Thursday, April 26, 2018

Live Update| Spring Cleaning

Hai. Kembali bersiaran selepas privatekan blog lebih kurang seminggu. Ingatkan nak kasik korang rindu nak mekap blog, tapi nak on laptop pun langsung tak sempat dan takder mood. 

Dalam seminggu dua ni, Kak Ayu tengah buat spring cleaning kat rumah. Minggu lepas dah setel dah kat dapur, rak-rak bawah stor dan rak pakaian anak-anak. 

Harini, dan sedang berlangsung... spring cleaning bilik-bilik. Ni dah penat duduk bersila lipat kain, sorting mana yang nak pakai lagi, mana nak buang dan mana boleh sedekah. Ayra tengah tidur kat bawah, bertemankan kakaknya yang ponteng sekolah agama! Ayra, kalau dengan kakak atau dengan papanya, elok jer tak manja mengada. Itu yang boleh buat kerja dengan aman damai. Tapi, hp tinggal kat bawah, sebab kalau ada hp sekali dengan Kak Ayu, memang tak jadik keje la hahhaha.

Ini pun bawak naik laptop sebab nak pasang lagu, nanti boring pulak sunyi sepi kan. Maka, mengemaslah Kak Ayu bertemankan lagu-lagu raya hahah. Amik mood nak berpuasa, beraya dan berpilihanraya hihi.

Okey, ni gambar masa sebelum mula mengemas tadi. Harap bila dah siap nanti, kemas semua bilik, nak deko-deko sikit bilik ni. Sebab InsyaAllah Nek Jah nak datang berpuasa kat sini. Maka, nak bagi keselesaan untuk Nek Jah, lagi-lagi untuk beribadat dibulan Ramadhan Kareem. Semoga ada kesempatan kami berpuasa dan beraya bersama dalam keadaan kami semua sihat walafiat. Amin.




Okey, kalau korang nak order Dexandra Perfume, atau nak join Dropship boleh terus WA 019 - 989 8341. Maybe Kak Ayu jarang update blog dan FB, sebab nak bagi sikit masa untuk diri sendiri dan keluarga. Apa-apa, just carik kat WA yer.

Till then, have a good day dan sayang korang semua kerana Allah. Bye!

1 comment:

Shafyqah Azry said...

sha selalu jugak mengemas macam ni, letih dia lain macam tapi bila nampak kemas semua rasa bangga haha