Wednesday, July 11, 2018

Dekorasi Minimalis

Bila dah umur nak jejak 40 tahun ni kan, banyak perkara yang kena fikir sementara masih sihat dan berkemampuan nak buat kerja berat. Ewah, mampu buat kerja berat sangat, padahal angkat pasu bunga pun esoknya dah sakit pinggang haha. Sembang kencang ko ni Ayu ahaks!


Bukan apa, bila balik kampung nak raya hari tu kan, tengok banyaknya barang dalam rumah mak yang dah tak guna bertahun-tahun, kalau baju tu kan, sampai berbelas tahun la tak terusik, tapi tetaplah mak sayang nak buat. Adoiii. Macam mana tak berserabut dalam almari. 


Sebelum balik ke Semenyih semula, sempat la kemas satu almari. Tu pun siap cakap kat dia, mak jangan kacau, duduk diam-diam tengok tv. Haha, then terus berkemas, mana tak perlu terus sumbat masuk plastic sampah, kita bakooo ajer. Kang kalu letak lagi, nanti dia pegi punggah ambik semula mana dia rasa nak simpan lagi hahhaa. Orang tua memang macam ni kot, sebab blogger Diana Ishak pun ada cerita macam ni pasal mak mertua dia hehe. 


Jadi, bila balik Semenyih lepas raya hari tu, Kak Ayu pun sambung semula buat spring cleaning kat umah sendiri. Tapi, tak beria sangat buat sebab tak sempat. Mana-mana yang tak perlu dan elok lagi nak let go, dan mana tak nak guna nak buang jer. 


Kalau boleh, katil bujang, rak tv yang dok guna sekarang pun rasa nak buang jer. Pastu beli jer rak Ikea yang rega 55 hengget tu. Senang. Bukan nak letak apa pun atas rak tu, cuma dekoder astro jer. Tak perlu rak besar gedabak macam sekarang pun.  Lagi pun, rak tu dah pecah sikit, siap keluar habuk kayu dah. Pantang Ayra nampak, dia kuis-kuis main habuk kayu tu, adoii. Ni kena buat perbincangan dari hati ke hati dulu dengan Nizam, kang saper nak angkut buang tu? Dia jugak haha.


Semalam dah let go 2 pokok pelesu. Rasa semak banyak sangat pokok dan bunga dalam rumah. Nak dekorasi minimalis ajer. Nak semuanya cepat dan mudah diurus. Lebih baik fokus pada urusan lain yang lebih penting berbanding mengemas ajer. Rasa letih dah hahaha. Mata pun rasa lapang jer. Asalkan rumah kemas dan bersih sudah la. Sebab Kak Ayu tak boleh la duduk dalam keadaan bersepah. Stress rasa. 


Hujung minggu ni 2 pokok ni akan dapat tuan baru. Syukur dapat buyer boleh ambik dekat area Semenyih jer. Senang urusan :)





Langsir Ikea ni pun nak let go (1 set). Sebab terbeli kaler sama dengan langsir sediada. RM100 nak let go. Jangan kata mahal, sebab tak pernah guna pun, just bukak dari plastik nak tengok, pastu plastik tu buang, malas nak sumbat masuk simpan. Kalau takder orang nak pun takper, simpan jer la. Kot bebila nak pasang.


Oh yer, masa Kak Ayu beli ni sebelum 0 GST, dan beli tru Personal Shopper + ada caj pos jugak. Jadi tu kena jual rega RM100, kalau less than that, rasa tak worth it, sebab tak pernah guna pun lagi. Ikutkan sayang nak let-go, cuma nak jimatkan space dalam almari jer, sebab nak beri laluan kat langsir baru pulak haha. Berangan nak langsir kaler pink belacan pulak untuk sliding dan tingkap dekat tangga tu haaa. 


Saiz ni sesuai untuk tingkap 2 atau 3 panel jer, sliding tak sesuai, sebab tak besar mana. Tak penuh sliding tu kang, tak cantik pulak. 









Langsir sediada kat rumah, raya tahun lepas punya. Haduih, kan sama sebijik tu kalernya. 



Saper berminat nak beli langsir ni boleh contact Kak Ayu yer. No fussy buyer okey!



Bila dah siap berkemas semua nanti, mesti rasa lapang jer. Lagi pun, nak fokus kat bisnes Dexandra dan Wongi. Jadi, mana-mana urusan yang dapat dimudahkan, kena buat segera. Dania pun dah nak periksa UPSR dan PSRA, itu pun nak kena uruskan dan bantu dia jugak. 


Kalau let go langsir kan, mesti banyak ruang kosong dalam almari haha. Kak Ayu ada banyak koleksi langsir. Tapi, ni dok berangan nak beli dan tempah langsir baru. Dah tu, mana nak minimalis barangnya. Aduiii Ayu!


PROMO
Peluang jadi Dropship dan Agent Wongi Lotion. Boleh hubungi Kak Ayu untuk maklumat lanjut. 

WA: 019 - 989 8341

No comments: