Thursday, June 28, 2018

Dekorasi Ruang Tamu Rumah Kampung sempena Hari Raya 2018

Semalam janji nak share gambar deko ruang tamu rumah mak Kak Ayu kat kampung kan, so harini ditunaikan. 

Rumah ni peninggalan arwah ayah, dan pewarisnya adalah kak ayu dan adik. Kami berkongsi sebab tapak tanah ni 2 lot. Memang asalnya Kak Ayu taknak rumah ni, walaupun Kak Ayu yang keluarkan modal untuk buat sikit renovation, beli barang-barang dalam rumah dan macam nak giler berkemas tiap-tiap kali balik kampung. Tapi, atas sebab tertentu, terpaksa jugak ambik rumah ni. Ingat kalau ambik tanah saja bahagian lain, senang nak jual haha. 


Sebab tu, sedih bila tengok rumah ni dah tak terjaga dan tak terurus. Dah la rumah tepi jalan besor, malu kalu nengok bersepah-sepah. Tapi, apakan daya, kak ayu merantau jauh, tak dapat selalu balik. Kalau kak ayu duduk dalam negeri Terengganu jugak, memang 2 minggu sekali balik berkemas. 


Takpelah, selagi mak ada, baliklah. Tolong berkemas. Ntah ada ke tak lagi peluang nak beraya bersama mak pada tahun akan datang, semua tu akan tinggal kenangan. Ntah-ntah rumah ni pun Kak Ayu dah tak jejak dah, unless ada hal penting. Begitulah, dalam setiap keluarga, pasti ada konflik dan masalah. Hingga satu masa, kita terpaksa mengalah, walaupun itu hak kita. Let time heal everything. 


Okey, ni kak ayu share gambar yang dah siap kemas dan deko. Malu nak tunjuk yang belum berkemas haha. Sorry, i suka benda yang cantik jer, yang tak cantik memang tak suka, so tak payah nak tunjuk kat sini :P


RUANG TAMU DAN RUANG MAKAN MASA HARI RAYA



































RUANG BERGELIMPANGAN TENGOK TV DAN TIDUR RAKYAT JELATA




Sarung kusyen sopa ni pun tak sempat nak beli. Pegi pasaraya takder jual. Nyesal pulak tak beli masa kat Billion Seri Iskandar hari tu. Ada. RM50 jer harga. Tapi malas nak beratur bayar haha. Ini pun tak sempat nak bukak cuci. Maklumlah, masa suntuk sangat.


Rumah kampung, biasa saja. Tempat penuh kenangan. Tak cantik, tak begitu selesa sebab panas takder siling. Kalau letak siling pun nanti akan kena makan dengan anai-anak jugak. Nak letak mozek pun tak berani, sebab rumah ni tepi jalan besar, takut masuk rezab jalan kalau nak dibuat highway. So cukuplah dengan tikar getah ajer. 


Kak Ayu selalu ingat kata-kata arwah ayah kak ayu. Nak rumah besar dan cantik takat mana sangat, nanti mati semua tinggal. So, sebab tu lah kak ayu takder impian pun nak rumah besar dan gah. Taknaklah sampai ke tua asik tak selesai urusan nak besarkan dan cantikkan rumah. Cukup apa adanya, asalkan selesa dan bersih. Tapi, kalau berkemampuan, tak salah. Cuma jangan berlebih-lebih. Haa, tetiba jadi ustazah pilihan hahaha!

No comments: