Thursday, May 31, 2018

May 31, 2018

RINDU!

Hi semua. 

Fuh fuh fuhh. Sejak Ahad lepas, tetiap hari masak oiii. Itu yang takder daya upaya nak on laptop nak buat kerja, walau hanya nak update blog! Haaa, dasat tak dia punya kepenatan masak tu? Macam la masak sekawah tetiap hari untuk 4 jenis lauk hahaa. Biasa la, Kak Ayu bukan ratu di dapo. Kak Ayu cuma ratu di depan laptop sahaja. Kalu masuk jer bab masak, daku memang outtttt!


Sejak Ahad lepas, mak dan adik datang sini. Akan stay sini sampai kami sama-sama balik raya nanti. Maka, bertabahla. Hari-hari kena masak. Kalau time nizam ada kat rumah okey lagi, boleh la dia belikan kuih ke, tapi bila dia keja, memang kena jugak la buat kuih ke, pengat ke (masak sesama dengan mak). Kesian pulak kalau takder makanan manis. Orang tua kan, kalau puasa mesti nak manis dan nak terus makan nasik.


Kalau kitorang, just makan mee, meehun untuk berbuka. Kalau masak nasik pun tak terus makan. Dania, kalau dapat kebab, memang dia lupa nasik terus. Memang tak kalut nak masak nasik bagai untuk berbuka. Memang masak jugak, tapi biasanya masak untuk makan sahur. Atau, saper nak makan nasik masa berbuka atau sebelum tidur, silakan.


Pastu, hari-hari kena fikir menu apa nak masak! Dah la kosa kata menu masakan yang kak ayu reti dok ulang tayang yang sama. Pastu, mak pulak takleh makan sebarang sebab ada makanan yang mak kena pantang. Maka, berhuhuuhuu la kau Ayu. Bertabahlah sekali lagi.


Rindu sangat nak menulis kat sini. 

Kekangan masa sangat-sangat. Ayra pulak, sejak ada nenek dan ayah su, dia jadi makin merap pulak. Biasa boleh jer biarkan dia kat luar layan tv. Ini memang melalak la merangkak carik mama kat dapur. Aduiii. Nak on laptop lagi la tak boleh. Ini pun tadi masak awal. Terus on laptop bila dia dah nap. 

Sekarang ni, kak ayu memang rehat aktiviti bisnes. Malas nak pikir. Biarlah apa nak jadi pun. Rasa memang tak larat dan muak sangat. Rehat jer la, asalkan dapat khatam quran sebelum raya ni dah syukur alhamdulillah. Pasal duit dan bisnes tu, lepas raya haji baru pikir semula. Haha, kemahen, raya haji terus tu. Naper tak sambung sampai Krismas terus haha.



Bestnya bila dapat menulis ni. Walaupun ntah apa apa, tapi best sebab dapat meluah apa yang terpendam. Lately ni memang cepat betul rasa stress, sebab letih agaknya. Mana tak letihnya, bila satu rumah nak kena lap dan mop gegila sebab tiles kat depan bilik atas meletop pecah hujung bulan April lepas. Berminggu tabah bermandi habuk. Baru jer weekend pertama puasa pasang baru. Macam-macam hal kat umah ni jadi. Lepas satu, satu. Apelah yang takder luck sangat dok sini.



Eh, tu jer la nak taip. Panjang dah ni. Ada nak share entry deko-deko, langsir, pokok... maklumlah nak raya ni kan. Nanti ada masa kak ayu share yer. Tak janji, dan seperti biasa kak ayu cuma mampu memberikan janji manis saja haha.

T E A S E R


Till then, selamat berbuka puasa dan dah shopping raya ke?

Friday, May 25, 2018

May 25, 2018

5 Tips Tarik Rezeki

Assalamualaikum, Salam Jumaat korang. 


Harini Kak Ayu nak share 5 tips untuk tarik rezeki. Kak Ayu dapat sharing ni daripada bacaan di yang kawan-kawan di FB share, so nak panjangkan ilmu ni kat sini. 


5 tips untuk tarik rezeki:

1. Solat taubat
2. Baca surah Al-Waqiah setiap hari
3. Solat sunat sebelum subuh
4. Solat dhuha setiap hari
5. Istighfar 100 kali


Image Source: Google

Mungkin mula-mula kita rasa susah nak buat, atau kita buat sebab nak rezeki melimpah-ruah. Tapi, tak salah untuk kita bermula. Bukan mudah mencari ikhlas. Kita kena bermula. Tapi, percayalah... lama-kelamaan bila ia dah jadi rutin, kita akan mula merasa betapa nikmatnya buat tips-tips ini. Mungkin boleh cuba sikit--sikit dulu. 


Contohnya solat Dhuha. Mulakan dulu dengan 2 rakaat saja. Amalan yang konsisten walaupun sedikit, adalah lebih baik daripada buat banyak tapi jarang-jarang. Nanti, slow-slow tambah kepada 4 rakaat...  rakaat dan seterusnya. Buat 4 rakaat pun dah memadai, InsyaAllah.


Sama jugak dengan lagi 4 tips yang lain tu, kita cuba buat secara istiqamah. Bila dah biasa, tak rasa beban pun, malah rasa rindu dan kosong jiwa kalau tak buat. Kalau tak caya, korang cubalahhhh.


Semoga ia bermanfaat untuk kita semua, InsyaAllah. Sehingga berjumpa lagi, selamat berbuka puasa dan selamat berhujung minggu :)


P/S: Alhamdulillah, harini dah Ramadan ke-9!

Wednesday, May 23, 2018

May 23, 2018

KABINET MALAYSIA 2018

Takder niat nak share isu politik ke apa, sebab Kak Ayu hormati dan raikan pegangan politik, pendapat dan pilihan masing-masing. Kak Ayu pun tak balik mengundi pada 9hb Mei 2018 lepas, sebab kekangan kewangan dan masa sebab PRU tu hari Rabu, tengah-tengah minggu. Biarlah orang nak kata apa pun, tapi memang dah tak boleh nak ejas dah. 


Perkara macam ni, sungguh pun kita tak minat, tapi kena jugak ambik tahu, sebab ia sebagai pengetahuan umum dan hak kita kepada diri sendiri, keluarga, masyarakat, agama dan rakyat Malaysia. Yang ada anak bersekolah dan belajar lagi, pasti teruja dengan Menteri Pendidikan yang baru, kan? Sebab Kak Ayu memang fokus nak tau, siapa Menteri Pendidikan dalam senarai Menteri Kabinet Malaysia. 


Wah, gitu mukadimah hahaha. Dah macam baca Malaysia Kini ke tak? Hihihi. Harini ni sebenarnya just nak share senarai Menteri Kabinet Malaysia 2018 yang telah ditetapkan setelah mendapat kelulusan daripada Yang diPertuan Agong. 



Senarai Menteri Kabinet Malaysia 2018

Perdana Menteri: 
Tun Dr Mahathir Mohamad

Timbalan Perdana Menteri & 
Menteri Wanita dan Pembangunan Keluarga:
Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail

Menteri Kewangan:
Lim Guan Eng

Menteri Dalam Negeri:
Tan Sri Muhyiddin Yassin

Menteri Pertahanan:
Mohamad Sabu

Menteri Hal Ehwal Ekonomi:
Datuk Seri Mohamed Azmin Ali

Menteri Pengangkutan:
Anthony Loke Siew Fook

Menteri Pendidikan:
Dr Maszlee Malik

Menteri Komunikasi dan Multimedia:
Gobind Singh Deo

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani:
Salahuddin Ayub

Menteri Pembangunan Luar Bandar:
Lina Harun

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan:
Zuraida Kamaruddin

Menteri Tenaga Manusia:
M. Kulasegaran

Menteri Kesihatan:
Dr Dzulkefly Ahmad



Apa pun, tahniah buat yang menang dan berjaya membentuk sebuah kerajaan baru. Besar tanggungjawab dan amanah yang diberikan. Dan, buat yang kalah, especially Barisan Nasional, semoga dapat sama-sama muhasabah kenapa rakyat hilang kepercayaan. 5 tahun lagi, kalau tak ok kepimpinan sekarang, tak mustahil ia akan bertukar semula, kerana suara rakyat dan kebangkitan rakyat dalam satu era yang sangat mengejutkan.


Kita sebagai rakyat pun ada tanggungjawab masing-masing. Jangan jer berharap semua kerajaan nak buatkan untuk kita. Kalau kerajaan ajer bertukar, tapi mentaliti kita tetap sama... apalah gunanya jugak. Untuk ubah dunia, kita kena ubah diri kita dulu!

Till then, semoga Malaysia terus makmur, aman damai, dan kita semua inginkan yang terbaik untuk semua. Jangan cetuskan isu perkauman. Tak kira apa pegangan agama dan bangsa, kita bernaung di bawah langit yang sama, dan jugak berpijak pada bumi yang sama. Elakkan diri dari jadi keyboard warrior. Social media zaman sekarang sangat menakutkan! 

Tuesday, May 22, 2018

May 22, 2018

Resepi Tumis Belacan atau Budu untuk Nasi Kerabu

Bila bulan Ramadan, antara menu yang popular ialah nasi kerabu. Bukan ajer orang Pantai Timur yang suka makan nasi kerabu, tapi rata-rata penduduk kat Malaysia ni suka makan nasi kerabu. 

Tapi...
Nak jumpa nasi kerabu yang bebetul sedap memang susah sangat sejak duduk Semenyih. Kalau kat Shah Alam dulu, kat pasar malam dan bazar Ramadan flat PKNS Seksyen 7 ada makcik dari Kelantan jual. Macam-macam menu dari Kelantan ada. Memang syorgaaa dunia sangat. Rindunya Istana Kayangan huhu.



Hari ni, Kak Ayu nak share rahsia untuk menikmat nasi kerabu yang sedap, iaitu tumis belacan atau budu!

Kita boleh buat tumis ni samada letak budu atau belacan. Jangan pulak korang derhaka pada resepi, nak letak dedua bahan ni sekaligus, kang ntah macam mana pulak la rasanya hehee. So, boleh cuba dedua jenis ni, tapi pada kuali atau masa yang berlainan. Rasanya hampir sama jer, sebab bahan-bahan dan cara masa sama ajer, yang bezakan cuma samada letak budu atau belacan saja.





Resepi ni yang Kak Ayu belajar dengan mak Kak Ayu tau. Tak tau la versi lain macam mana. Tapi, pada tekak Kak Ayu sedap, dan inilah yang jadi bahan penting dalam nasi kerabu yang mak Kak Ayu buat. 

Bahan-bahan:
Belacan atau budu (sedikit jer, jangan letak seketul atau sebotol pulak haha)
Santan pekat
2 batang serai - diketuk manja
Sedikit halia
Asam keping
Garam
Gula

Bawang merah 
Cili kering
*2 bahan ni blender bersama


Cara memasak:
1. Blender bawang merah dan cili kering.

2. Masukkan semua bahan (kecuali garam dan gula) dalam periuk atau kuali.

3. Masak dengan api perlahan, sentiasa kacau supaya tak berketul-ketul.

4. Kacau sehingga kuah tumis pekat dan naik minyak.

5. Masukkan sedikit garam dan gula.

6. Siap untuk dihidangkan.

*Garam jangan letak banyak, sebab belacan atau budu tu dah masin. 

NOTA:
Anggaran bahan-bahan banyak mana nak letak tu, pepandai la yer. Macam biasa la, resepi Kak Ayu ni, manada nak kasik sukatan berapa hahaa. Sebab i ni jenis masak main campak-campak ajer. 


Tumis belacan atau budu ni memang rahsia nasi kerabu jadi sangat sedap. Tumis ni sedap jugak dimakan dengan nasik biasa, memang bertambah-tambah la makan. Tapi, kat rumah ni, setahun sekali belum tentu buat, sebab Kak Ayu sorang jer makan. Nizam manada nak makan makanan macam ni. Dania jer makan nasi kerabu. 

Korang boleh la cuba masak tumis belacan atau budu ni tau. Kalau tak pasti pasal resepi ni, boleh la wasap Kak Ayu hehhe. Ewah, dah fefeling Azie Kitchen pulok hahhaa.

Till then, semoga resepi ni bermanfaat untuk kita semua. Muahhhhh!


P/S Gambar daripada Google Image. Nanti bila Kak Ayu masak tumis ni, Kak Ayu snap gambar dan share dengan korang yer. InsyaAllah, minggu depan boleh la buat nasi kerabu, mak Kak Ayu nak datang sini, dapat la masak dengan dia :)



Friday, May 18, 2018

May 18, 2018

PROMOSI RAYA 2018 DEXANDRA

Haaa... ni mesti korang tertunggu-tunggu kan? Maklumlah, harini kan dah masuk hari kedua Ramadan 2018, Dexandra takda  buat apa-apa promosi ke sempena Hari Raya Aidilfitri 2018 ni?



Ada! 
Mestilah ada! 

Tapi, promosi kali ni mungkin takder sale (diskaun harga produk), TAPI... Dexandra akan berikan something yang lagi special dan RARE. 

Tagline pun lain dari biasa iaitu: #RareBarulahRaya

So, nantikan update seterusnya daripada Kak Ayu untuk promosi Dexandra #RareBarulahRaya. 

Apa agaknya yang menarik untuk semua penggemar Dexandra Eau De Parfume.

TUNGGU...
May 18, 2018

Ramadan 2018

Lama tak menulis kat sini. Entry semalam tu pun just copy paste ayat dan gambar dari page Dexandra HQ. Punyalah malas tak menyempat nak fikir ayat apa nak tulis, padahal nak ucap selamat berpuasa jer pun :P

Gitu la bila dah lama tak blogging, nak dapatkan momentum semula tu memang ya ampunnnn, bercinta okey! Ini gigihkan jugak semangat buat schedule post untuk esok! Bila Ayra dah tidur, terus on laptop. Dapat siap entry Salam Ramadan untuk dua blog (eleh copy-paste jer haha), then terus update entry ni pulak. Kalau harapkan esok pulak nak update blog, rasanya memang tak laaaa. Maka, gigih la menaip ni haaaa. 

Semalam korang berbuka puasa, masak ke tunjuk-tunjuk ajer? Hehe, Kak Ayu tunjuk-tunjuk jer, kat bazar Ramadan dekat dengan area Kolej MARA kat Beranang. Kitorang selalu pegi situ jer, tak crowded sangat. Tadi pun, Dania & Ayra dok dalam kereta jer sebab hujan renyai-renyai. Dapat la kitorang laki bini berjalan seiring dan sejalan, seindah bunga di taman lelaju beli makanan. 

Memang terasa mahalnya makanan kat bazar. Hmmm, nampak gayanya kena masak la lepas ni. Sekali-sekala jer boleh beli, itu pun kuih-kuih ajer. Nasik dan lauk kena masak. Pengsan kalau asik nak membeli ajer. Eh, itu pun kalau rajin masak la hahaha. Harapnya begitu laaa. Gigih tau share resepi kat FB hahah! Pantang tengok resepi, terus share. Padahal, buatnya tidak, ahaks!

Menu sahur yang kami akan makan sahur nanti (ni menaip sebelum tidur, so kiranya bila korang baca dah jadi ayat: ni menu yang kami makan sahur pagi tadi). 

Dania taknak makan nasik. Nak makan roti sambal bilis jer. Kak Ayu, nak makan roti ngan nutella dan jugak nasik lauk sardin pedas letak daun limau purut selai dan perah limau kasturi. Nizam la nak makan lauk sardin, so layan jer. Haa, senang sangat menu sahur kitorang. 

Tak berkesempatan lagi nak beli buah kurma, serunding ayam dan daging, sambal ketuk ke, sambal bilis tempe kacang tanah ke, sambal hitam ke... tak berjalan ke mana-mana lagi. Tunggu la weekend ni carik lauk segera macam ni. Lagi selera.

Eh, tapi... kalau mak jadi datang sini... kenalah masak lauk jugak! Tak sampai hati lak nak bagi mak makan lauk cenggini hahaha.

Apa pun, bulan Ramadan 2018 ni, berazam nak khatam al-quran macam tahun-tahun lepas. Nanti kak ayu share macam mana cara kak ayu tadarus yer. Cara simple jer, tapi alhamdulillah berkesan dan sempat khatam sebelum raya. Dan, takder rasa stress pun dengan cara ni, malah sesuai untuk wanita yang ada baby. 

Pastu, kalau rajin dan berkesempatan, kak ayu share pasal deko-deko raya. Walaupun bukan dari rumah sendiri haha. Raya tahun ni takder beli apa-apa. Takdok bajet untuk deko-deko uols. Maka, dok dediam sudah, layan deko rumah orang kat IG dan blog sudaaaahhhh. 

Till then, selamat berpuasa!

Thursday, May 17, 2018

May 17, 2018

Salam Ramadan



'Apabila datangnya Ramadan, maka dibukakan pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan dirantai segala syaitan'.


Selamat menempuh bulan Ramadan dengan cemerlang kepada semua muslimin & muslimat.

Ikhlas daripada:
Ayu Rashid & Family

Monday, May 14, 2018

5 Sebab Kenapa Bisnes Dexandra Menjadi Pilihan

Hari ni, saya nak share 5 sebab kenapa bisnes Dexandra menjadi pilihan dan dah ramai yang berjaya mengubah taraf kewangan mereka menjadi lebih baik.




1. Perfume adalah produk pilihan ramai.
Ramai orang suka pada perfume. Tak keterlaluan kalau saya katakan bahawa ada orang yang obses dengan perfume! Jadi, permintaan untuk Dexandra perfume tak pernah putus!



2. Perfume adalah produk pakai-habis.
Bila produk pakai-habisrepeat sale akan mudah berlaku. Jaga saja customer dan database sediada, mereka adalah lubuk untuk produk kita.



3. Founder yang membantu dan tak kedekut untuk buat mass marketing.
Tak perlu terangkan dengan lebih lanjut, korang mesti sentiasa nampak dan dengar iklan Dexandra di tv, radio, fb ads, di website. Jadi, sebagai reseller, kita hanya perlu berusaha tonjolkan diri kita untuk membina trust untuk orang membeli dengan kita.



4. Komisen yang tinggi.
Komisen tinggi iaitu RM20/sebotol untuk harga produk kurang dari RM100! Komisen tinggi & produk mudah jual adalah formula untuk jana pendapatan tinggi dengan modal minimum (ni untuk kiraan sebagai Dropshipper tau, bukan agent atau stokis!)



5. Koleksi bauan hot selling
Dexandra hanya memilih bauan daripada inspirasi bauan perfume antarabangsa yang hot selling. Dengan penjenamaan semula Dexandra, ia telah meningkatkan lagi kualiti produk Dexandra. 



Dexandra... pilihan untuk anda yang nak jana pendapatan dengan modal minimum dan anda berpeluang menjana unlimited income. Hubungi saya untuk menjadi sebahagian daripada keluarga OhWanginya Dexandra.

Ayu Rashid | 019 - 989 8341

Thursday, May 3, 2018

May 03, 2018

Idea Dekorasi Bajet untuk Raya | Throw Cushion

Mungkin tahun ni bajet raya kita tak seberapa (eh, bajet kak ayu sebenarnya yang tak seberapa hahah), maka jomlah kita carik idea dekorasi yang tak perlukan bajet yang besar. Less than RM100 pun kita dah boleh dapat ubah suasana kat ruang tamu kita dengan meletakkan throw cushion kat sofa.


Ni gambar-gambar yang kak ayu dapat dari Google Image. Cantik semuanya! Boleh la kita fikirkan nak corak yang macam mana, bersesuaian dengan tema ruang tamu di rumah kita untuk raya nanti. 

Campur macam-macam warna dan corak macam ni, cantik. 



Macam ni, sejuk mata memandang!



Ini sweet giler!



Nampak mewah dan simple. Suka macam ni.



Haaa, outstanding sangat dengan kaler-kaler yang berlawanan ni. 



Ni macam sopa kak ayu jer ni, tahun ni berangan nak tema warna biru. Tapi, throw cushion cover jer la beli baru. Mana nak carik ni, ekkk. 



Saper peminat kaler white-grey, ni untuk uols!



Ni mesti mahal sarung macam ni. 



So, dah dapat idea nak berdekorasi raya dengan bajet yang tak besar? Kalau korang pandai menjahit, lagi ler untung, kan. Beli jer kain, pastu jahit sendiri. Bestnya lahai. Tetiba rasa nyesal tak minat menjahit dan tak pernah belajar menjahit hehehe.

Between, kak ayu tak suka pulak letak banyak throw cushion atas sofa. Cukup la 4 hingga 6 bijik ajer semuanya. Tak larat oii nak kutip dan betulkan. Sebab kak ayu ni jenis takleh tengok benda bersepah atau lari dari kawasan yang sepatutnya. Dah la sekarang ni Ratu Bono kejenya manjat sopa jer huhu. Selamba jer dia sepak dan tolak throw cushion tu ke lantai. Saboo je la. Ini yang letak 4 bijik pun jenuh nak betulkan dan kutip. Tapi, kalau dibiarkan kosong ajer, macam tak lawa pulak. Itu yang lagi 2 biji (asalnya 6 biji) kak ayu letak atas katil dalam bilik. 

Okey, nanti Kak Ayu share lagi idea deko-deko bajet. Till then, jumpa lagi, bye!

Wednesday, May 2, 2018

May 02, 2018

Bila Perempuan Kata "Aku takder tudung laaaa"

Korang rasa korang boleh percaya bila pompuan kata dia takder tudung nak pakai? Ni la salah sorang contohnya... HA HA HA!

Bila buat spring cleaning, baru kau tau berapa banyak tudung kau dah buat tukun dalam lemari. Ini setiap tahun sebelum bulan Ramadhan dok buat spring cleaning. Kalau dok kumpul lagi, tak tau la banyak mana ada huhu. 

So, duduk bersila la dalam bilik sesorang sorting, lipat dan susun semula tudung yang ada. Berbahagia sangat tau, pasang ekon, pasang lagu raya kat laptop. Hahaha, dasat tak style kak ayu buat spring cleaning hihi.



Ini dah siap sorting dan lipat. Paling kiri tu untuk sedekah. Cantik-cantik lagi tu, ada yang sekali dua jer pakai. Pastu, ni bukan yang outdated sangat trendnya. Cuma bila Kak Ayu dan Dania dah mula pakai shawl dan sekarang our current feveret tudung is tudung bawal, maka yang dah tak pakai, kasik sedekah jer la nanti. Yang mana tak berapa cantik dan tak sesuai nak bagi orang, memang Kak Ayu buang terus. So, takder konsep bagi sisa jer kat orang, tak baik macam tu. 




See, cantik-cantik ni. Semoga mereka seronok menerimanya. Oh, ada orang kata bila bersedekah jangan heboh-heboh, nanti tak dapat pahala. Tapi, pada Kak Ayu, tu terpulang pada penilaian masing-masing. As for me, Kak Ayu anggap ni sebagai pemberi semangat untuk kita sama-sama bersedekah. Kalau nak kata riak, terpulang. Tu atas hati masing-masing. Kalau kita fikir baik, baiklah... kalau sebaliknya pun, terpulang. 

Kak Ayu memang cukup suka baca dan terinspirasi dengan orang yang suka berinfak dan bersedekah. Sebab tu buatkan kita pun terdorong nak buat perkara yang sama. So, why not mana yang baik tu kita amik jer sebagai panduan. 



  
Ini untuk pakai sendiri dan dania. Haaa, dah ada anak dara ni, konsepnya kita sama-sama kongsi pakai. Kami suka tudung plain. Tu yang banyak sedekah yang bercorak. 




Ini our current feveret. TUDUNG BAWAL CHIFFON. Memang selesa pakai, lebih senang nak bersiap dan harga pun murah! Ni ada bidang 45 dan bidang 50. Ini jer dok gilir-gilir pakai kami 2 beranak sekarang hihih. Raya nanti pun InsyaAllah berbawal kita!


Haaa, dah percaya ke Kak Ayu kata takder tudung nak pakai? Heheh, ke dah terkena kat dahi sendiri hahahha. Well, pompuan! Macam ni laaaa... :P

Tuesday, May 1, 2018

May 01, 2018

5 Persediaan Menyambut Bulan Ramadhan

Selamat Datang 1 Mei, Selamat menyambut Hari Pekerja dan Selamat Menyambut 15 Syaaban. Semoga yang baik-baik saja Allah berikan kepada kita. Dan, semoga kita sentiasa cuba berikan yang terbaik dalam apa jua yang kita buat. InsyaAllah.

Lagi 15 hari, InsyaAllah kita akan menyambut kedatangan bulan Ramadhan. Hari ni, Kak Ayu nak share 5 persediaan menyambut kedatangan bulan Ramadhan. Tujuannya ialah supaya kita dapat menjalankan ibadah pada bulan tersebut dengan lebih teratur dan baik. Yelah, kita manusia memang la merancang dengan cita-cita, tapi Allah merancang dengan cinta. Jadi, tak salah untuk kita merancang dengan niat untuk beribadat kepada Allah.


5 Persediaan Menyambut Bulan Ramadhan:

1. Selesaikan hutang puasa Ramadhan tahun lepas dan tahun-tahun sebelumnya.
Sempat lagi nak pulun ganti dalam masa 14 hari ni. Tapi, rasanya dah ramai yang telah selesaikan hutang kita dengan Allah ni. Alhamdulillah, jika sudah. Dan jika belum, takper... jangan tangguh lagi. Selesaikan cepat-cepat. Dan, dalam masa yang sama boleh mula berpuasa sunat, sebagai persediaan atau warm-up untuk berpuasa sebulan pada bulan Ramadhan nanti.

Image source: Google Image



2. Merancang aktiviti ibadah 
Kita boleh mula rancang aktiviti ibadah seperti solat-solat sunat, tadarus dan tadabbur Al-Quran, dan amalan-amalan lain yang disarankan dijalankan pada bulan Ramadhan.

Image source: Google Image



3. Merancang kewangan
Bulan Ramadhan adalah bulan yang pahala amalan sedekah dan infak berganda-ganda ganjarannya. Jadi, kita dah boleh mula rancang dan sediakan duit atau apa saja untuk disedekahkan. Mulalah carik dan buat rekod rumah-rumah kebajikan, surau, masjid, tahfiz, rumah anak-anak yatim, atau sesiapa sahaja yang sesuai untuk kita bersedekah dan berinfak. TAPI, sedekah yang lebih afdhal ialah kepada keluarga, kerana kita bukan sahaja dapat pahala sedekah, malahan juga dapat pahala kerana merapatkan lagi silaturrahim.

Source: Google Image


4. Membuat rancangan menu sebulan untuk bersahur dan berpuasa.
Haaa, jangan cakap asik pikir pasal makan ajer! Tapi, ni perkara penting kalau kita nak ringankan beban apa yang kita nak fikir masa bulan Ramadhan nanti. Perancangan menu memudahkan kita untuk merancang bajet perbelanjaan dan menjimatkan masa untuk memasak (dengan sediakan bahan memasak lebih awal). Bila aktiviti memasak dapat dijimatkan masa, kita dapat tumpukan lebih masa untuk ibadat seperti bertadarrus. 

Source: Google Image


5. Buat spring cleaning rumah!
Ini khusus untuk geng-geng yang tak suka rumah bersepah, geng kaki deko, dan semestinya kita yang nak jadikan rumah kita sebagai tempat yang paling istimewa kerana nak sambut tetamu mulia iaitu Bulan Ramadhan Kareem. Jangan tunggu nak raya jer baru nak berkemas rumah dan bercantik-cantikkan rumah bagai. Bukankan kebersihan dan kecantikan tu Rasulullah pun suka? Jadi, kita buatlah apa yang Rasulullah suka, dan Islam galakkan. Dengan rumah yang bersih, suasana akan jadi selesa untuk kita sekeluarga beribadah. 

Bila buat spring cleaning, baru tau banyaknya harta karun disimpan! Mana-mana yang cantik dan boleh disedekahkan, kita asingkan dan sedekahkan. Inilah masa nak rebut pahala, InsyaAllah. Dan, inilah jugak masa kita nak muhasabah diri, betapa banyaknya nikmat dan rezeki Allah bagi kat kita. Kalau kita rasa kita takder baju nak pakai, ada lagi yang tak mampu bertukar baju walaupun setahun sehelai. Maka nikmat yang manakah lagi yang hendak kita dustai?


Ini hanyalah tips biasa-biasa jer, bukan tips fokus pada untuk ibadah khusus. Jadi, mana yang boleh dijadikan panduan, korang boleh la buat. Kak Ayu pun bukanlah alim ke apa hehe. Tapi, ni apa yang Kak Ayu rasa nak share. Semoga ia bermanfaat, dan semoga ia dapat mengalirkan pahala buat Kak Ayu sekeluarga dan semestinya untuk korang jugak.


Eh, rajin update blog kan... Semoga bulan ni dapat update blog setiap hari. Amin :)