Wednesday, June 6, 2018

DIY Gubahan Bunga Kertas Artificial

Perasan tak, jarang nak jumpa bunga kertas artificial yang nampak real dan cantik. Haa, kak ayu beli kat Nilai 3, cantik giler! Harga pun ok-ok jer, dalam RM19.90/setangkai. Kak ayu beli 4 tangkai, ada diskaun kater tauke cina tu, dapat la rega RM64. Puas hati, merimbun jadiknya bila digubah.



 See, cantik kan


Ikutkan, cantik kalau letak dalam pasu tinggi warna putih. Tapi, malas nak angkat bawak masuk pasu yang dah letak kat luar. Sumbat ajer la dalam Matilda Basket dari Spotlight ni. 

Biasa la, kak ayu ni... bila-bila masa jer pokok-pokok bunga akan berubah sana-sini dan dalam bakul apa. Sebab kak ayu bosan dengan benda yang sama. Sebab tu kak ayu gubah bunga tak guna span. Kalau guna span, pengsan oii nak layan habuk span tu. Konsep kak ayu gubah bunga cuma letak-letak ajer, tanpa span!


Batang pokok bunga kertas ni panjang, so kita bolehla lipat batangnya ikut ketinggian pasu atau bakul dan jenis gubahan kita nak buat. Jangan potong tau, nanti kot bebila nak tukar gubahan, rugi la. So bila lipat ajer, nanti boleh adjust ketinggian pokok bila nak tukar gubahan. Eh, naper rasa ulang ayat sama ni? ahh lantak, malas nak pikir haha.



 Ko mampu gubah bunga atas katil? hahhaha. Ni proses gubah asal boleh jer. Bakul ni tak sesuai sebenarnya, tapi boleh laa sementara. Nanti ada bajet kita beli pasu seramik kaler hitam atau putih. Lately, suka pulak pasu kaler hitam



Kak ayu letak pepokok kecik kaler hijau tu untuk kasik pokok bunga kertas ni terletak elok, sebab tak guna span. Lagi pun, bila letak pepokok hijau kecik tu, nampak lebih menarik. Ala-ala rumput disekeliling bunga kertas gitu.







Siap dan dideko terus. Masa ni letak dalam bilik. Sekarang dah ada kat ruang tamu. Pasu jer belum beli lagi. Ntah bila zaman dapat keluar jejalan ni. Asik terperap kat rumah. Tepu otak rasanya. Rindunya kat Shah Alam. Kalau dok sana, musim nak raya ni, meriah rasanya. Kenapalah makin tak suka dok sini huhuhu. Kemas-kemas dan deko rumah jer la terapi yang boleh dapat kat sini. Dania pun ajak pindah dok Shah Alam. Hmmm... doakan kami dapat pindah dari semenyih yer. Memana pun takper, asalkan keluar dari sini!

Eh, tetiba citer hal pindah pulak. Okey, nanti share lagi pasal deko. Nak raya kan... ni yang korang suka baca. I tau sangat hahaha. Esok ada entry lagi, sebab ni buat schedule post untuk 5 hari terus. Haaa, tu yang taip asal boleh jer tu haha. 

1 comment:

adianiez AIDA said...

pandai ayu gubah.
cantik. kalau utk raya, memang berseri lah ruangan tu.
rumah aida skang ni langsung tak berbunga.
sejak beranak kecik dulu kala :)
pasu pecah lah.
anak makan putik bunga lah.
aduhai...