Wednesday, July 25, 2018

July 25, 2018

PETUA UNTUK JADI KELUARGA BAHAGIA

SUMBER: 
1. SOLAT awal waktu, PASTI keluarga akan bahagia. Beza orang yang sekadar solat dengan orang yang solat di awal waktu, ibarat langit dan bumi. Jauh bezanya. Dan Allah akan hujani rezeki pada rumah orang-orang yang jaga solat di awal waktu.

2. Wujudkan ta'lim dalam rumah sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari. Ta'lim adalah sesi berkumpul sekeluarga dan bercerita tentang Allah, kisah nabi, tafsir quran, atau hadis-hadis. Jadikan rumah kita sebahagian dari taman syurga.

3. Wujudkan tiga waktu ini dalam keluarga, sekurang-kurangnya sekali sehari: Solat berjemaah, Makan berjemaah, dan Bercerita/berbual. Dan dalam ketiga-tiga waktu ini, haramkan handphone dan TV.

4. Menguap atau melihat handphone ketika pasangan atau anak-anak sedang bercerita, adalah akhlak yang sangat buruk.

5. Sebut nama pasangan dan anak-anak dalam doa selepas solat, setiap hari.

6. Banyakkan menyebut "ya arhamar rahimin" (Yang Maha Pengasih dan Penyayang). Supaya setiap anggota keluarga kita juga sentiasa ada dua sifat itu - penyayang dan pengasih.

7. Hindari sikap MALAS. Buang perkataan MALAS dalam kamus hidup. Allah benci orang yang malas, Allah menyempitkan rezeki orang yang malas. Kurangkan tidur, kurangkan makan, kurangkan social media, kurangkan berhibur. Kerana itu punca malas.

8. Tanda Allah sayang keluarga kita ialah bila setiap ahli keluarga mampu berlembut dan bertoleransi sesama sendiri. Kalau kita masih berkasar, kerap bertelingkah, kuat merajuk, pentingkan diri sendiri, maksudnya keluarga kita masih jauh dari Allah.

9. Orang yang paling kaya dan bahagia adalah orang yang kenal Allah, percaya Allah, RASA Allah sentiasa melihat, dan yakin setiap musibah dan nikmat itu adalah kerana kasih sayang Allah.

10. Apa ciri-ciri rumah yang Allah suka? Rumah yang sentiasa bersedia menyambut Rasulullah SAW sebagai tetamu. Bayangkan Rasulullah nak datang rumah kita petang ni. Adakah kita akan malu atau mengelak? Adakah kita akan sorokkan mana2 majalah, DVD, frame gambar? Adakah kita akan hulurkan Quran yang berhabuk (dah lama tak baca) kepada Rasulullah? Atau adakah kita dalam keadaan yang sentiasa bersedia untuk menyambut Rasulullah, dan yakin baginda akan suka berkunjung ke rumah kita? Tepuk dada.

11. Nafkah wajib seorang suami kepada isterinya ada tiga: Tempat tinggal, Makanan dan Pakaian. Suami isteri yang tinggal di rumah mak atau mak mertua atas sebarang sebab, bermaksud suami belum menyempurnakan nafkah tempat tinggal. Tapi kalau tiada pilihan, suami tetap perlu beri bayaran sewa (atau sumbangan setimpal) kepada tuan rumah, bagi menyempurnakan nafkah tersebut. Ini kewajipan. Dan kalau tak ditunaikan, suami akan menanggung dosanya, dan boleh jadi asbab rezeki keluarga sempit dan rumahtangga tak bahagia.

12. Rasulullah SAW tak pernah merungut apabila makanan yang disediakan isterinya tak sedap, kekurangan pada sikap/layanan isterinya, kenakalan anak-anak, sikap ego orang tua, rajuk/cemburu isterinya, atau sebarang kesusahan dalam rumahtangga. Rasulullah tak pernah merungut. Kerana merungut adalah salah satu tanda hati telah hitam.

13. Macam mana nak bersihkan hati yang hitam? Rajin basuh toilet, bersihkan rumah. Kerja-kerja "kotor" sebegini akan membersihkan hati dan menundukkan jiwa. Sambil bersihkan tandas, repeat dalam hati - 
"Rajiah, kau bukan siapa-siapa, kau takde apa-apa, kau tak pernah buat apa-apa. Semua kebaikan yang ada pada kau, adalah kuasa dan pertolongan Allah semata-mata." 


14. Setiap kali kita nampak keburukan atau kekurangan pada pasangan dan anak-anak, kene SABAR. Betulkan diri sendiri dulu. Kadang-kadang kekurangan itu bukan pada pasangan atau anak-anak, tapi pada diri sendiri yang gagal bersyukur, gagal mendidik dan gagal menjadi contoh yang baik. Orang yang betul-betul yakin dengan Allah, tak pernah pandang rendah pada orang lain, termasuk dirinya sendiri.

15. Setiap kali buat kebaikan, jangan harapkan pujian daripada pasangan, tapi harapkan Allah pandang dan Allah sayang. Sebab bila Allah sayang, automatik seluruh makhlukNya sayang pada kita.

16. Kekalkan mawaddah (romantik) dalam rumahtangga. Jalan pegang tangan, baring atas riba pasangan, peluk pasangan, pandang wajah pasangan dengan rasa cinta. Biarpun di hadapan anak-anak.

17. Ringankan mulut untuk ucapkan kata cinta, kata penghargaan, pujian dan dorongan kepada pasangan dan anak-anak setiap hari. Itu akan melembutkan hati dan mengeratkan hubungan.

18. Rasulullah SAW tak pernah pukul/rotan/kurung/ikat/meninggikan suara kepada pasangan dan anak-anak. Baginda bijak menggunakan kemahiran komunikasi dan tutur kata yang berhemah untuk selesaikan sebarang konflik dan stress. Kekerasan dan kekasaran fizikal hanya akan mengeraskan hati dan menjarakkan hubungan.

19. Cara hidup kita menentukan cara mati kita. Dan cara mati kita menentukan cara kita dibangkitkan semula nanti. So kalau nak kesudahan yang baik, betulkan cara hidup bermula sekarang!

20. Sentiasa buat kebaikan, walaupun kepada pasangan yang tak pandai menghargai, pasangan yang ego, pasangan yang jahil, pasangan yang tak membalas kebaikan tersebut. Kerana setiap kebaikan yang kita buat, pasti akan dibalas oleh Allah. Buat baik, sebab nak Allah sayang, bukan sebab nak pasangan sayang. Ingat, tiada satu pun kebaikan yang sia-sia!

21. Rumahtangga yang sejahtera adalah salah satu syurga dunia. Sesiapa yang tak berusaha untuk capai syurga dunia, tak akan mampu beroleh syurga di akhirat nanti. Maka penting untuk kita berusaha capai keluarga sejahtera, sebelum mati.

22. Suami yang rajin tolong basuh pinggan, bukan suami dayus. Suami yang rajin tolong sidai baju, bukan suami dayus. Suami yang tolong mandikan anak-anak, bukan suami dayus. Suami yang patuh cakap isterinya, bukan suami dayus. Tapi suami dayus, adalah suami yang tak mampu membimbing isterinya ke jalan Allah, tak mampu menjaga aurat isterinya, tak mampu membentengi isterinya dari azab api neraka.

23. Rumahtangga yang sentiasa ada solat dan zikir di dalamnya, pasti akan tenang dan bahagia.

24. Jarak sesuatu masalah dengan penyelesaiannya, ibarat jarak dahi dengan tempat sujud. Apa pun konflik dalam rumahtangga, kembali pada Allah.

25. Kualiti sesebuah keluarga terletak pada kualiti solat anggotanya.

26. Sentiasa bersedekah sesama anggota keluarga. Kerana sedekah itu lebih tajam daripada doa.

27. Keluarga adalah asas hidup. Kalau keluarga sejahtera, seluruh perjalanan hidup akan mudah.

28. Seorang suami perlu ada sifat "ghirrah". (Bukan ghairah. Itu memang dah confirm ada) Ghirrah bermaksud cemburu. Cemburu yang bertujuan untuk memelihara kehormatan isteri dan menghindar isteri daripada maksiat dan dosa. Contoh, kalau isteri nak keluar dengan kawan2, suami boleh izinkan. Dengan syarat, auratnya terpelihara, pergaulannya terjaga.

29. Doa bila rumahtangga dilanda badai atau musibah: 
Surah At-Taubah, ayat 128-129. 
Ini doa favourite Rasulullah SAW.


30. Doa supaya satu keluarga sentiasa jaga solat: 
Surah Ibrahim, ayat 40.


31. Doa supaya Allah sentiasa pelihara ibu bapa kita, dan jadikan anak-anak kita taat: 
Surah Al-Ahqaf, ayat 15.


32. Doa memohon zuriat, dan agar Allah sentiasa beri kesabaran ketika belum ada zuriat: 
Surah Maryam, ayat 1-10.


Tuesday, July 24, 2018

July 24, 2018

HADIAH TERHEBAT UNTUK DIRI

Setiap pagi apabila bangun dari tidur, beri salam pada diri sendiri dulu, panggil nama penuh anda dengan lembut 3 kali dan kemudian sentuh dada kiri anda (jantung) sambil mengucapkan "Alhamdulillah"

Kemudian katakanlah:
"Aku hadiahkan Al-Fatihah untuk diri ku sendiri, zahir dan batinku, Allah jaga hambaMu ini. Lindungi hambaMu. Jadikanlah hamba penjemput rezeki Allah yang berlimpahan seperti air sungai yg mengalir tiada hentinya.. Aamiin Ya Allah"

Al-Fatihah.
Lakukan sekarang kerana barangkali anda dan saya sudah lama atau tidak pernah menghadiahkan Al-Fatihah pada diri anda sendiri, lakukan sekarang dan nikmati rasanya. Jadikan ia sebagai amalan harian. Dan, rasai perubahannya :)

Sumber: Facebook

Monday, July 23, 2018

5 Sebab Agen Tasneem Naturel Mudah Jual Balm

1. Ada billboard: bakal pelanggan yakin dengan jenama.

2 - Ada dalam Majalah ibu bapa No. 1 di Malaysia- Pa&Ma: Bakal ibu dan ibu muda kenal jenama Tasneem Naturel.

3. No telefon agen aktif tersenarai di website Tasneem Naturel.com ikut kawasan.

4. Muncul dalam Rancangan Assalamualaikum TV Hijrah.

5. Sedang bekerjasama dengan Penerbit Omar & Hana untuk lagu promosi. Bakal muncul dan sampai kepada lebih ramai ibubapa tak lama lagi.

Yuran pendaftaran RM50 sahaja. Urusan order secara sistematik melalui laman web HQ. Fleksibel dan mudah dijalankan kerana urusan stok dan pos juga diuruskan HQ. Nak pegang stok sendiri pun boleh, mana-mana saja cara yang kita selesa. 

Hubungi Kak Ayu untuk maklumat lanjut atau untuk mendaftar sebagai Agent Tasneem Naturel. 

Ayu Rashid: 019 - 989 8341

Sunday, July 22, 2018

July 22, 2018

Jamuan Penghargaan dan Rumah Terbuka Tasneem Naturel

Beberapa hari lepas, dapat makluman dalam whatsapp group Sakinah Hamid Clan (SHC), tentang HQ akan adakan majlis Jamuan Penghargaan dan Rumah Terbuka Tasneem Naturel untuk semua agen Tasneem Naturel. Then, malamnya pulak dapat email dari HQ. 


Jadi, petang semalam terus isi borang RSVP, selepas dapat persetujuan dari husband, sebab dia yang akan hantar-ambik dan jaga anak-anak hehee. Ni nak share acara program jamuan tersebut, buat kenangan katanya.


Jemputan ke Jamuan Penghargaan dan Rumah Terbuka Tasneem Naturel.

Sukacita dimaklumkan bahawa Tasneem Naturel akan mengadakan Jamuan Penghargaan & Majlis Rumah Terbuka pada ketetapan berikut :

Tarikh: 29 Julai 2018 
Tempat: Dewan Melor Garden Wedding, Kajang

9.00am - 9.45am: Pendaftaran untuk Majlis Penghargaan
10am - 12pm: Majlis Penghargaan (Penyampaian Hadiah Cabutan Bertuah 10 Cincin Emas, Majlis Penyampaian Hadiah kepada Agen & Master Celebration)
12pm - 3pm: Rumah Terbuka & Jamuan

Sehubungan dengan itu, kami berbesar hati untuk menjemput semua agen Tasneem Naturel yang berkelapangan untuk menghadiri majlis rumah terbuka tersebut. Semoga kedatangan tuan/puan akan memeriahkan lagi majlis yang diadakan.


InsyaAllah, akan hadir, semoga tiada aral yang melintang. Teringin sangat nak jumpa dengan Founder, leader, rakan-rakan agent. 


Dah lama sangat kak ayu tak keluar berjumpa orang untuk bisnes dan networking. Since Ayra pun dah makin besar, dah boleh duduk dengan papa, kakak dan abangnya, bolehla kak ayu berpoya-poya keluar dari sarang hehe.


Semoga majlis yang akan kak ayu hadiri nanti tu, dapat la berikan suntikan semangat dan keyakinan untuk teruskan bisnes Tasneem Naturel, yang asyik on-off ni. Amin.

Saturday, July 21, 2018

Kolaborasi antara Tasneem Naturel dan Omar Hana

Rancangan Omar dan Hana antara program untuk kanak-kanak yang meletops. Rasanya rata-rata anak-anak yang kenal dan tahu siapa Omar dan Hana dan jugak watak-watak dalam siri nyanyian kanak-kanak berunsur islamik ni.

Anak-anak Kak Ayu pun suka sangat Omar dan Hana. Dah anak suka, mamanya kenalah layan sama. Dah hafal okey lagu-lagu Omar dan Hana. Hahaha. Besar pengaruh rancangan ni, kan?


Alhamdulillah, Puan Haridah Sahri, Founder Tasneem Naturel baru ajer umumkan beberapa hari lepas, yang Tasneem Naturel dan pihak penerbitan Omar dan Hana telah bersetuju untuk berkolaborasi. 


InsyaAllah, dengan kolaborasi ni, brand Tasneem Naturel akan semakin dikenali dan kami dapat sebarkan manfaat balm Tasneem Naturel dan produk-produk lain yang akan dikeluarkan pada masa akan datang.



InsyaAllah, pada bulan September nanti projek kolaborasi ini akan mula dijalankan. Dalam bentuk yang macam mana tu... kita tungguuuuuu!

Tak sabar tau :)

Friday, July 20, 2018

July 20, 2018

Fenomena-fenomena yang Berlaku Tanpa Kita Menyedari Dunia Sudah Semakin Hampir ke Penghujungnya

1. Ramai memiliki rumah besar tetapi anggota keluarga semakin kecil.
2. Anak-anak ramai semakin bijak tetapi akhlak semakin rendah.
3. Perubatan semakin canggih tetapi penyakit semakin banyak.
4. Melancong keliling dunia tetapi tidak kenal tetangga berdekatan.
5. Pendapatan semakin meningkat tetapi ketenteraman jiwa semakin kurang.
6. Kualiti ilmu semakin tinggi tetapi kualiti emosi semakin rendah.
7. Manusia semakin banyak tetapi rasa kemanusiaan semakin menipis.
8. Pengetahuan semakin luas tetapi adab semakin tidak terkawal.
9. Ramai kawan di dunia maya tetapi tidak mempunyai teman sejati.
10. Minuman semakin banyak jenisnya tetapi air bersih semakin kurang.
11. Jam tangan pelbagai jenama tetapi tidak pernah tepati masa.
12. Ilmu semakin tersebar tetapi fikiran semakin sempit.
13. Pembelajaran semakin mudah tetapi guru tidak lagi dihargai.
14. Teknologi dan informasi semakin canggih tetapi fitnah dan aib semakin berleluasa.
15. Orang yang rendah ilmunya banyak bicara tetapi yang tinggi ilmunya banyak terdiam.
Renung-renungkanlah...
Credit to: Mohd Ali Majis


Thursday, July 19, 2018

July 19, 2018

TAKLIM: AMALAN ROMANTIK SEISI KELUARGA




Boleh mulakan amalan taklim hari ini ... Inilah amalan yang romantik bagi suami isteri dan keluarga ... Amalan yang dihidupkan oleh Rasulullah SAW dan para sahabat rhum ... 

Untuk permulaan, 10-15 minit pun boleh juga insyallah ... Atau satu hari satu, dua hadis pun sudah memadai ... Nanti dah biasa, tambah lagi dan lagi insyallah ...

Kalau suami atau isteri tak nak dengar, takpa kita baca bersama anak2 ... Anak2 tak nak dengar juga, kita baca seorang diri ... Malaikat akan dengar kita baca ... Allah SWT akan dengar kita baca ... Lepas tu doalah, minta pada Allah SWT ... 

Antara kitab yang sesuai boleh digunakan untuk amalan taklim ini adalah kitab Fadhail Amal dan Muntakhab Ahadith ... Boleh dapatkan di kedai buku dan banyak dijual di Sri Petaling insyallah, 

Berkat nur Al Quran dan Hadis itu nanti akan memberi kesan positif kepada keluarga kita insyallah ... Insyallah saya beri jaminan untuk tuan/puan semua ... Namun satu syarat, tuan/puan kena usaha istiqamah amalan ini selama 40 hari ... Insyallah dengan istiqamah ini nanti tuan/puan akan nampak kesannya ... 

Jangan sampai 40 hari jer terus berhenti pula, kena teruskanlah sampai akhir hayat kita ... Insyallah pesan pada anak-anak agar amalan ini berterusan dan diwarisi sehinggalah generasi keluarga kita yang akan datang insyallah ... Inilah harta kita dunia akhirat ... 

Insyallah, semoga Allah SWT beri kekuatan untuk kita amal dan sampaikan ... Terima kasih Ust Ebit Lew atas pendedahan usaha yang sangat mulia ini ... Semoga Allah SWT terima ust dan seluruh umat ... Insyallah, 

Wallahua'lam,

Kredit: Farith Zul

p/s: #SHARE atau #TAGGED ibu/ayah/suami/isteri /anak/sahabat kita untuk sama2 kita amalkan insyallah.


------------------------------------------------------------------------
Allah nak bagi rezeki dalam macam-macam bentuk. Bila scroll FB, jumpa kawan FB share post kat atas tu ha. So, Kak Ayu nak share kat blog pulak. Semoga lagi ramai dapat manfaatnya. 


Kak Ayu pun baru tau pasal amalan Taklim ni, masa pergi beraya rumah kawan bulan Syawal lepas. Kawan kak ayu share pasal ni, dan tunjukkan 3 buah buku untuk Taklim ni. Rasanya ini buku yang dimaksudkan tu. InsyaAllah, nak beli ASAP dan nak mulakan amalan ni kat rumah. Doakan yer, semoga dipermudahkan. 

Nanti Kak Ayu share gambar buku tu bila dah beli. Harga pun tak mahal, range RM30 - RM40 jer sebuah. Ya Allah, tak sabarnya nak mulakan amalan ni. Walaupun suami takder kat rumah, nak buat dengan anak-anak setiap hari lepas solat maghrib.

Amin, semoga niat yang baik Allah permudahkan. InsyaAllah. 


Wednesday, July 18, 2018

July 18, 2018

Cara untuk Solat Taubat

Solat Taubat? Pernah buat? Jika tak pernah, jom baca sedikit panduan mudah, moga kehadiran hari akan datang akan menjadikan kita lebih baik daripada hari sebelumnya.

Asas utama Solat Taubat:
1. Menyesal di atas segala perbuatan dosa yang dilakukan.
2. Menyucikan diri daripada perbuatan dosa dan berhenti daripada melakukan maksiat serta meminta ampun di atas apa yang telah dilakukan daripada Allah SWT, memohon maaf kepada manusia terhadap dosa yang berkaitan dengan harta benda, maruah dan jiwa. Mengqadhakan segala apa yang telah terluput seperti amalan-amalan sembahyang, puasa dan lain-lain sekadar yang termampu.
3. Berazam tidak akan melakukan lagi segala perbuatan tersebut serta menjauhkannya.
Cara untuk solat taubat



Niat solat taubat:
"Sahaja aku mengerjakan solat sunat taubat dua rakaat kerana Allah Taala"



Bacaan semasa solat sunat taubat:

Rakaat pertama: 
Surah Al-Fatihah & Al-Kafirun

Rakaat kedua:
Surah Al-Fatihah & Al-Ikhlas



Bertasbih:
Semasa sujud terakhir pada rakaat kedua iaitu selepas membaca tasbih biasa, bacalah tasbih berikut sebanyak 40 kali

"Lailahailla Anta Subhanakainni kuntuminazzolimin"



Istighfar:
Banyakkan beristighfar selepas memberi salam.
"Astagfirullah al-adzim"



Doa Taubat:
Berdoalah dengan penuh harapan untuk mendapat keampunan dariada Allah Taala. Luahkan segalanya kepada Allah dengan sebenar-benar taubat. Anggaplah seolah-olah sekejap lagi kita akan mati.


Kita digalakkan untuk melakukan solat taubat setiap hari. Tak kiralah bila waktunya, tak semestinya kita nak kena bangkit pada waktu sepertiga malam. Yang penting kita buat secara istiqamah, kerana kita adalah pendosa. Setiap hari melakukan dosa samada kita sedari atau tidak. 


Jadikan solat sunat taubat sebagai amalan yang dapat menyucikan hati, yang mendekatkan kita kepadaNya, dan sebagai peringatan bahawa kita adalah manusia yang tak lekang dari kesilapan. Andainya tiba masa untuk kita kembali kepadaNya, berharaplah semoga DIA menjemput kita dalam keadaan yang paling diredhai, dan dalam keadaan kita sentiasa memohon keampunan.


Sama-samalah kita panjang perkara kebaikan, dan ingat-mengingati antara satu sama lain :)

(Sumber dan adaptasi dari tazkirah.net)

Monday, July 16, 2018

July 16, 2018

Kenali 6 Series Bau Dexandra untuk Lelaki & Wanita

6 MEN SERIES

Classic
Clubman
Dark Amberwood
Majestic


Dynamic
Nemesis
Vigor
Hyder
Savage


Elegant
Grandeur
Titus
Credence


Lucious
Woodbine
Devotion
Zephyr


Intense
Himeros
Blaze
Romeo




6 WOMEN SERIES

Classic
Olivia
Lady Rose
Marilyn


Dynamic
Lozen
Luzia
Mercy
Posh


Elegant
Elenor
Victoria
Helena
Grace


Lucious
Chaleur
Zahra
Fresia
Deluna
Valerie


Intense
Belle
Lourve
Juliet


Let Passion Lead You


Discover the perfect scent that will help amplify your personality.

Anda pening baca nama-nama perfume ni kan? Takper, kalau nak tau macam mana baunya, hubungi saya. Saya akan berikan info selanjutnya.

Jangan risau!

Baunya setanding jenama global seperti Dexandra sebelum ni. Malah, The New De'Xandra ni lagi best sebab pati bauan yang telah di 'upgrade'.

Whatsapp:

Ayu Rashid | 019 - 989 8341



OPEN FOR CONSIGNMENT & DROPSHIP

Sunday, July 8, 2018

July 08, 2018

Ibu Lega Anak Dah Tak Payah Guna Ubat Picit untuk Membuang

"Lepas 2 ke 3 jam hari pertama pakai balm, anak mula membuang. Hari kedua pulak, pagi-pagi dah popoo"

"Alhamdulillah dah tak perlu tunggu seminggu baru nak membuang dan tak payah pakai ubat picit kat punggung lagi."

-Puan Suzana-


T-Rub Balm Tasneem Naturel
Harga: RM49 
(exclude postage)

Whatsapp untuk maklumat lanjut dan pembelian
Ayu Rashid | 019 - 989 8341

Saturday, July 7, 2018

July 07, 2018

Anak Tidur Lebih Lena dengan Sleep Time Balm Tasneem Naturel

"Calit-calit jer, anak terus merengek nak tidur"

Sleeptime balm membantu anak-anak mudah tidur dan juga tidur yang lebih lena.

Mak pun boleh lena sekali, haha.

Kita baca lagi feedback daripada ibu-ibu yang menggunakan Sleep Time Balm Tasneem Naturel untuk bayi dan anak mereka:








Harga sebotol:
RM49 
(tidak termasuk postage)


Boleh hubungi Kak Ayu untuk maklumat lanjut dan pembelian:
Ayu Rashid
019 - 989 8341

Wednesday, July 4, 2018

July 04, 2018

Kenangan Hari Raya Pertama 2018 - Part 2

Kita sambung beraya Part 2 pulak. Rindu pulak suasana masa ni. Seronoknya. Ntah bila dapat balik kampung lagi, dan ke sini lagi dengan dorang semua ni.


Semua bersalin pakaian lain, kitorang tak reti dah bukak pastu nak pakai yang sama semula. Dengan panasnya, alahai. Tu memang siap-siap bawak balik 2 pasang baju melayu untuk husband dan hariz. Dah tau, petang mesti akan tukar baju lain. 



























"Okey, rakyat-jelata sekalian, dah dapat daun kunyit dan pisang ni, jom kita balik!"

Hahahaa! 


Nampak, dia punya kesungguhan tu hahaa. 



Tuesday, July 3, 2018

July 03, 2018

Kenangan Hari Raya Pertama 2018 - Part 1

Dah berapa Syawal harini? Baru tiba part gambar hari raya kami sekeluarga. Ingatkan taknak share kat blog, tapi dah biasa share buat kenangan sendiri dan keluarga. 

Ini part 1, beraya dari pagi sampailah lepas Asar. Tak ke mana sangat pun. Pegi ziarah kubur, pegi rumah kakak dan rumah jiran. Pastu, balik rumah sampailah lepas asar baru pergi kampung mak. Walaupun atuk nenek dah takder, tapi ada lagi sedara-mara kat sana. Nanti Part 2 nak share jugak, sebab kami posing kat feveret port kitorang iaitu sawah padi haha. 














  










Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir  Batin

Dari;
Ayu Rashid & Keluarga