Saturday, July 21, 2018

Kolaborasi antara Tasneem Naturel dan Omar Hana

Rancangan Omar dan Hana antara program untuk kanak-kanak yang meletops. Rasanya rata-rata anak-anak yang kenal dan tahu siapa Omar dan Hana dan jugak watak-watak dalam siri nyanyian kanak-kanak berunsur islamik ni.

Anak-anak Kak Ayu pun suka sangat Omar dan Hana. Dah anak suka, mamanya kenalah layan sama. Dah hafal okey lagu-lagu Omar dan Hana. Hahaha. Besar pengaruh rancangan ni, kan?


Alhamdulillah, Puan Haridah Sahri, Founder Tasneem Naturel baru ajer umumkan beberapa hari lepas, yang Tasneem Naturel dan pihak penerbitan Omar dan Hana telah bersetuju untuk berkolaborasi. 


InsyaAllah, dengan kolaborasi ni, brand Tasneem Naturel akan semakin dikenali dan kami dapat sebarkan manfaat balm Tasneem Naturel dan produk-produk lain yang akan dikeluarkan pada masa akan datang.



InsyaAllah, pada bulan September nanti projek kolaborasi ini akan mula dijalankan. Dalam bentuk yang macam mana tu... kita tungguuuuuu!

Tak sabar tau :)

No comments: