Monday, April 30, 2018

Relax, Refresh & Recharge

Harini dah 30 April 2018. Lagi 9 hari nak PRU, dan lagi 17 hari nak sambut Ramadhan. Terasa cepat masa berlalu, hari-hari kehidupan semakin bosan dan meletihkan. Bila duduk muhasabah diri semula, kenalah aku ni rasa boring sangat? Dan jawapan yang datang ialah sebab tinggal kat sini. Yang lain, semua dilalui seadanya. Tapi nak buat macam mana, berdoa ajer la semoga dapat keluar dari sini. 


Dalam minggu lepas, Kak Ayu dah decide untuk rehat dari bisnes Tasneem Naturel Balm. Sebab apa? Sebab macam bisnes Ronella dulu, tak boleh nak commit. Kak Ayu jenis orang yang buat kerja nak ber-prosedur. Tapi, bila dah tak boleh buat macam tu, jadi hilang semangat, susah hati dan rasa useless sangat bila almost everything tak boleh nak buat dengan baik.


Bukan takder orang nak beli, dapat contact prospect dari IG mostly. Tapi, dorang pulak kebanyakan jenis tak menyempat. Nak COD. Agak-agak berbaloi ke nak COD 2 botol balm dari Semenyih ke Sungai Buloh! Even dibayar COD caj pun, memang kem salam la, tak dapat la nak berbuat demikian. Lagi pun, terus terang cakap, Kak Ayu tak minat dan tak suka bisnes nak COD. Pos sahaja, dan orang datang rumah pun Kak Ayu tak nak. Hahhaa, matik ler meniaga macam ni! But, my bisnes is my rule, as long as im comfortable with it. Ada rezeki ada la, takder takper. Tak guna bisnes sebab nak kejar sale, but after all, bila kira semula hanya dapat penat dan untung tak seberapa atau lagi haru kalau rugi terus.


Mana-mana bisnes Kak Ayu tak buat COD. Ini bukan nak kata berlagak atau taknak usaha lebih, tapi setiap orang ada style masing-masing. Kalau dapat customer memahami dan sabar, alhamdulillah. Kalau tak sabar, silalah dengan segala hormatnya carik agent lain yang bagi khidmat COD. Kadang-kadang Kak Ayu pass pada sideline, so sesaper yang masih meniaga Tasneem Naturel, sila berbaik-baik dengan i okey hahahha. 


So, bila dah lepaskan bisnes Tasneem Naturel ni, iaitu dengan bagitau pada stokis, rasa lapang dada. Lepas ni, fokus jer la dengan bisnes Dexandra. Malas dah nak pikir benda lain. Dan, nak fokus blogging jer la. Buat mana yang sempat, kalau tak sempat, just biarkan ajer.



Actually, dah 3 minggu Kak Ayu cuba lari dari rutin biasa. Eh, takder la lari mana pun, dah sah-sah jadik surirumah ni aktiviti sama jer hahhaa. Tapi, at least bila dah lepaskan apa yang tak mampu nak buat, hati ni rasa tenang jer, sebab takder benda dah nak fikir kena kejar masa untuk buat. Haa, kejar masa sangat, by the time anak tidur, Kak Ayu tumpang tidur sama hahaa. Kalau tak tidur pun, baring sebelah dia sambil layan IG hhihii. Ahhh. Life is beautiful uols. Dah lama tak menikmatinya. Terlalu mengejar duniawi, sampai menyesak dada. Padahal, bukan tak cukup pun apa yang Allah dah bagi, tapi tu la, tamak kot haahaa. Kalau tak pikirkan komitment yang masih ada, nak jual dexandra pun dah malas hihihi. Blogging tetap nak buat, sebab blogging ni hobi dan terapi. Takder hal!


Sebab tu dalam 2 minggu lepas, Kak Ayu pulun buat spring cleaning kat rumah. Bermula dari ruang tamu, dapur, rak-rak bawah stor, bersambung pulak kat ketiga-tiga bilik. Finally dah siap kelmarin. Ya Allah, seronoknya tengok rumah dah kemas. Eh, tak sepenuhnya kemas lagi sebab mana-mana pakaian yang boleh sedekah masih ada kat rumah lagi. Tunggu minggu ni nak masuk kotak. Pastu, kalau balik PRU, boleh bawak balik Besut terus, else kalau tak balik, bawak jer masa raya nanti. 


Nanti dah siap kemas semua, sebelum bulan puasa, ingat nak pasang langsir siap-siap, nak basuh sarung sopa dan nak kemas-kemas beranda sikit. Nanti dah bulan Ramadhan semua dah siap. Hati banyak gumbira dan senang hati bila rumah dah bersih. Kalau mak datang puasa kat rumah, mesti seronok dapat berpuasa sama-sama. Ya Allah, indahnya dunia ni. Banyaknya nikmat Allah dah bagi, tapi kenapa masih mengharapkan yang takder, kan?



So, korang macam mana? Kadang-kadang kita ni penat tak menentukan? Sampai kita lupa betapa pentingnya kita hargai diri kita dulu. Jangan paksa diri buat perkara yang beyond our limit. Kita push diri kita melampau-lampau. 


Tak salah kita usaha lebih, tapi after all kalau boleh buatkan diri kita tak sihat (fizikal dan mental), boleh jejaskan hubungan dengan keluarga, boleh jadikan kita sentiasa serabut.... tak guna pun semua tu. Aura negatif akan sentiasa berlingkar disekeliling kita. At that time, kita tak nampak dah benda positif atau yang kita sepatutnya syukuri. Kalau macam tu, macam mana rezeki nak datang? Dan, macam mana kita nak selalu bersyukur dengan sebenar-benar syukur?


Semoga apa yang Kak Ayu lalui ni, korang tak lalui jugak. Tapi, kalau kita dalam "kasut" yang sama, jomlah kita cuba keluar dari belenggu sebegini. Hidup ni terlalu singkat untuk kita gundahkan hal duniawi. Biarlah kita kejar akhirat, semoga dunia pulak yang termengah-mengah mengejar kita!


Till then, selamat tinggal Apri 2018, dan selamat datang Mei 2018. Nak order Dexandra Perfume atau nak join bisnes boleh contact Kak Ayu. Modal nak jadi Dropship RM150 sahaja! 019 - 989 8341


Images source: Google

2 comments:

Shafyqah Azry said...

sha pun pernah jugak mcm kakayu, busy untuk benda lain sampai takdak masa untuk diri sendiri, muka takyah cakap la, orang asyik tanya kenapa muka asyik sedih je (muka letih) lepas tu sha berehat sebentar bersama kitkat, lupakan mediasosial, hidup dengan dunia sebenar, fuh lain mcm bahagia dia. yang bab cod tu sha taksuka jugak, for me by pos lg senang kot

Rahayu said...

Sha tq for comment dan sharing. Selamat menyambut ramadan kareem dan salam perkenalan 😊