Wednesday, July 18, 2018

Cara untuk Solat Taubat

Solat Taubat? Pernah buat? Jika tak pernah, jom baca sedikit panduan mudah, moga kehadiran hari akan datang akan menjadikan kita lebih baik daripada hari sebelumnya.

Asas utama Solat Taubat:
1. Menyesal di atas segala perbuatan dosa yang dilakukan.
2. Menyucikan diri daripada perbuatan dosa dan berhenti daripada melakukan maksiat serta meminta ampun di atas apa yang telah dilakukan daripada Allah SWT, memohon maaf kepada manusia terhadap dosa yang berkaitan dengan harta benda, maruah dan jiwa. Mengqadhakan segala apa yang telah terluput seperti amalan-amalan sembahyang, puasa dan lain-lain sekadar yang termampu.
3. Berazam tidak akan melakukan lagi segala perbuatan tersebut serta menjauhkannya.
Cara untuk solat taubat



Niat solat taubat:
"Sahaja aku mengerjakan solat sunat taubat dua rakaat kerana Allah Taala"



Bacaan semasa solat sunat taubat:

Rakaat pertama: 
Surah Al-Fatihah & Al-Kafirun

Rakaat kedua:
Surah Al-Fatihah & Al-Ikhlas



Bertasbih:
Semasa sujud terakhir pada rakaat kedua iaitu selepas membaca tasbih biasa, bacalah tasbih berikut sebanyak 40 kali

"Lailahailla Anta Subhanakainni kuntuminazzolimin"



Istighfar:
Banyakkan beristighfar selepas memberi salam.
"Astagfirullah al-adzim"



Doa Taubat:
Berdoalah dengan penuh harapan untuk mendapat keampunan dariada Allah Taala. Luahkan segalanya kepada Allah dengan sebenar-benar taubat. Anggaplah seolah-olah sekejap lagi kita akan mati.


Kita digalakkan untuk melakukan solat taubat setiap hari. Tak kiralah bila waktunya, tak semestinya kita nak kena bangkit pada waktu sepertiga malam. Yang penting kita buat secara istiqamah, kerana kita adalah pendosa. Setiap hari melakukan dosa samada kita sedari atau tidak. 


Jadikan solat sunat taubat sebagai amalan yang dapat menyucikan hati, yang mendekatkan kita kepadaNya, dan sebagai peringatan bahawa kita adalah manusia yang tak lekang dari kesilapan. Andainya tiba masa untuk kita kembali kepadaNya, berharaplah semoga DIA menjemput kita dalam keadaan yang paling diredhai, dan dalam keadaan kita sentiasa memohon keampunan.


Sama-samalah kita panjang perkara kebaikan, dan ingat-mengingati antara satu sama lain :)

(Sumber dan adaptasi dari tazkirah.net)

No comments: