Tuesday, May 1, 2018

5 Persediaan Menyambut Bulan Ramadhan

Selamat Datang 1 Mei, Selamat menyambut Hari Pekerja dan Selamat Menyambut 15 Syaaban. Semoga yang baik-baik saja Allah berikan kepada kita. Dan, semoga kita sentiasa cuba berikan yang terbaik dalam apa jua yang kita buat. InsyaAllah.

Lagi 15 hari, InsyaAllah kita akan menyambut kedatangan bulan Ramadhan. Hari ni, Kak Ayu nak share 5 persediaan menyambut kedatangan bulan Ramadhan. Tujuannya ialah supaya kita dapat menjalankan ibadah pada bulan tersebut dengan lebih teratur dan baik. Yelah, kita manusia memang la merancang dengan cita-cita, tapi Allah merancang dengan cinta. Jadi, tak salah untuk kita merancang dengan niat untuk beribadat kepada Allah.


5 Persediaan Menyambut Bulan Ramadhan:

1. Selesaikan hutang puasa Ramadhan tahun lepas dan tahun-tahun sebelumnya.
Sempat lagi nak pulun ganti dalam masa 14 hari ni. Tapi, rasanya dah ramai yang telah selesaikan hutang kita dengan Allah ni. Alhamdulillah, jika sudah. Dan jika belum, takper... jangan tangguh lagi. Selesaikan cepat-cepat. Dan, dalam masa yang sama boleh mula berpuasa sunat, sebagai persediaan atau warm-up untuk berpuasa sebulan pada bulan Ramadhan nanti.

Image source: Google Image



2. Merancang aktiviti ibadah 
Kita boleh mula rancang aktiviti ibadah seperti solat-solat sunat, tadarus dan tadabbur Al-Quran, dan amalan-amalan lain yang disarankan dijalankan pada bulan Ramadhan.

Image source: Google Image



3. Merancang kewangan
Bulan Ramadhan adalah bulan yang pahala amalan sedekah dan infak berganda-ganda ganjarannya. Jadi, kita dah boleh mula rancang dan sediakan duit atau apa saja untuk disedekahkan. Mulalah carik dan buat rekod rumah-rumah kebajikan, surau, masjid, tahfiz, rumah anak-anak yatim, atau sesiapa sahaja yang sesuai untuk kita bersedekah dan berinfak. TAPI, sedekah yang lebih afdhal ialah kepada keluarga, kerana kita bukan sahaja dapat pahala sedekah, malahan juga dapat pahala kerana merapatkan lagi silaturrahim.

Source: Google Image


4. Membuat rancangan menu sebulan untuk bersahur dan berpuasa.
Haaa, jangan cakap asik pikir pasal makan ajer! Tapi, ni perkara penting kalau kita nak ringankan beban apa yang kita nak fikir masa bulan Ramadhan nanti. Perancangan menu memudahkan kita untuk merancang bajet perbelanjaan dan menjimatkan masa untuk memasak (dengan sediakan bahan memasak lebih awal). Bila aktiviti memasak dapat dijimatkan masa, kita dapat tumpukan lebih masa untuk ibadat seperti bertadarrus. 

Source: Google Image


5. Buat spring cleaning rumah!
Ini khusus untuk geng-geng yang tak suka rumah bersepah, geng kaki deko, dan semestinya kita yang nak jadikan rumah kita sebagai tempat yang paling istimewa kerana nak sambut tetamu mulia iaitu Bulan Ramadhan Kareem. Jangan tunggu nak raya jer baru nak berkemas rumah dan bercantik-cantikkan rumah bagai. Bukankan kebersihan dan kecantikan tu Rasulullah pun suka? Jadi, kita buatlah apa yang Rasulullah suka, dan Islam galakkan. Dengan rumah yang bersih, suasana akan jadi selesa untuk kita sekeluarga beribadah. 

Bila buat spring cleaning, baru tau banyaknya harta karun disimpan! Mana-mana yang cantik dan boleh disedekahkan, kita asingkan dan sedekahkan. Inilah masa nak rebut pahala, InsyaAllah. Dan, inilah jugak masa kita nak muhasabah diri, betapa banyaknya nikmat dan rezeki Allah bagi kat kita. Kalau kita rasa kita takder baju nak pakai, ada lagi yang tak mampu bertukar baju walaupun setahun sehelai. Maka nikmat yang manakah lagi yang hendak kita dustai?


Ini hanyalah tips biasa-biasa jer, bukan tips fokus pada untuk ibadah khusus. Jadi, mana yang boleh dijadikan panduan, korang boleh la buat. Kak Ayu pun bukanlah alim ke apa hehe. Tapi, ni apa yang Kak Ayu rasa nak share. Semoga ia bermanfaat, dan semoga ia dapat mengalirkan pahala buat Kak Ayu sekeluarga dan semestinya untuk korang jugak.


Eh, rajin update blog kan... Semoga bulan ni dapat update blog setiap hari. Amin :)