Friday, July 13, 2018

Kebergantungan Kepada Allah Bila Berbisnes dari Rumah

Assalamualaikum. 

Dah 8 tahun lebih Kak Ayu berhenti kerja dari Unisel. Sejak berhenti, tak pernah apply kerja mana-mana, walaupun kadang-kadang ada jugak rasa nak kerja semula, sebab boring dok rumah. Eh, boring dok rumah ke boring dok Semenyih haha. Rasanya boring dok Semenyih kot, sampai tahap rasa nak kerja, supaya dapat pindah dari sini. Haa, niat dah tak betul hihihi.


Well, bila berbisnes atau bekerja dari rumah sepenuhnya kan, antara perkara yang Kak Ayu paling faham dan perasan sangat ialah kebergantungan pada Allah adalah perkara yang paling kuat kita kena pegang. Sebab, kita tau, rezeki dari DIA. Bukan dari usaha kita, leader, produk, founder, sistem, marketing ke apa, itu semua asbab jer. TAPI, semua dari Allah. Dia yang menggerakkan dan izinkan segalanya berlaku.


Kadang-kadang, malah sentiasa jugak, rasa kecewa, bosan, dah tepu, malas, eh semua ada tau. Rasa malas nak buat apa-apa pun. Nak bisnes malas, nak blogging malas, nak buat review malas, segalanya malas. Kalau boleh, nak duduk jer sesaja, tunggu laki kasik duit, nah sayang duit 500 (rupiah hahha), pegi shopping hahha. Berangan saja tu hihihi. 


Begitulah. Kalau ikut rasa malas tu, memang win-lah kalau dilayan. Sebab tu bila bisnes dari rumah, duduk sorang-sorang layan perasaan, susah hati ke, letih ke, macam-macam boleh kita fikirkan. Aura negatif, memang nak kena halau pegi jauh-jauh.


Macam mana cara nak buat?

Berbaliklah pada DIA. Bergantunglah pada dia. Mohon dan rayu pada DIA, dalam setiap sujud, dalam setiap hembusan nafas, dan dalam apa jua pun. Bila rasa putus asa tu datang, cepat-cepat istiqfar, kena yakin, DIA sentiasa ada disisi kita, kita jer yang jauhkan diri dari DIA. Kita yang leka, sebab setiap perkara atau ujian yang datang sebab dia sayang kat kita.


Selain tu, kita kena berada dalam circle kawan-kawan dan family yang sentiasa support kita. Yang dapat bagi semangat kat kita. Syukur sangat, Kak Ayu tak ramai kawan, sebab kak ayu sangat memilih kawan, tapi kawan-kawan kak ayu sentiasa ada bersama saat susah dan senang (walaupun hanya tru Whatsapp haha).




Percayalah. Dunia ni tempat bersusah-susah. Dah namanya dunia, tempat penuh ujian. Semoga kita semua dapat lalui apa jua ujian dariNya dengan sentiasa bergantung dan ingat kepadaNya. InsyaAllah. 



INFO (Klik Link di bawah):

2 comments:

Irda Garmin said...

terima kasih kak ayu utk entry ini

Rahayu said...

Most welcome Irda. Pesanan untuk diri sendiri jugak ni. Supaya lebih tabah dan sabar. Jugak brsyukur dalam apa jua keadaan pun. Hugs