Tuesday, July 10, 2018

Resepi Masak Tempoyak Pucuk Ubi Campur Petai

Harini, Kak Ayu nak share resepi masak tempoyak pucuk ubi campur petai. Sumber resepi ialah dari Instagram @majalahrasa.


Kak Ayu sendiri pun tak pernah cuba masak, sebab kat rumah ni takder penggemar petai. Kalau beli 3 tangkai pun, mengering dengan jayanya dalam peti ais. Ini saja nak share, mana tau ada yang sedang mencari resepi ni. 

Image source: Google 

Bahan-bahan:
Tempoyak - 4 sudu besar
Pucuk ubi - 1 ikat (celur  hiris halus)
Serai - 3 batang (hiris halus)
Daun kunyit - 3 helai (hiris halus)
Petai - 6 papan
Cili padi - 15 biji (nak lebih pedas, tambah lagi)
Kunyit hidup - 2 inci
Santan kotak - 1 kotak
Asam keping - 1 keping
Garam & gula (sedikit)


Cara memasak:
1. Blend cili padi & kunyit hidup
2. Masukkan bahan blend dalam kuali
3. Masukkan santan dan kacau (api perlahan)
4. Bila santan dan bahan blend dah sebati, masukkan bahan dihiris tadi.
5. Masukkan tempoyak 
6. Gaul rata semua bahan dalam kuali tadi
7. Masukkan asam keping
8. Masak dengan api sederhana, sehingga semua bahan layu.
9. Akhir sekali, masukkan garam dan gula secukup rasa. 

SELAMAT MENCUBA! 


P/S: Nak hilangkan bau durian, tempoyak, petai kat tangan? 

Gunakan WONGI LOTION! 

Maklumat lanjut tentang Wongi Lotion dan peluang bisnes, boleh KLIK SINI

No comments: