Thursday, July 19, 2018

TAKLIM: AMALAN ROMANTIK SEISI KELUARGA




Boleh mulakan amalan taklim hari ini ... Inilah amalan yang romantik bagi suami isteri dan keluarga ... Amalan yang dihidupkan oleh Rasulullah SAW dan para sahabat rhum ... 

Untuk permulaan, 10-15 minit pun boleh juga insyallah ... Atau satu hari satu, dua hadis pun sudah memadai ... Nanti dah biasa, tambah lagi dan lagi insyallah ...

Kalau suami atau isteri tak nak dengar, takpa kita baca bersama anak2 ... Anak2 tak nak dengar juga, kita baca seorang diri ... Malaikat akan dengar kita baca ... Allah SWT akan dengar kita baca ... Lepas tu doalah, minta pada Allah SWT ... 

Antara kitab yang sesuai boleh digunakan untuk amalan taklim ini adalah kitab Fadhail Amal dan Muntakhab Ahadith ... Boleh dapatkan di kedai buku dan banyak dijual di Sri Petaling insyallah, 

Berkat nur Al Quran dan Hadis itu nanti akan memberi kesan positif kepada keluarga kita insyallah ... Insyallah saya beri jaminan untuk tuan/puan semua ... Namun satu syarat, tuan/puan kena usaha istiqamah amalan ini selama 40 hari ... Insyallah dengan istiqamah ini nanti tuan/puan akan nampak kesannya ... 

Jangan sampai 40 hari jer terus berhenti pula, kena teruskanlah sampai akhir hayat kita ... Insyallah pesan pada anak-anak agar amalan ini berterusan dan diwarisi sehinggalah generasi keluarga kita yang akan datang insyallah ... Inilah harta kita dunia akhirat ... 

Insyallah, semoga Allah SWT beri kekuatan untuk kita amal dan sampaikan ... Terima kasih Ust Ebit Lew atas pendedahan usaha yang sangat mulia ini ... Semoga Allah SWT terima ust dan seluruh umat ... Insyallah, 

Wallahua'lam,

Kredit: Farith Zul

p/s: #SHARE atau #TAGGED ibu/ayah/suami/isteri /anak/sahabat kita untuk sama2 kita amalkan insyallah.


------------------------------------------------------------------------
Allah nak bagi rezeki dalam macam-macam bentuk. Bila scroll FB, jumpa kawan FB share post kat atas tu ha. So, Kak Ayu nak share kat blog pulak. Semoga lagi ramai dapat manfaatnya. 


Kak Ayu pun baru tau pasal amalan Taklim ni, masa pergi beraya rumah kawan bulan Syawal lepas. Kawan kak ayu share pasal ni, dan tunjukkan 3 buah buku untuk Taklim ni. Rasanya ini buku yang dimaksudkan tu. InsyaAllah, nak beli ASAP dan nak mulakan amalan ni kat rumah. Doakan yer, semoga dipermudahkan. 

Nanti Kak Ayu share gambar buku tu bila dah beli. Harga pun tak mahal, range RM30 - RM40 jer sebuah. Ya Allah, tak sabarnya nak mulakan amalan ni. Walaupun suami takder kat rumah, nak buat dengan anak-anak setiap hari lepas solat maghrib.

Amin, semoga niat yang baik Allah permudahkan. InsyaAllah. 


No comments: