Tuesday, June 5, 2018

Persiapan Raya 2018 - Cuci Pokok Artificial

Bila jaga pokok hidup, asyiklah mati ajer. Bila jaga pokok pelesu, ehhh kenalah rajin mengelap dan membasuh pulak. Kalau tak, memang berhabuk giler! Tu la, takder kerja carik kerja, demi sebuah kegilaan hobi.


Dalam 3 minggu lepas, Kak Ayu keluarkan pokok-pokok pelesu kat beranda dan basuh. (eh, perasan tak asik up cerita basi jer haha, nampak nau malas giler nak update blog sekarang!) Ni terpaksa basuh semua sebab satu rumah berhabuk bila tiles pecah dan pasang tiles baru. Arghh penat dan stress gila rasa sebab bulan puasa!


Ni semua dah siap basuh, tunggu nak kering. Beberapa hari jugak letak kat beranda, baru basuh. Berdebar jugak i tau, takut kena curik. Maklumlah, pokok bunga kat luar pagar dah 2 pasu kena curik. Apa punye bedebah pencurik tu. Pokok macam tu pun nak curik. 


Berseri-seri gitu lepas kena berus dan mandi air sabun breeze hahah. Tak mainlah lap-lap ajer, kita kasik basuh dan berus terus dengan air sabun. Puas hati!




Kalau tak risau hilang, rasa nak letak jer kat beranda, sebab nampak lawa jer letak luar pokok-pokok besar macam ni. Tapi, takuttt oiiii... pastu nanti risau daun dia tak cantik atau cepat rosak sebab kat luar ni panas berbahang.



Haaa, baru la berani nak zoom in gambornya bila dah bersih berkilat ni hehehe. Alaa, ini seminggu jer kasik masa, konfem berhabuk semula. Kuat betul la habuk, lagi-lagi musim panas kering ni.



Masukkan dalam "sarang" masing-masing dan sedia untuk diletakkan untuk deko-deko raya 2018. 


Ini jer persiapan raya buat masa ni. Tunggulah lepas balik dari kampung lepas raya nanti baru berkemas bebetul. Tengah ramai rakyat jelata ni, rumah bersepah ajer. Tak larat nak mengemas. Redho jer la apa yang jadik huhu. 


1 comment:

adianiez AIDA said...

aida ada join grup deko deko di fb.
memang viral la pokok-pokok ni :)
hingga aida jadik berkenan sgt.
in shaa Allah one day akan miliki nyer.
kat rumah baru sana.
rumah ni takde tempat nak letak nyer...