Sunday, July 1, 2018

Dekorasi Ringkas di Beranda Rumah

Harini, kak ayu nak share dekorasi ringkas kat beranda rumah yang terkini. Ini pun baru kemas hari Rabu lepas. Dah 2 minggu balik kampung, banyak habuk, daun-daun pelam dan sikit sampah terbang dari mana ntah masuk ke beranda. Sapu bersih-bersih. Nak basuh, tak sempat. 


Cukuplah janji bersapu. Lepas tu, terus alih-alihkan pokok bunga yang ada, susun semula elok-elok. Bukan selalu nak rajin cenggini hehe.


Biasanya letak rak pokok money plant ni dekat dengan meja tepi tingkap sana, tapi alihkan ke sini untuk kasik kena cahaya matahari. Tapi sini cahaya petang, memang panas membakor. Kang sesia dedaun pokok money plant ni terbako kepanasan (melecur)


Suka pokok money plant besar camni, mudah jaga dan tahan lama. Money plant dalam pasu putih tu, asalnya dah nak mati, pastu bawak balik Keratong. Bila mak mertua jaga, haaa menggebu menjalar kemahen lagi. Semoga pokok ni terus tertipu yang dia sekarang kembali kepada tuannya haha.



Pasu biru ni bukan pasu sebenarnya, tapi terendak table lamp, ahaks!



Haa, melecur daun bila kena panas melampau bila kak ayu letak kat bawah pokok pelam. Kesian dia.


Kenapa beranda umah kak ayu dah kena sentiasa bersih sekarang? 

SEBAB... Budak kecik ni dah dapat kaki! Merayap ajer la bila terbukak gate kat sliding tu. Sebab tu lantai beranda kena selalu bersih. Tengok la, bukan main riang-ria lagi dia dapat terlepas keluar main dengan kucing!


Baru jer dalam minggu lepas dapat kaki ni. Jalan pun masih jatuh-jatuh lagi. Ini baru bangun tidur bila abangnya balik sekolah. Bukak jer gate sliding tu, terus keluar!


Main dengan kucing. Eh ehh. Dia pun fefeling macam kucing dah. Kucing tu mesti konpius, ni anak kucing ke anak manusia hehe.



4 comments:

sis gee said...

suka tengok kehijauan di rumah kak ayu..hehe

Sheila Adziz said...

sejuk mata memandang rumah kak ayu

Zuhaira Nasrin said...

comel je pokok-poko macam ni. sedap mata memandang heee

farhanna jafri said...

bila si kecik dah dapat kaki, mula la kesana kesini. Banyak jugak pokok money plant kak ayu, memang cantik dan simple ruang rumah akak