Friday, June 29, 2018

June 29, 2018

Dekorasi Raya dengan Pokok Hidup

Haa, kak ayu dan pokok hijau berpisah tiada, walaupun di labelkan sebagai Pembunuh Pokok Bersiri, haha, namun hobi yang satu ni memang takkan padam, hokeh!

Plan asal, nak deko dengan keratan pokok ketapang. Maklumlah, kat kampung ada jer pokok ketapang besar. Eh, tapi rasa seram pulak takut Cik Ponti ikut balik beraya. Sebab ada orang cakap, Cik Ponti suka melepak kat dahan pokok ketapang, juntai kaki, sambil kirai-kirai rambut gitew. Auwww, naik bulu roma menaip ni hahhaa. Dasar penakut betul hahahha. Tapi, cuba korang imagine, seram tak Hhihihi.


Adik kak ayu pulak, dah pegi dekat sungai, lupa bawak parang. Takpelah, pagi raya tu kak ayu mintak dia potong 2 pelepah pokok hiasan yang macam pokok kelapa sawit kat tepi rumah mak. Ada 2 pokok, tengah subur. Kita suruh 2 pelepah jer, skali... tengok la sampai 5 pelepah dia potong! Haaa, mana aku nak sumbat ni, dah nampak macam semak sangat pulak, tapi nak buang sayang. So, sumbat jer la selagi muat!


Dan... inilah hasilnya!



Pasu klasik ni, zaman kakak ayu anak dara lagi, dia kerja kat JB masa tu. Korang mesti tau, ni pasu cap Ayer Hitam, Johor. Rare dah pasu ni tau. 



Cantik meletops gitew (pada mata kak ayu la hahhaha), maklumlah, kalu sendiri tak puji, siapa lagi nak puji. Gigih tau nak deko rumah raya kali ni :P



Rasanya pokok ni lagi cantik dari pokok ketapang yang kak ayu dok puja-puja tu hehe.





Terus sudut ni jadi outstanding gitu!



Kak Ayu letak dekat dengan tepi sliding door, sebelah dengan meja makan.



Tahun ni sakan beli biskut raya, sekali... kerepek langsung takder! Kakak JB pun tak beli. Biasa kerepek yang banyak. Sib baik semua biskut raya dibeli sedap!



Okey, semoga idea dekorasi dengan pokok hijau dapat korang jadikan inspirasi untuk dekorasi di rumah dan pejabat sempena open house ke, atau dekorasi harian. Tak perlukan belanja pun, asalkan kita kreatif dan try and error. Tak cantik kat mata orang takper, asalkan cantik kat mata kita hahha.


Till then, selamat berhujung minggu dan selamat hari raya!


Thursday, June 28, 2018

June 28, 2018

Dekorasi Ruang Tamu Rumah Kampung sempena Hari Raya 2018

Semalam janji nak share gambar deko ruang tamu rumah mak Kak Ayu kat kampung kan, so harini ditunaikan. 

Rumah ni peninggalan arwah ayah, dan pewarisnya adalah kak ayu dan adik. Kami berkongsi sebab tapak tanah ni 2 lot. Memang asalnya Kak Ayu taknak rumah ni, walaupun Kak Ayu yang keluarkan modal untuk buat sikit renovation, beli barang-barang dalam rumah dan macam nak giler berkemas tiap-tiap kali balik kampung. Tapi, atas sebab tertentu, terpaksa jugak ambik rumah ni. Ingat kalau ambik tanah saja bahagian lain, senang nak jual haha. 


Sebab tu, sedih bila tengok rumah ni dah tak terjaga dan tak terurus. Dah la rumah tepi jalan besor, malu kalu nengok bersepah-sepah. Tapi, apakan daya, kak ayu merantau jauh, tak dapat selalu balik. Kalau kak ayu duduk dalam negeri Terengganu jugak, memang 2 minggu sekali balik berkemas. 


Takpelah, selagi mak ada, baliklah. Tolong berkemas. Ntah ada ke tak lagi peluang nak beraya bersama mak pada tahun akan datang, semua tu akan tinggal kenangan. Ntah-ntah rumah ni pun Kak Ayu dah tak jejak dah, unless ada hal penting. Begitulah, dalam setiap keluarga, pasti ada konflik dan masalah. Hingga satu masa, kita terpaksa mengalah, walaupun itu hak kita. Let time heal everything. 


Okey, ni kak ayu share gambar yang dah siap kemas dan deko. Malu nak tunjuk yang belum berkemas haha. Sorry, i suka benda yang cantik jer, yang tak cantik memang tak suka, so tak payah nak tunjuk kat sini :P


RUANG TAMU DAN RUANG MAKAN MASA HARI RAYA



































RUANG BERGELIMPANGAN TENGOK TV DAN TIDUR RAKYAT JELATA




Sarung kusyen sopa ni pun tak sempat nak beli. Pegi pasaraya takder jual. Nyesal pulak tak beli masa kat Billion Seri Iskandar hari tu. Ada. RM50 jer harga. Tapi malas nak beratur bayar haha. Ini pun tak sempat nak bukak cuci. Maklumlah, masa suntuk sangat.


Rumah kampung, biasa saja. Tempat penuh kenangan. Tak cantik, tak begitu selesa sebab panas takder siling. Kalau letak siling pun nanti akan kena makan dengan anai-anak jugak. Nak letak mozek pun tak berani, sebab rumah ni tepi jalan besar, takut masuk rezab jalan kalau nak dibuat highway. So cukuplah dengan tikar getah ajer. 


Kak Ayu selalu ingat kata-kata arwah ayah kak ayu. Nak rumah besar dan cantik takat mana sangat, nanti mati semua tinggal. So, sebab tu lah kak ayu takder impian pun nak rumah besar dan gah. Taknaklah sampai ke tua asik tak selesai urusan nak besarkan dan cantikkan rumah. Cukup apa adanya, asalkan selesa dan bersih. Tapi, kalau berkemampuan, tak salah. Cuma jangan berlebih-lebih. Haa, tetiba jadi ustazah pilihan hahaha!

Wednesday, June 27, 2018

June 27, 2018

Cerita Balik Beraya 2018

Assalamualaikum semua. 

I'm back! 

Last update 9 June, masa bulan Ramadan. Harini dah berapa Syawal, tak terkira sudah :P Nampak sangat lost macam-macam benda. Tak tau la nak kata beraya sakan, atau malas mengatasi segala-galanya. Tapi yang pasti, lemau gila. Ni on laptop bila Ayra nap, ikutkan mata nak jer tido sekali ngan dia haha. Tapi, rindu lak nak menulis kat sini.


Cerita nak balik Besut raya 2018. Simpan sini buat kenangan katernya.


  
Nizam still kerja sampai hari Selasa, minggu nak raya tu. So, hari Ahad pagi sebelum tu kami pecut ke Aeon Balakong beli pakaian raya untuk budak-budak bertiga. Baju melayu Hariz, takder pulak. Okey, kita sambung shopping kat Perak pulak, sebab malam tu kami ikut Nizam kerja kat Seri Iskandar, Perak. 



Laman homestay. Lawa rumah ni.



Melepak la kami (termasuk Nek Jah) kat homestay kat sana 2 malam. Adik dah balik naik bus malam Ahad tu, sebab muatan kereta penuh dan dia balik tolong kemas rumah dulu. Rumah dah sebulan mak tinggal, memang dah agak macam mana keadaanya. 

Bila nizam pergi kerja, kami mereput la dalam homestay tu haha. Dah la kepanasan, rumah 2 tingkat, bilik semua ada ekon, tapi tak rasa sangat, panas giler kat sana. Ayra pulak selsema dan batuk, sib baik tak meragam, suka sangat dia kat sana. Bila nizam balik kerja, memasing lawan membuta. Best dok homestay sebab takyah masak hehe.

Bahagia sangat ni, tak pernah tengok buai, dia kata buai car. Kesian anak aku, buai pun tak kenal ko nak haha.




Main cak-cak-cak dengan abangnya. Mama sedap bergolek atas katil layan tepon hehe.


Kami gerak balik ke Besut hari Selasa (12 June), jam 5pm. Lalu ikut jalan Cameron Highlands. Sakan aku dah berangan nak singgah beli bunga-bunga nak deko-deko raya kat umah Nenek Jah, sekali... tak jumpa pun orang menjual sebab kitorang lalu jalan luar jer, bukan masuk area Brinchang sana. 


Wah, kecewa. Nizam lagi kelakar, berangan nak beli sweet corn dan keledek. Pastu siap cakap, nanti mama boleh la beli sayur. Sekali nan hado haha. Takder maknanya nak naik atas Cameron Highlands tu, dah la masa tu dalam waktu berbuka puasa. Berbuka pun dalam kereta jer, then berenti makan kat Gua Musang.

Penuh muatan hehe.



Bawak turun masuk homestay mana yang nak guna.


Jalan masa tu tak jem lagi, cuma dah mulai slow. Kami selamat sampai rumah Nek Jah dalam jam 1 pagi. Esoknya... bermulalah acara mengemas rumah macam nak giler rasa penat. Dah la panas ya ampun, tapi terpaksa bertabahlah sebab nak raya punya pasal. Tak sanggup nak beraya dalam keadaan rumah bersepah. Haaa, sib baik kakak dari JB sampai petang Rabu tu, so acara masak-memasak passing kat dia jer hehe. Tapi, kami tak masak pun, just beli jer kat pasar ramadan. 



Khamis dah hari buat ketupat. Mana nak berkemas, mana nak bungkus ketupat... nak raya memang penat. Tapi, dalam hati tetap sentiasa selitkan rasa syukur, sebab tahun ni Allah bagi lagi peluang beraya dengan seluruh isi keluarga terutamanya mak. 



Okey, nanti nak share gambar deko raya ruang tamu rumah Nek Jah. Boleh tunjuk ruang tamu jer tau, sebab ruang lain bersepah tak capai piawai mataku haha. Dapur pun just kemas apa boleh jer, itu pun kakak jb yang uruskan dapur. Hmmm, bukan semua orang sanggup balik rumah mak sendiri atau mertua nak tolong berkemas. Ada yang hanya tau silang tangan, complaint dan membawang kat belakang ajer hahaa.


Apa kata, ambik penyapu, tolong sapu. Tolong kemas apa patut, takkan nak harapkan orang tua umur nak sampai 80 tahun berkemas rumah? Dia dapat uruskan diri dia pun dan syukur 1001 rahmat. Dan, cucu-cucu pun tak perlu nak complaint atau tahap taknak balik rumah atuk nenek sebab kotor katanya, dah kalau awak pun di rumah harapkan mak buat semuanya.


Kita manusia ni, tak tau... nasib kita macam mana nanti. Kalau panjang umur, kita mungkin dapat menuai apa yang pernah kita lakukan harini. Tapi, sebagai manusia biasa, mulut kak ayu ni memang kuat membebel, mana tak bebel, kalau rumah kita jadi macam tu. Sedih melihatnya. Tak terjaga, terbiar seperti tak berpenghuni. Takkan nak tunggu kak ayu balik setahun sekali atau 2 kali setahun nak berkemas? 

Apa nak buat, dah nasib. Kalau jenis orang boleh duduk dalam keadaan bersepah, kotor dan bersampah, dia tak rasa apa-apa. Dah rasa bersih kot selagi takder ulat sampah merayap haha. Tapi, sebagai kak ayu, sorry, i kenot la duduk dalam keadaan macam tu. Biar penat badan, jangan mata penat dan sakit melihatnya.

Bila dah kemas, deko-deko.... haa baru kak ayu boleh beraya dengan riang ria hehhee. Eh membebel. Haaa, melepas geram kat sini, semoga jadi panduan. Jangan malas-malas kita hidup ni, kalau malas, baik meninggal jer lah hahahahha. KBYE!

Saturday, June 9, 2018

June 09, 2018

Cara Menanam Pokok Money Plant Dalam Air

Kak Ayu memang die hard fan pokok money plant. Dan memang dah banyakkkk giler pokok money plant dah died dibawah jagaan kak ayu haha! Tapi, kak ayu tak pernah putus asa. Mati? Beli lagi... haa sokong industri nurseri katernya. 


Beberapa bulan lepas, kak ayu cantas pokok money plant yang  jenis menjalar kat sabut berkayu yang beli kat nurseri. Lama dah beli, kira pokok ni survived giler laaa. Tapi, untuk buat deko dah tak cantik, sebab pokoknya dah tua dan tak rimbun. So, kak ayu decide nak potong-potong ajer pokoknya dan tanam semula dalam air. Bila dah tumbuh akar, baru tanam dalam pasu bertanah. 


Inilah dia pokoknya.



 Sedia untuk dipotong-potong



Then, potong ikut tunas dia, iaitu biar ada akar.



Ini jer yang tinggal. Kak ayu semai pokok yang lain, kasik tumbuh yang baru. Hidup subur cecantik tau!



Isi air dalam bekas aiskrim hahaha. Pastu susun keratan money plant dipotong tadi tu elok-elok. 



 Pandangan atas. Cantik kan?



Boleh buat dekorasi. Suka sangat sebab nampak fresh dan cantik. 



Itu ajer! Nanti kak ayu share gambar koleksi pokok money plant kak ayu. Dah banyak tau, and i love them so much! 

Friday, June 8, 2018

June 08, 2018

Dekorasi Bilik Ringkas Berwarna Off White dan Pink Belacan

Haaa, kemahen panjang tajuknya. Pastu, konfident jer nama kaler-kaler tu sedemikian namanya. Ahh, belasah. Hahaha. Best jadi blogger ni, sesuka hati sesedap rasa jer boleh declared kaler apa nak letak walaupun hakikatnya buta warna :P


Well, harini dah hari Jumaat. Lagi seminggu nak sambut Hari Raya Aidilfitri. Harini last anak-anak sekolah, then esok dah mula cuti sekolah dan bersekali cuti hari raya aidilfitri 2018. 3 minggu cuti raya oiii, gila tak seronok! Bila cuti raya masa dalam cuti sekolah yang panjang, rasa tenang jer jiwa sebab takder la kelam-kabut fikir nak balik kampung bila, dan nak kembali ke bandar sini semula bila. 


So, just tunggu bila papanya start cuti ajer, boleh la balik kampung dengan senang hati. JANGAN tetiba dia kena kerja sudah la. Waaaa, itu memang mengundang kekecewaan!


Okey, kita bercerita pasal deko-deko. Mood raya kan, takkan la nak citer pasal bisnes pulok. Tak sesuai okey hahaha. Ni just nak share gambar bilik SOHO beberapa bulan yang lepas. Haa, kita kasik chance la kat Kak Ayu nak setelkan lambakan gambar dalam folder. Lepas dah share, dapatlah delete dengan senang hati. Dah nak full memory kat hp, baru rajin nak transfer kat laptop! Kemalasan apekah ini?

Ala... deko sepesen jer pun, tapi saja jer nak share sini buat kenangan, dan mana tau dapat jadi inspirasi buat korang. Semua barang bajet-bajet jer, iols tak mampu nak beli perabot dan barangan mahal. Tak kerja kan, lainlah orang kerja gomen makan gaji pangkat tetinggi gaji ribu-riban. Boleh sekelip mata jer shoping sakan. 


Lagi pun, memang prinsip kitorang tak suka beli barang secara hutang. Credit card pun kitorang dah caras. Aman damai rasa jiwa. Biarlah nampak takder khelasss, janji takder hutang semata-mata nak melawa rumah. Maaf ler jika ada yang terasa, ini pilihan masing-masing, kita hormati saja, Kak Ayu just bagitau prinsip kami. Ada duit beli, takder duit diam sudah. Dok sana, telan ailio tengok deko dan barang rumah orang cecantik haha. 


Since dah membebel ni, malas nak taip lagi kat captions, layan gambar jer lah!



















Ramai yang tanya langsir pink belacan ni beli kat mana dan berapa harga. 

Okey, let me tell uols!

Kak Ayu beli langsir pink ni (jenis blockout tapi tak tebal sangat), kat Nagoya Segamat. Lama dah bertahun-tahun. Ini pun mak mertua jahitkan. Beli 5 meter jer. Kalau tak silap, harga cuma RM8/m. 

Kain dia memang elok dan cantik. Tak pudar walaupun pasang kat tingkap yang mengadap cahaya pagi atau petang. Puas hati. 

Kak Ayu ada tengok kain ala-ala macam ni kat Nilai 3, mahal okey! So, kalau nak beli langsir, kak ayu prefer korang beli kat Nagoya. Memang dari zaman tak kawen lagi kak ayu selalu beli langsir dan apa juga jenis kain kat Nagoya. Memang berbaloi-baloi. 

Wah, tetiba rasa dok buat review pasal Nagoya. Ni bila Nagoya nak bagi i job paid review nie? Hahaa.

Okey, itu saja untuk hari ini. Nanti menulis lagi kalau ada kerajinan dan kesempatan. Selamat berpuasa!