Monday, May 21, 2018

Resepi Bubur Ayam ala McD

Sekali-sekala, ada jugak Kak Ayu bagi Ayra makan bubur ayam Mc D. Yer, memang tau tak bagus untuk baby, tapi bila terdesak tu... beli ajer la hahaa. Kitorang ni takder la strict sangat bab makanan. Jangan kecam tau, i tak rela u... hahahha.

Image source: Google Image

Then, saja la nak try masak bubur ayam ala Mc D sebab Kak Ayu dan Dania pun suka makan. So, cubalah buat resepi sendiri. Yang penting, rasa hampir sama dan lebih sihat sebab tak letak perasa, tak berminyak dan kalau untuk Ayra bila dia dah masuk umur setahun lebih baru letak secubit garam dan gula.


Resepi Bubur Ayam Mc D by Ayu Rashid ewahhh.

Bahan-bahan:
Beras
Air
Isi dada ayam
Bawang merah
Halia
Daun sup
Bawang merah


Cara memasak:
1. Masukkan semua bahan (kecuali daun sup, garam dan gula) ke dalam periuk.

2. Masak dengan api perlahan sehingga semua bahan empuk dan lembik.

3. Matikan api.

4. Terus masukkan daun sup, garam dan gula sebaik saja api dimatikan.

5. Rasa dan nikmati sambil pejam mata. Berebut makan dengan baby okeyy hahaha.


Selamat mencuba!

1 comment:

aisyah elsa said...

biasa sis masak banyak mana ?