Sunday, July 22, 2018

Jamuan Penghargaan dan Rumah Terbuka Tasneem Naturel

Beberapa hari lepas, dapat makluman dalam whatsapp group Sakinah Hamid Clan (SHC), tentang HQ akan adakan majlis Jamuan Penghargaan dan Rumah Terbuka Tasneem Naturel untuk semua agen Tasneem Naturel. Then, malamnya pulak dapat email dari HQ. 


Jadi, petang semalam terus isi borang RSVP, selepas dapat persetujuan dari husband, sebab dia yang akan hantar-ambik dan jaga anak-anak hehee. Ni nak share acara program jamuan tersebut, buat kenangan katanya.


Jemputan ke Jamuan Penghargaan dan Rumah Terbuka Tasneem Naturel.

Sukacita dimaklumkan bahawa Tasneem Naturel akan mengadakan Jamuan Penghargaan & Majlis Rumah Terbuka pada ketetapan berikut :

Tarikh: 29 Julai 2018 
Tempat: Dewan Melor Garden Wedding, Kajang

9.00am - 9.45am: Pendaftaran untuk Majlis Penghargaan
10am - 12pm: Majlis Penghargaan (Penyampaian Hadiah Cabutan Bertuah 10 Cincin Emas, Majlis Penyampaian Hadiah kepada Agen & Master Celebration)
12pm - 3pm: Rumah Terbuka & Jamuan

Sehubungan dengan itu, kami berbesar hati untuk menjemput semua agen Tasneem Naturel yang berkelapangan untuk menghadiri majlis rumah terbuka tersebut. Semoga kedatangan tuan/puan akan memeriahkan lagi majlis yang diadakan.


InsyaAllah, akan hadir, semoga tiada aral yang melintang. Teringin sangat nak jumpa dengan Founder, leader, rakan-rakan agent. 


Dah lama sangat kak ayu tak keluar berjumpa orang untuk bisnes dan networking. Since Ayra pun dah makin besar, dah boleh duduk dengan papa, kakak dan abangnya, bolehla kak ayu berpoya-poya keluar dari sarang hehe.


Semoga majlis yang akan kak ayu hadiri nanti tu, dapat la berikan suntikan semangat dan keyakinan untuk teruskan bisnes Tasneem Naturel, yang asyik on-off ni. Amin.

2 comments:

farhanna jafri said...

bestnya ada jamuan penghargaan, have fun ye sis :D

Shafyqah Azahar said...

wah bestnya, semoga dipermudahkan :)