! TAPI yang bestnya ialah pati dan formula perfume Dexandra yang baru jauh lebih pekat dan tahan lama. InsyaAllah puas hati sangat!


Jom kenali nama baru Dexandra nanti senang nak beli :P




Setakat hari ini, ini saja list Dexandra yang dikeluarkan. Yang lain, masih belum ada atau mungkin takkan disambung dah pengeluaran tu. Itu semua keputusan daripada HQ. So, buat masa ni kita beli jer dalam senarai yang ada ni. Ini semua bau-bau hot selling!


Oh yer, jangan susah-susah sangat nak hafal, kalau tak dapat nak hafal pun, takper. Masa nak beli tu, boleh jer bagitau saya nak beli bau apa dengan sebut nama lama. Nanti saya tolong uruskan semakan stok. 


Boleh WA atau Telegram:
Ayu Rashid | 019 - 989  8341



Wednesday, April 4, 2018

April 04, 2018

Happy Birthday Hariz & Ayra!

Letak gambar jer la hehe. Masa gambar tiup kek banyak dalam telefon Nizam. Ni share mana yang ada dalam tepon Kak Ayu jer. Gambar Hariz sorang pun takder, susah nak suruh bergambar sekarang. Boleh la buat kenangan mana gambar yang ada. Gambar pun letak tak ikut turutan, asal boleh jer huhu.




















Semoga Hariz & Ayra jadi anak soleh dan solehah, berjaya dunia akhirat, diberikan kefahaman tentang Islam dan dirahmati Allah selalu. Amin.

Tuesday, April 3, 2018

Fabric Mist Mewangikan Pakaian seperti di Kedai Dobi!

Setiap hujung minggu, dah jadi rutin kita sebagai mak-mak untuk iron baju sekolah anak untuk seminggu terus! Eh, ini kalau diri sendiri tak kerja dan suami kerja takyah pakai pakaian ber-iron la. Kalau yang diri sendiri dan suami berpakaian yang kena iron, bertambah lagilah timbunan pakaian nak kena iron. Okey, sila gigih haha.


Untuk Kak Ayu pulak, just iron pakaian sekolah 2 orang anak jer. Dedua tu sekolah sesi pagi dan petang. Jadi untuk sehari  4 pasang, kecuali bila hari PJ takyah pakai uniform. 






Hari ni bukan nak cerita pasal iron baju sebenarnya, tapi nak share dengan korang macam mana nak merasa pakaian sekolah wangi dan kita boleh amik feel macam kat taman bunga gitu masa dok iron baju tu haaaa. 

Ini dia... produk yang Kak Ayu guna!

 Fabric Mist by Lyns



Yang Kak Ayu tunjuk dalam gambar ni ialah bau Flora. Ada 2 jenis bau iaitu Flora dan Escape. Escape bau epal hijau, while Flora bau bunga rose. Dedua best, tapi kalau nak bau lagi tahan lama dan kuat, Kak Ayu prefer Flora. 

Tiap-tiap kali nak iron baju, Kak Ayu akan spray dulu kat semua baju yang nak iron. Nak kasik bau baju wangi, dan bilik tempat iron baju tu semerbak baunya. Memang sempat la layan perasaan setengah jam masa iron baju tu, sebab siap pasang lagu kat hp & on ekon dan kipas siling. 


Inilah masa nak berangan aka me time!, sebab Kak Ayu akan iron baju petang Ahad (kalau tak balik kampung) atau petang Jumaat (kalau nak balik kampung), iron siap-siap. Ayra tinggal kat bawah kat papanya atau Dania Hariz. Memang waktu iron baju adalah waktu yang aman damai hahaa. 


Sebab tu memang heaven sangat bila spray Fabric Mist by Lyns masa iron baju! Kan ke wangian tu sejenis terapi, so memang sesuai sangat dengan Kak Ayu yang memang suka pada benda-benda wangi. Kekadang tu, bila dah siap iron baju, boleh lagi bergolek atas katil berehat, depa bukan tau dah siap iron baju, sebab depa kat bawah haha. Sekali-sekali dapat rehatkan badan berangan sesorang memang bestnya lahai. Dah ada baby, bukan senang nak dapat masa santai untuk diri sendiri. 


Ini packaging lama tau, sekarang dah ada packaging baru  yang lebih cantik. Tengok gambar kat bawah ni haaaaa.




Packaging baru. Cantik sangat!




Belanja 1 testimoni :)



Kalau korang nak pakaian wangi macam baru bawak balik dari kedai dobi, korang mesti cuba Fabric Mist by Lyns ni tau. Berbaloi-baloi beli tau, sebab bukan spray kat baju jer boleh, tapi kat sofa, langsir, tilam, bantal, dalam almari, rak kasut, kereta dan memana saja la yang kita rasa ada bau tak menyenangkan atau kita nak jadikan suasana wangi dan selesa!



Kak Ayu tak jual fabric mist ni tau. Korang kalau nak beli boleh contact Kak Mawar macam details kat bawah ni:




Till then, selamat mewangi dengan Fabric Mist by Lyns samada Flora atau Escape atau nak senang amik kedua-duanya sekali hehe. Jangan lupa, contact Kak Mawar tau, bagitau dia dapat info dari Blog Kak Ayu Rashid :P

Monday, April 2, 2018

April 02, 2018

Skeenz Balm Tasneem Naturel... Kini Dilancarkan!



Pelancaran Skeenz Balm Tasneem Naturel 
Pada 2 April 2018, jam 10.00 pagi.




70 orang pertama akan mendapat hadiah misteri!
Jadilah antara 70 yang bertuah ini.


Harga pengenalan Skeen Balm:
RM55 RM49 
selama 3 hari sahaja (2.4 - 4.4.2018)


Whatsapp / Telegram:
Ayu Rashid | 019 - 989 8341