Wednesday, May 2, 2018

Bila Perempuan Kata "Aku takder tudung laaaa"

Korang rasa korang boleh percaya bila pompuan kata dia takder tudung nak pakai? Ni la salah sorang contohnya... HA HA HA!

Bila buat spring cleaning, baru kau tau berapa banyak tudung kau dah buat tukun dalam lemari. Ini setiap tahun sebelum bulan Ramadhan dok buat spring cleaning. Kalau dok kumpul lagi, tak tau la banyak mana ada huhu. 

So, duduk bersila la dalam bilik sesorang sorting, lipat dan susun semula tudung yang ada. Berbahagia sangat tau, pasang ekon, pasang lagu raya kat laptop. Hahaha, dasat tak style kak ayu buat spring cleaning hihi.



Ini dah siap sorting dan lipat. Paling kiri tu untuk sedekah. Cantik-cantik lagi tu, ada yang sekali dua jer pakai. Pastu, ni bukan yang outdated sangat trendnya. Cuma bila Kak Ayu dan Dania dah mula pakai shawl dan sekarang our current feveret tudung is tudung bawal, maka yang dah tak pakai, kasik sedekah jer la nanti. Yang mana tak berapa cantik dan tak sesuai nak bagi orang, memang Kak Ayu buang terus. So, takder konsep bagi sisa jer kat orang, tak baik macam tu. 




See, cantik-cantik ni. Semoga mereka seronok menerimanya. Oh, ada orang kata bila bersedekah jangan heboh-heboh, nanti tak dapat pahala. Tapi, pada Kak Ayu, tu terpulang pada penilaian masing-masing. As for me, Kak Ayu anggap ni sebagai pemberi semangat untuk kita sama-sama bersedekah. Kalau nak kata riak, terpulang. Tu atas hati masing-masing. Kalau kita fikir baik, baiklah... kalau sebaliknya pun, terpulang. 

Kak Ayu memang cukup suka baca dan terinspirasi dengan orang yang suka berinfak dan bersedekah. Sebab tu buatkan kita pun terdorong nak buat perkara yang sama. So, why not mana yang baik tu kita amik jer sebagai panduan. 



  
Ini untuk pakai sendiri dan dania. Haaa, dah ada anak dara ni, konsepnya kita sama-sama kongsi pakai. Kami suka tudung plain. Tu yang banyak sedekah yang bercorak. 




Ini our current feveret. TUDUNG BAWAL CHIFFON. Memang selesa pakai, lebih senang nak bersiap dan harga pun murah! Ni ada bidang 45 dan bidang 50. Ini jer dok gilir-gilir pakai kami 2 beranak sekarang hihih. Raya nanti pun InsyaAllah berbawal kita!


Haaa, dah percaya ke Kak Ayu kata takder tudung nak pakai? Heheh, ke dah terkena kat dahi sendiri hahahha. Well, pompuan! Macam ni laaaa... :P

2 comments:

Kak Wawa said...

hhahaha.. samaaa

adianiez AIDA said...

aida dan anak-anak dara thn ni berbawal :)
aida maintain dgn aidijuma. ingatkan tak nak beli baru thn ni, terbeli jugak 5 lai :)
anak-anak dara aida, aida tempah online dari kelantan. tudung manik kelantan.
first time belikan diorang.
last year diorang bershawl. lebih 15 lai aida beli kan.
pastu tak minat plak bershawl. nak bawal thn ni.
semua shawl diorang aida da sedekah sebelum Ramadhan lagi. memenuhkan laci ajer, kan.
aida dgn anak-anak tak share tudung.
asben tak kasik. so, mana2 tudung yg aida da tak nak dan masih elok, aida bagi diorang terus :)