Monday, June 4, 2018

Langsir Ikea Murah Tapi Cantik!

Haaa, ada ke yang tengah nanges tepi tingkap sebab langsir tak sempat nak tempah atau tak tau nak beli kat mana? Haaa, jangan risau, IKEA kan ado! Beli ajer yang ready made, setel masalah. Macam-macam pilihan ada, tinggal kita nak sediakan bajet ajer hehe.

Dalam 3 bulan lepas, Kak Ayu beli langsir Ikea tru Personal Shopper. Langsir yang Kak Ayu beli yang macam dalam gambar ni: 
Hassleklocka
Saiz: 145 cm x 250 cm

Material: cotton, nipis dan ringan ajer.


Beli 3 set. Plan asal nak pasang kat sliding door (2 set, untuk jadikan alunan berombak-ombak). Lagi 1 set, nak pasang kat tingkap dekat tangga)



Corak bunga kiut, kaler marron
Sekarang, quilt corak macam ni pun ada, so boleh la kalau korang nak pasang langsir dan quilt sedondon gitew


Kak Ayu suka jenis curtain macam ni, simple dan moden punya style.

Tapi memang jenuh la nak ikat satu-satu sampai siap haha. Lenguh leher dan tangan i tau. Gigih panjat tangga, gigil-gigil kaki pun, ku tabah okey haha.

Haaa, macam ni cara ikat untuk gantung curtain ni. Lawa kan?


Ni nak share  masa Kak Ayu pasang langsir ni dalam bilik. Tak jadi nak pasang kat sliding, sebab nipis sangat. Kitorang suka bergelap-gelita. Takkan nak pasang blockout curtain dan langsir ni kat sliding, kan? Dah macam pelik dan tak cantik pulak. So, Kak Ayu pasang dalam bilik.


Bersepahan sekali heheh sebab masa ni tengah tak setel lagi nak packing pakaian untuk sedekah.


Bilik ni guna railing besi jer, tak cantik sangat la. Kalau pakai railing kayu, baru cantik. Boleh la, asalkan melekat langsir tu. 

Gambar full dah siap pasang tak snap pulak. Labuhnya ngam-ngam sampai bawah, cantik terletak ajer tau. Ni kak Ayu pasang 2 set. Ni tingkap 3 panel, dan railing tu ikut saiz sliding door. So if uols nak beli langsir ni, memang elok guna 2 set. 

Between, langsir belakang yang kaler pink tu, blockout curtain. Saja guna yang pink ni sebab kaler sedondon dan langsir tu pendek. Taknak yang labuh sampai lantai, sebab nanti berat, since railing ni tunggu masa jer nak terpelanting jatuh!



Suka sangat, sebab nampak sejuk dan comel jer coraknya. 


Harga langsir Hassleklocka ni cuma RM39.90. So, berbaloi-baloi beli sebab ready made, kan? Kalau beli kain dan upah lagi dah berapa jadiknya. Unless uols pandai jahit sendiri, okey la beli kain ajer then jahit sendiri.


So, apa lagi... ke IKEA la korang atau upah jer personal shopper untuk memudahkan urusan beli-belah anda. Selamat menghias rumah sempena hari raya aidilfitri yang dah makin hampir tiba ni. 

P/S: dah mula dengar lagu raya ke tuuu? 

2 comments:

ZULHILMI TEMPOYAK said...

ada beli jugak haritu.. anak tarik habeh jatuh sekali batang ataih... haha

adianiez AIDA said...

cantik lah.
kebetulan aida ni memang mencari langsir simple.
ari tu ke mydin, ke jusco, ke tesco mencari.
semua nyer tak berkenan di mata.
yg ni mcm kena dgn bilik anak-anak.
pink gitu.
pastu unik, ikat ikat aje atas tu. comel!
kebetulan aida pakai rod ikea ajer tau. sesuai, kan?
nak klik website ikea jap ler.